Sedikit pengajaran dari Kisah Siak Masjid ‎

Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama; Ahmad dan Zaenal. Ahmad ini pintar sekali. Cerdas. Tapi kurang beruntung secara ekonomi. Sedangkan Zaenal adalah seorang yg biasa2 saja. Namun keadaan orang tuanya mendukung karier dan masa depan Zaenal.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yg istimewa; di koridor wudhu, koridor toilet sebuah masjid megah dg infrastruktur yg cantik, yg memiliki view pegunungan dg kebun teh yg terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempesona.‎

Zaenal, sudah menjelma menjadi seorang manager perusahaanya . . . Tapi tetap menjaga kesalehannya.

Ia punya kebiasaan. Setiap keluar kota, ia sempatkan singgah di masjid di kota yg ia singgahi. Untuk memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. jika masih dapat waktu yg diperbolehkan shalat sunnah, maka ia shalat sunnah juga sebagai tambahan.

Seperti biasa, ia tiba di Puncak Pas, Bogor. Ia mencari masjid. , dan bergegas masuk masjid yg ia temukan.

Di sanalah ia menemukan Ahmad. Cukup terperanjatlah Zaenal ini. Ia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga tak punya harta, tapi pintarnya mashaallah luarr biasa.

Zaenal tidak menyangka bila berpuluh tahun kemudian ia menemukan Ahmad sebagai tukang jaga atau siak di masjid..!‎

“Maaf,” “Kamu Ahmad kan? Ahmad kawan SMP saya dulu?”.
“iya”
Lalu berpelukan mereka. 
“hebat sekali Kamu ya zaenal… maShaallah…”.
puji Ahmad saat melihat zaenal masih dlm keadaan memakai suit koprat. Lengan yg digulungnya untuk persiapan wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Ah, biasa saja…”.balas Zaenal

Zaenal merasa hiba. Ahmad dilihatnya sdg memegang kain lap. . seluarnya disentengkan, dan kopiahnya
ditarik ke belakang sehingga dahinya yg lebar  terlhat jelas.

“Mad… Ini kad nama saya…”.

Ahmad melihat. “Manager Area…”. Wuah, bener2 hebat.”‎

“Mad, nanti habis saya shalat, kita sembang ya. Maaf, kalau kamu berminat, di kantor saya ada pekerjaan yg lebih baik dari sekedar siak di masjid ini. Maaf…”.

Ahmad tersenyum. Ia mengangguk. “Terima kasih ya… . Selesaikan saja dulu shalatnya. Saya pun menyelesaikan pekerjaan bersih2 dulu… Silahkan ya.  ”.

Sambil wudhu, Zaenal tidak habis pikir. Mengapa Ahmad yg pintar, tapi cuma kerja sbgai siak di masjid. Ya, meskipun tidak ada yg salah dg  pekerjaan sebagai siak , tapi siak… ah, pikirannya tidak mampu membenarkan. 
, .

 Air wudhu membasahi wajahnya…

Sekali lagi Zaenal melewati Ahmad yg sedang bebersih. Andai saja Ahmad mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy”.

Tanpa sadar, ada yg shalat di belakang Zaenal. Sama2 shalat sunnah agaknya. 
Ya, Zaenal sudah shalat fardhu di masjid sebelumnya. 
Zaenal sempat melirik. “Barangkali ini kawannya Ahmad…”, gumamnya.
 Zaenal menyelesaikan doanya secara singkat. Ia ingin segera bicara dg Ahmad.

“Encik,” tiba2 anak muda yg shalat di belakangnya menegur.

“Iya dik..?”

 “Encik, sememangnya kenal dengan Haji Ahmad…?”

 “Haji Ahmad yang mana…?”

 “Itu, yg Encik bersembng tadi…”

 “Oh… Ahmad… Iya. Kenal. Kawan saya dulu di SMP. sudah haji dia?”

 “Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangun ini masjid…”.

Kalimat itu begitu datar. Tapi cukup menampar hatinya Zaenal… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangun masjid ini…

Anak muda ini kemudian menambahkan, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Saya lah yg siak masjid ini yg sebenar. Saya pekerja beliau. Beliau yg bangun masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau bangun sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit mereka yg mau shalat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau… Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Yaitu senangnya menggantikan posisi saya. Karena suara saya bagus, kadang saya disuruh mengaji saja dan azan…”.

terdiam zaenal, entahlah apa yg ada di hati dan di pikiranya…‎

*****‎
‎Bagaimana menurut kita ?

Jika Ahmad itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yg sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita beritahu posisi kita siapa yg sebenernya. 

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid,  maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahwa kita inilah pewakaf dan yg membangun masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Ahmad. Dan Haji Ahmad bukannya kita. Ia selamat dari rusaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Ahmad merasa tidak perlu menjelaskan apa2. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya…‎

MashaAllah

(Org yg ikhlas itu adalah org yg menyembunyikan kebaikan2nya, spt ia menyembunyikan keburukan2nya)
-Tazkiyatun Nafs)

Cerita Wuduk

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته .
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور

Hazrat Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,”orang yg bermalam di dalam keadaan berwuduk,malaikat akan berada di sisinya sepanjang malam sehingga tersentuh kulitnya.Dan bila mana dia terjaga dari tidurnya maka malaikat akan berdoa untuknya:wahai Allah! Ampunilah hambamu ini kerana dia bermalam di dalam keadaan berwuduk.”
(HR Ibnu Hibban)

Hazrat Muaz Bin Jabal RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,”barangsiapa tidur di dalam keadaan berwuduk dan berzikrullah(sehingga tertidur), dan bila mana dia membuka mata dan kemudian dia memohon kepada Allah SWT daripada kebaikan dunia dan akhirat,nescaya doanya akan diperkenankan.”
(HR Abu Daud)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

آمين ,آمين,آمين يا رب العالمين ْ

Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan

Submitted by FatwaMalaysia on 4 May 2014 – 10:10pm

➡REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

➡Oleh:Dr.Arieff Salleh bin Rosman,Felo Fatwa 

📌Bulan Rejab merupakan salah satu daripada ‘al-Ashur al-Hurum’ (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi.

📌Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)….” Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan.

📌Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya’ban.” (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

📌Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata’if al-ma’arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj yang menurut majoriti ulama’ ia berlaku pada 27 Rejab.

❗❗Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk. 

❗❗Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan.

❗❗ Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

❗❗❗Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab.

📌📌Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

📌Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama.

📌Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab ‘Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk ‘Ada’ ma wajab min bayan wad’ al-wadda’in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)’ dan Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)’.

📌’Ata; seorang ulama tabi’in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata’if al-ma’arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-‘Asqalani menjelaskan, “Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

📌Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan.

📌Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain.

📌Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang.” (Tabyin al-‘ajab, hlm. 49). Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab’ : “Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu.”

❎❎❎Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, “Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab…namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk.” 

📌❎Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis palsu ialah:

❎i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. 

❎ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa’i.

❎iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati. iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi ‘Iyash.

📌❎Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin ‘Antarah, dan Farrat bin al-Sa’ib. v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?

❎Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim.

📌Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab.

📌Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi ‘Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha’ib. vii.

❎Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi ‘Iyash. 

📌HARAM MENYEBAR HADIS PALSU Al-Mughirah bin Syu’bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka.” (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari). 

❗Syeikh Abu Asma’ Ibrahim bin Ismail Ali ‘Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani yang bertajuk ‘Tabyin al-‘ajab bi ma warada fi fadhl Rajab’, ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, “Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka”.

❗Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw. Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, “Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu.” (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim). 

⛔Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw.

✔Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud. Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu. Wallahu a’lam.

 Negeri/Group: Pengurusan Fatwa

Keajaiban Nombor Di Dalam Al-Quran Yang Anda Tak Tahu !!

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi,angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.
Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali
HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali
FAEDAH – 50 kali
KERUGIAN – 50 kali
UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali
BALA/MUSIBAH – 75 kali
BERSYUKUR – 75 kali
BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali
ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
MUSLIMIN – 41 kali
JIHAD – 41 kali
EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
KEAJAIBAN – 60 kali
FITNAH – 60 kali
ZAKAT – 32 kali
BERKAT – 32 kali
MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali
LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali
NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali
KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali
MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali
LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali
LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

SOLAT SUNAT BULAN REJAB?

Oleh Ustaz Nuzul

Pendapat Ulama-Ulama Mazhab ash-Shāfi’ī tentang Solat Khusus pada Awal Jumaat Bulan Rejab…

Walaupun seperti yang sedia maklum, tajuk ini bukanlah tajuk yang baru. Malah, perkara ini hampir dibincangkan setiap tahun apabila datangnya bulan Rejab. Hanya kerana diajukan kepada saya perkara ini, dan diberitahu bahawa ada masjid yang akan melakukannya, maka ingin saya berkongsi kata-kata sebahagian Ulama-Ulama Besar mazhab ash-Shāfi’ī.

1. Al-Imām an-Nawawī berkata: “Solat yang dikenali sebagai solat al-Gharāib adalah: 12 raka’āt yang dilakukan diantara Magrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab, dan solat malam Niṣfu Sya’bān 100 raka’āt, kedua-dua solat ini adalah bid’ah, merupakan dua perkara munkar yang dikeji, dan janganlah (kamu) terpedaya dengannya (hanya) kerana ia disebut di dalam kitab Qūt al-Qulūb (karangan al-al-Imām Abū Tālib al-Makkī) dan Ihyā’ Ulūm ad-Dīn dan tidak juga pada hadith-hadith yang disebut berkenaan kedua (amalan) itu, sesungguhnya kesemua itu adalah bathil…” al-Majmu’, Juz 4, Ms 56.

2. Ibn Hajr al-Asqālanī: “Tidak disebutkan di dalam kelebihan Rejab, dan tidak pada puasanya (keseluruhan), dan tidak juga pada puasa sebahagian darinya, dan juga tidak pada berqiyamulail pada malam tertentu di dalamnya, hadith sahih sesuai untuk dijadikan hujjah…” Tabyīn al-Ajab Bimā Warada fi Faḍli Rajab, Ms 11.

3. Al-Imām as-Suyūṭī: “Telah diriwayatkan padanya (solat al-Gharāib) hadith palsu dengan kesepakatan ulama’…dan dinamakan ia solat al-Gharāib…”
– al-Amru bi al-Ittiba’, Ms. 167,169,171.

Al-Imām as-Suyūṭī di dalam kitab yang sama telah menukilkan fatwa Ibn al-Ṣalāh (juga ulama mazhab ash-Shāfi’ī) yang mengutuk solat tersebut.

4. al-Imām Zakariyā al-Anṣharī: “Dia (an-Nawawī) telah berkata di dalam Majmu’ bahawa antara Bid’ah yang dikeji (mazmūmah) adalah solat al-Gharāib 12 raka’āt yang dilakukan diantara Magrib dan Isyak pada malam Jumaat yang pertama bulan Rejab…” – Asnā al-Maṭālib, Juz 1, Ms 206.

Maka dengan itu, saya mengajak diri saya dan semua yang mengikut Mazhab ash-Shāfi’ī agar tidak menghadiri majlis khusus yang melakukan solat al-Gharāib.
WAllahu A’lam

*
Ustaz Nuzul merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda, Al-Quran dan As-Sunnah (UIAM) dan sedang membuat Master dalam bidang hadis (Jordan).

| http://www.fb.com/AlkahfiServices | http://www.alkahfi.com.my |

The Apple Tree

A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it every day. He climbed to the treetop, ate the apples, and took a nap under the shadow. He loved the tree and the tree loved to play with him.

Time went by, the little boy had grown up and he no longer played around the tree every day.

One day, the boy came back to the tree and he looked sad.

“Come and play with me”, the tree asked the boy.

Boy: “I am no longer a kid, I do not play around trees anymore” the boy replied. “I want toys. I need money to buy them.”

Tree: “Sorry, but I do not have money, but you can pick all my apples and sell them. So, you will have money.”

The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples. The tree was sad.

One day, the boy who now turned into a man returned and the tree was excited.

“Come and play with me” the tree said.

“I do not have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?”

“Sorry, but I do not have any house. But you can chop off my branches to build your house.” So the man cut all the branches of the tree and left happily.

The tree was glad to see him happy but the man never came back since then. The tree was again lonely and sad.

One hot summer day, the man returned and the tree was delighted.

“Come and play with me!” the tree said.

“I am getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give me a boat?” said the man.

“Use my trunk to build your boat. You can sail far away and be happy.”

So the man cut the tree trunk to make a boat. He went sailing and never showed up for a long time.

Finally, the man returned after many years.

“Sorry, my boy. But I do not have anything for you anymore. No more apples for you”, the tree said.

“No problem, I do not have any teeth to bite” the man replied.

Tree : “No more trunk for you to climb on.”

“I am too old for that now” the man said.

“I really cannot give you anything, the only thing left is my dying roots,” the tree said with tears.

“I do not need much now, just a place to rest. I am tired after all these years,” the man replied.

“Good! Old tree roots are the best place to lean on and rest, come sit down with me and rest.” The man sat down and the tree was glad and smiled with tears.

This is a story of everyone. The tree is like our parents. When we were young, we loved to play with our Mum and Dad.

When we grow up, we leave them; only come to them when we need something or when we are in trouble.

No matter what, parents will always be there and give everything they could just to make you happy.

You may think the boy is cruel to the tree, but that is how all of us treat our parents.

We take them for granted; we don’t appreciate all they do for us, until it’s too late.

~ Moral ~
Treat your parents with loving care…. For you will know their value, when you see their empty chair…

We never know the love of our parents for us; till we have become parents.

Lateral Thinking

Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke luar angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah). Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

Kes 2
Kilang kosmetik yang besar di Jepun menghadapi masalah besar kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong. Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekab meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat. Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.
Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!

Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!

7 Sunnah Hebat

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekelian – mari kita laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Pomen vs Doktor

Ado sorg pomen yg tak dak keje.. dlm dok pikir nak buat keje ape, lalu dia pun bukak la satu klinik walaupun dia bukan doktor atau ade kelulusan doktor… supaya org dtg, dia pun buat satu iklan: kalau sembuh bayar dkt dia rm300 dan kalau tak sembuh, dia akan bayar   rm1000…

Ada sorg doktor terbaca iklan itu dan berasa nk try.

Pomen: sakit apa?
Doktor: tawar mulut, tak berasa apa2
Pomen: eh assistance tolong beri obat kotak 22, 3 titik dlm mulut.
Doktor: weh! minyok petrol ni!!!
Pomen: hah, boleh berasa dah. Bayar rm300.

Doktor tu tak puas hati, selang seminggu dia pi pulak.

Pomen: sakit apa plak?
Doktor: saya hilang ingatan.
Pomen: eh assistance tolong beri obat kotak 22, 3 titik dlm mulut.
Doktor: weh! tak mau tu minyak petrol kan ?
Pomen: hah, dah boleh ingat dah? Bayar rm300 .

Doktor tu dok serabut perut sbb tak puas hati lagi. Lepaih seminggu dua pi pulak dah.

Pomen: sakit apa pulak ni?
Doktor: mata rabun tak nampak apa sangat dah.
Pomen: maaflah, saya tak dak obat hat ni. Ambiklah rm1000 ni( sambil hulur rm500 shj)
Doktor: woii! ni rm500 saja ni.
Pomen: hah, nampak terang dah ? Bayar rm300

😂😂😂😂😂😂😂😂
Moral of the story….
Kalau nak berjaya.
Kita tak perlu pandai tapi perlu bijak.
Doktor tu pandai, sbb tu masuk u dan jadi doktor tapi….pomen tu memang bijak.

Pak Mat Stress

Mungkin kita rasa kita dah stress tapi ramai lagi yg lbh stress dari kita….😒

——————

Pak Mat pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak Mat menghantarnya ke Hospital.

Pak Mat sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak Mat. Pak Mat mengatakan bahwa dia bukan ayah kpd bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Matlah ayah bayi itu.

Pak Mat bertambah Stress!!

Pak Mat meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak Mat pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak Mat semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak Mat mandul sejak dari lahir. Pak Mat pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK MAT BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??
Sambungan PAK MAT STRESS..

Pak Mat balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang. Isterinya ajak Pak Mat jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak Mat mengalami masalah kebodohan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

SEKARANG ISTERI PAK MAT MENJADI STRESS BILA TENGOK PAK MAT STRESS.😎
Apa yang menjadikan isteri Pak Mat bertambah stress ialah apabila setiap hari Pak Mat bertanyakan nama penuhnya sendiri walaupon setiap hari juga isterinya memberitahu nama penuhnya Ahmad Maslan….

Don’t stress2 aarrrr..😂😂😂