10 PERMAINAN PALING POPULAR BAGI KANAK-KANAK SUATU KETIKA DAHULU

Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama kawan-kawan yang menyeronokkan.
Di sini, kami senaraikan beberapa aktiviti dan permainan yang kami mahu budak-budak zaman sekarang tahu, zaman 90-an lebih menarik dari zaman sekarang yang dibanjiri pelbagai peranti pintar seperti tablet, ipad dan phablet.
Hanya orang yang melaluinya faham bertapa meriahnya permainan zaman kanak-kanak dulu. Ah, kami rindu kawan-kawan sepermainan!
1. Permainan titik titik (the dots game)
Permainan ini cukup popular satu ketika dahulu kerana ia sangat kreatif. Seperti biasa buku matematiklah yang menjadi mangsa kami kalau terasa nak berentap dengan kawan-kawan.
Cara permainannya sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah buku kotak-kotak dan dua batang pen berlainan warna. Jika anda dapat mengepung titik lawan tanpa skip satu titik pun, maka anda dikira pemenang.
2. Permainan Tekan Pemadam
Selalunya pemadam yang berbentuk empat segi dan leper akan digunakan. Permainan tekan pemadam ini memerlukan dua pemain. Caranya, tekan pemadam milik sendiri sehingga pemadam kepunyaan kita berjaya menindih pemadam milik kawan.
3. Digimon
Siapa memiliki peranti ini masa tu, anda secara ajaibnya digelar orang paling “hensem” dan popular di sekolah.
4. Tamiya
Masihkah anda ingat siaran animasi Dash Yonkuro? Kami pasti akan menonton terlebih dahulu sebelum bermain permainan ini yang merupakan satu trend ketika itu. Longkang yang panjang dijadikan trek litar perlumbaan. Permainan ini biasanya melibatkan dua ke lima orang.
5. Kad Pokemon
Kad pokemon juga pernah menjadi trend ketika itu.
6. Yoyo
Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!
7. Gasing
Permainan yang akan dimain sewaktu rehat tengahari di sekolah dan sangat terkenal sebagai aktiviti penduduk kampung di sebelah pantai timur.
8. Permainan Tutup Botol
Biasa dimainkan selepas habis kelas atau sewaktu menunggu bas sekolah. Permainan menggunakan tutup botol ini antara permainan ‘mudah alih’ yang sangat terkenal. Permainan ini memerlukan lima biji penutup botol dan anda hanya perlu selerakkannya untuk memulakan permainan.
9. Batu Seremban
Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban kan.
10. Origami Kapal Angkasa
Kreativiti kami ketika kecil tidak terbatas dan origami kapal angkasa ini sememangnya jadi kegemaran. Jika dilihat kapal di atas ini, ia adalah asas kepada kapal kami suatu ketika dulu. Kerja-kerja modifikasi seperti mewarnakan kapal angkasa kadang-kadang turut dilakukan supaya nampak lebih ‘gempak’.
Advertisements

Posted on November 30, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: