Enam Kesalahan yang biasa dilakukan suami

Dalam konflik rumah tangga, sesetengah isteri akan rasa lebih bersalah, kerana jiwanya yang lembut dan sering mengalah. Walaupun kesalahan dan perbalahan itu berpunca dari sikap suami yang terlalu ego dan tidak mahu menerima kelemahan diri. Disebabkan itulah para isteri sanggup mengetepikan perasaan dan hati sendiri, asalkan perbalahan dapat menemui jalan damai. Ramai suami mungkin tidak menyedari hakikat ini. Oleh itu berikut enam kesalahan yang mungkin tidak disedari, dilakukan oleh seorang suami.

Sejujurnya sukar untuk mengubah pendirian dan hati nurani seorang suami, agar mudah menerima kelemahan dan kesalahan. Namun hakikat yang perlu diperakui oleh para suami adalah, anda perlu bersikap sabar, memahami dan sentiasa pemurah dengan kasih sayang. Sekiranya sikap lama masih dikekalkan,keluarga bahagia yang diharapkan hanya akan tinggal kenangan.

Untuk kebahagiaan kita bersama, enam gambaran ringkas tentang kesalahan-kesalahan penting namun sering terjadi daripada seorang suami ini boleh dijadikan panduan.

1.      Tidak mengajar agama dan hukum syariat kepada Isteri.

Betapa sukarnya  untuk menemui seorang isteri yang benar-benar solehah. Malah, ia menjadi satu cabaran besar bagi seorang lelaki untuk mencari dan membentuk pasangan menjadi  seorang isteri yang mempunyai sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.

Justeru tidak hairanlah, jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimanakah untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayan suami dan mendidik anak mengikut Islam.

2.      Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.

Para suami juga tidak digalakkan untuk meninggalkan isterinya dalam masa yang lama. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan perasaan kurang senang dengan kekurangan pada isterinya. Dan barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari aibnya.

Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya.

3.      Hukuman tidak sesuai kesalahan.

Ia termasuk di dalam bentuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:

– Menggunakan pukulan di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman,“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”( An Nisa’:34)

– Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang ertinya:  “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (Ath Thalaq:1)

– Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab,  “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)

4.      Kedekut memberi nafkah.

Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri, sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran. Isteri berhak mendapat nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi,  dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan mendidik anak-anaknya.

5.      Sikap keras, kasar, dan berlembut.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:  “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani)

Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya, dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

6.      Berpoligami mengikut nafsu

Memang tidak dinafikan, bernikah  untuk kali kedua, ketiga dan keempat  merupakan satu perkara yang disyariatkan. Akan tetapi ramai di kalangan lelaki yang mengamalkan poligami tidak memenuhi kewajipan-kewajipan  terhadap isteri dengan benar. Terutamanya isteri yang pertama dan anak-anaknya. Padahal Allah SWT telah berfirman, “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.”  An Nisa: 3

Anda boleh bernikah lagi tetapi sekiranya anda tidak mampu untuk berlaku adil, dan tidak boleh memikul tanggungjawab, adalah lebih baik niat untuk berkahwin lagi dilupakan demi kebahagiaan isteri dan anak-anak.

Advertisements

Posted on November 2, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: