Kemurungan tidak ganjil?

38 Jenis Herba

1. You rasa marah dalam hati atau kesian diri kerana rasakan dunia tak adil.
Untuk mereka yang rasakan hidup mereka sangat kesian, rasakan mereka selalu kena layanan tak adil, rasakan dunia ini tak adil, rasakan orang lain buli atau kenakan mereka, suka mengadu dan complaint, selalu berfikiran negative terhadap mana-mana perkara, suka salahkan orang lain atau rasakan diri sendiri adalah mangsa, rasa cemburu orang lain dalam hati, tidak percaya hidup mereka akan bertambah baik di masa depan.

2. You rasakan diri keterlaluan bimbang/ risaukan seseorang
Untuk mereka yang terlalu OVER bimbangkan keadaan ahli keluarg/ kawan-kawan/ orang lain, mereka terlalu bimbangkan perkara buruk mungkin terjadi kepada orang-orang disekeliling mereka, untuk ibubapa yang terlalu bimbangkan anak-anak mereka berlaku kemalangan, untuk isteri yang terlalu risaukan suaminya tidak selamat kerja diluar, untuk anak yang terlalu bimbangkan perkara buruk akan terjadi pada ibubapa mereka dan sebagainya.

3. You rasakan diri sendiri tidak bersih dan tidak suka paras rupa sendiri. You tidak dapat menerima diri sendiri ada penyakit.
Untuk mereka yang tidak suka paras rupa sendiri dan badan mereka, untuk mereka yang rasa malu tentang penyakit diri sendiri, untuk mereka yang terlalu fokus pada kesilapan kecil/ penyakit ringan/ paras rupa diri sendiri, untuk mereka yang ada anorexia bulimia, untuk mangsa-mangsa gangguan seksual yang rasakan mereka tidak bersih dan tidak bernilai, untuk mereka yang terlalu takutkan bacteria dan terlalu kerap basuh tangan/ mandi, untuk mereka yang sangat takutkan bacteria dan serangga kecil.

4. You sedang cuba cari hala tuju hidup
Untuk siapa-siapa yang tidak puas hati sebab belum jumpa matlamat hidup mereka, mereka rasakan kerja masa ini tak dapat berikan kepuasan hidup, untuk mereka yang sedang mencari tujuan hidup dan hala tuju hidup, untuk mereka yang rasakan sangat bosan dan tidak puas hati dan kurang minat dengan keadaan kerja mereka masa kini, untuk mereka yang ada cita-cita dan nak ingin berjaya dalam hidup, tapi buat masa sekarang dalam kebingunan tentang hala tujuan career mereka.

5. You dalam keadaan panik atau takut yang sangat kuat
Untuk mereka yang dalam keadaan kecemasan, ketakutan yang kuat, untuk mereka yang mimpi ngeri dan menakutkan, untuk legakan perasaan takut dan panic, untuk mereka yang takut sampai peluh-peluh, untuk yang panic sampai otak berserabut dan hampir pengsan, untuk kurangkan rasa takut sampai bergetar-getar, untuk kurangkan rasa panic yang kuat.

6. You rasakan tekanan mental sampai ke tahap maksimum dan bimbangkan masa depan diri terus gelap seperti sekarang.
Untuk mereka yang ada masalah kemurungan yang serius, seolah-olah mereka berada dalam satu terowong yang gelap dan rasakan mereka terperangkap dalam keadaan gelap ini untuk selama-lamanya, untuk mereka yang terlalu lemah semangatnya dan rasakan mereka tiada peluang untuk kembali sihat, untuk mereka yang murung sampai rasakakan tiada siapa-siapa yang dapat membantunya. Untuk emosi kemurungan dan sedih yang mendalam dan mereka yang dalam kegelapan.

7. You seorang yang tak flexible, mesti patuhi prinsip dan idea sendiri dan sukar terima pandangan orang lain.
Untuk mereka yang ada rancangan dan planning diri sendiri, mereka rasakan semua idea mereka adalah betul sehingga susah bertoleransi dengan orang yang yang bercanggah fikiran dengan mereka, untuk mereka yang otak terlalu hyperactive (mereka yang hyperactive), untuk mereka yang badannya hyperactive dan sentiasa ada aktiviti-aktiviti yang terlalu banyak (over), untuk mereka yang terlalu hyperactive otak (banyak merancang tentang esok) hingga tak boleh tidur dengan lena.

8. You hilang minat terhadap apa-apa perkara dalam hidup ini. You tiada mood langsung untuk apa-apa aktiviti atau orang.
Untuk mereka yang rasakan hidup mereka tidak boleh berubah untuk selama-lamanya, untuk siapa-siapa yang tidak berminat langsung dengan semua/ kebanyakan aktiviti hidup, untuk mereka yang give up untuk mengubah keadaan hidunya dan mereka yang hanya menerima nasib buruk mereka dan tidak sanggup berubah langsung, untuk mereka yang rasakan masa depannya tidak akan bertambah baik walaupun mereka berubah sekarang, untuk mereka yang mengalami masalah pergerakan fizikal dan bergantung kepada orang lain, untuk mereka yang ada penyakit kritikal dan perlu orang lain jaga, untuk mereka yang rasakan dirinya adalah mangsa keganasan.

9. You kurang semangat dan motivasi hidup, rasakan hati terlalu berat atau malas untuk mulakan sesuatu kerja.
Untuk mereka yang ada perasaan hati yang terlalu berat/ malas untuk buat kerja, untuk mereka yang rasakan letih dan lemah semangat untuk mulakan sesuatu kerja, untuk mereka yang ada perasaan “ Blue Monday” dimana hati mereka tak larat sangat untuk buat aktiviti sedangkan fizikal mereka ok lagi, untuk mereka yang sangat malas untuk mulakan aktiviti baru, tetapi selepas mula, mereka boleh buat kerja dengan ok, untuk mereka yang sangat malas untuk memulakan suatu aktivit/ kerja, untuk menaikkan mood atau motivasi hidup mereka, untuk naikkan mood kerja.

10. You rasa prasangka terhadap siapa-siapa, mudah terasa dengan perbualan orang lain atau ada perasaan marah & benci yang kuat.
Untuk mereka yang ada perasaan benci, cemburu, prasangka atau marah sangat terhadap orang lain, untuk mereka yang ada niat balas dendam terhadap orang lain, untuk mereka yang baru bercerai atau berpisah dengan pasangan hidup (perasaan benci dan sayang bercampur), untuk mereka yang ada perasaan paranoid, untuk mereka yang cepat cemburu atau prasangka terhadap pasangan mereka, untuk perasaan marah yang sangat kuat, untuk mereka yang senang terasa/ tersinggung dengan percakapan orang lain.

11. You seorang yang agak pemalu, atau you terlalu banyak kerisauan atau bimbang tentang perkara-perkara tertentu.
Untuk mereka yang banyak ketakutan pada benda-benda yang spesifik atau untuk takut yang tahu sebabnya, seperti takut jatuh sakit, takut mati, takut bergaul, takut tiada wang, takut ular, takut bangunan tinggi, takut anjing, takut itu takut itu, untuk mereka yang banyak kerisauan dan kebimbangan dalam hidupnya, untuk membantu mereka yang pemalu dan penakut (takut orang lain reject mereka).

12. You rasakan diri sendiri dalam keadaan takut dan bimbang tanpa sebab-sebab tertentu, you sendiri tak faham kenapa diri sendiri takut.
Untuk mereka yang ada masalah panic attack, untuk mereka yang ada anxiety tanpa sebab-sebab tertentu, untuk mereka yang rasakan suasana sekitar bahaya tanpa sebab munasabah, untuk mereka yang kerap rasa takut tanpa sebab, untuk mereka yang rasa takut dengan tiba-tiba, untuk mereka yang rasakan ketakutan mereka susah dijelaskan kepada orang ramai, untuk mereka yang mudah rasa takut dan terkejut, untuk mereka yang mungkin terkejut walaupun hanya terdengar bunyi-bunyi kuat.

13. You rasakan diri sendiri susah menerima perubahan fasa-fasa hidup dari kecil hingga tua, you mudah terpengaruh dalam kawasan orang ramai.
Untuk mereka yang dalam proses perubahan fasa hidup seperti tumbuh gigi, mula period, baru berkahwin, baru bercerai, menopause (lelaki dan perempuan), ataupun yang mereka mengalami sebarang perubahan fasa hidup yang mendatangkan tekanan, untuk membantu melalui fasa perubahan hidup dengan lebih yakin, untuk membolehkan kami lebih boleh menerima perubahan hidup, untuk membantu kami membuang hidup/ tabiat buruk masa lepas dan bergerak ke masa depan, untuk melindungi siapa-siapa yang sangat sensitive kepada persekitaran .

14. You rasakan sangat letih dari fizikal dan mental, rasakan sangat letih selepas buat suatu perkara yang mudah.
Untuk mereka yang sangat-sangat letih dari segi minda dan fizikal selepas jangka masa panjang sakit, jaga orang yang sakit, atau mempunyai banyak masalah hidup, untuk membantu mereka yang sedang sembuh daripada penyakit serious, untuk mereka yang telah kehabisan tenaga dari segi mental/ fizikal, untuk mereka yang rasakan apa-apa perkara kecil juga membuatkan mereka rasa letih, untuk mereka yang tidak lagi berminat dengan aktiviti2 yang mereka suka pada masa lepas, untuk mereka yang hanya suka tidur banyak dan tak mahu buat sebarang aktiviti.

15. You terlalu inginkan perhatian sepenuh daripada ahli keluarga atau kawan-kawan, mudah tersinggung jika mereka reject you.
Untuk mereka yang terlalu inginkan perhatian ahli keluarga/ kawan-kawan/ atau siapa-siapa yang mereka suka, mereka inginkan hampir 100% daripada orang kesayangan mereka hingga orang lain rasa tertekan, untuk mereka yang memberikan kasih sayang kepada orang lain dengan syarat-syarat tertentu, untuk mereka yang suka kawal orang kesayangan mereka dengan alasan mereka cinta orang itu, untuk mereka yang suka mengkongkong orang lain, untuk mereka yang kekurangan kasih sayang pada masa kecil.

16. You rasakan sangat susah untuk menolak kehendak orang lain
Untuk mereka yang tidak dapat menolak kehendak/ permintaan orang lain, untuk mereka yang terlalu pentingkan orang lain sehingga lupakan kepentingan diri sendiri, untuk mereka yang berusaha terlalu untuk mengembirakan orang lain sehingga lupakan diri sendiri, untuk mereka yang tidak dapat pegang pendirian mereka dan sentiasa dimain-mainkan oleh pihak lain, untuk mereka yang tidak sanggup menolak kehendak orang lain walaupun dalam hati tidak puas, untuk siapa-siapa yang kerap jadi mangsa.

17. You suka pendamkan semua kerisauan you dalam hati dan tunjukkan muka senyum kepada kawan-kawan walaupun hati sedih.
Untuk sesiapa yang suka pendamkan perasaan dalam hatinya dan selalu tunjukkan muka senyum kepada orang ramai walaupun sedih atau risau dalam hati. Mereka tidak suka bergaduh dan sanggup mengorbankan apa-apa saja untuk mengelakkan pergaduhan atau pertelingkahan. Mereka suka memendamkan semua kerisauan dan masalah mereka didalam hati mereka, mereka suka bergurau atau senyum dengan orang lain demi menyembuyikan perasaan sebenar dalam hati dan menanggung seorang diri. Orang lain sukar untuk mengetahui mereka ada masalah sebab mereka suka tunjukkan muka happy dan ok walaupun sakit dalam hatinya.

18. You takut you akan hilang kawalan atau cederakan diri sendiri.
Untuk mereka yang takut akan hilang kawalan diri, atau sesiapa yang mengambil risiko atau bertindak secara terburu-buru tanpa memikirkan akibat buruk daripada tindakannya sendiri. Untuk siapa-siapa yang ada fikiran cederakan diri, takut cederakan diri, takut bunuh diri, takut sendiri hilang kawalan. Contohnya ada orang yang hilang kawalan dari segi pemakanan, dadah, hisap rokok, berjudi, terlalu membazir untuk barangan jenama dan sebagainya. Herba ini sangat berkesan untuk siapa-siapa yang ada OCD-obsessive-compulsive disorder.

19. You rasakan terlalu banyak tanggungjawab dan beban atas bahu you
Untuk sesiapa yang terlalu banyak beban tanggungjawab sehingga rasa tertekan untuk menghadapinya. Untuk mereka yang terlalu banyak kerja untuk dibuat dan rasakan tiada masa atau tenaga untuk menghabiskan. Biasanya situasi ini adalah sementara waktu, dimana mereka rasakan terlalu banyak beban kerja sampai tidak cukup masa untuk menghabiskannya. Mereka yang dalam golongan ini biasanya orang yang bertanggungjawab dan ada kemampuan. Cuma kadang-kala rasakan terlalu banyak tanggungan kerja sehingga terlalu stress dan sedih kerana rasakan diri sendiri tak boleh laksanakan tugas dengan baik-baik.

20. You suka bersendiri dan rasakan diri sendiri status lebih tinggi berbanding orang lain.
Untuk sesiapa yang suka bersendirian, rasakan diri mereka lebih berstatus berbanding orang lain. Mereka suka membuat kerja bersendirian dan lebih suka bersendirian pada bila-bila masa. Mereka lebih suka ditinggalkan bersendirian/berseorangan, tidak begitu suka untuk bergaul dengan orang lain. Untuk mereka yang agak angkuh dan rasa bangga dengan diri sendiri sehingga rasakan tidak perlu bercampur dengan orang lain.

21. You rasakan diri selalu buat kesilapan yang sama, berulang kali buat kesilapan yang sama, daya ingatan yang lemah.
Untuk sesiapa yang rasakan susah untuk belajar daripada kesilapan lepas mereka. Mereka akan mengulangi kesilapan yang sama dari masa ke semasa, mereka rasakan susah untuk belajar sesuatu daripada kesilapan mereka. Sangat efektif untuk sesiapa yang sering kali terlibat dalam hubungan penderaan. Contohnya ada yang didera oleh pasangan hidupnya dari masa ke semasa, asyik rasa susah nak tinggalkan pasangan mereka. Juga membantu meningkatkan kualiti pembelajaran kanak-kanak ke dewasa.

22. You kurang keyakinan terhadap kemampuan diri.
Untuk mereka yang tiada keyakinan diri dan menghadapi masalah rendah diri yang kronik. Mereka selalu rasakan diri sendiri tidak berguna berbanding dengan orang lain. Mereka selalu rasakan susah nak capai kejayaan walaupun belum mencuba. Mereka selalu rasakan tiada kenyakinan dalam apa-apa hal dalam kehidupannya. Belum pernah cuba buat, dah rasakan akan gagal.Untuk mereka yang masalah kenyakinan diri dari kecil.

23. You rasa tak happy dan murung tanpa sebab-sebab tertentu.
Untuk mengatasi masalah kemurungan dimana kemurungan ini datang tanpa sebab-sebab tertentu. Mereka mungkin tiba-tiba rasakan diri sangat murung dan tak gembira, rasakan dunia ini gelap saja dan tiada masa hadapan. Perasaan kemurungan datang tanpa sebab-sebab tertentu, sekejap datang menghantui mereka, sekejap mungkin hilang. Contonya untuk ibu-ibu yang baru bersalin, ibu yang mengandung, semasa period, sebelum period dan sebagainya.

24. You rasa hilang harapan dan rasakan diri sendiri dah give up.
Untuk mereka yang sudah hilang harapan. Mereka rasakan masa depan gelap dan tiada harapan langsung. Untuk mereka yang ada masalah kemurungan serius, mereka rasakan penyakit mereka tidak dapat diubati dan tak boleh sembuh di masa depan. Untuk mereka yang rasakan tiada apa-apa lagi yang boleh dilakukan untuk membuatkan keadaan mereka bertambah baik. Untuk sesiapa yang sudah putus asa dan rasa tiada harapan.

25. You terlalu kuat berusaha tanpa fikirkan kesihatan diri sendiri.
Untuk sesiapa yang berkaliber dan orang yang tidak suka bergantung kepada orang lain. Mereka terlalu kuat berusaha sehingga rasakan diri sangat susah untuk berhenti untuk rehat, atau minta bantuan orang lain atau lepaskan sesetengah kerja buat masa ini. Contohnya “workaholic”, asyik kerja terlalu kuat tanpa fikirkan akibatnya, mereka terus berusaha kuat walaupun telah jatuh sakit. Mereka terlalu kuat berusaha sehingga mengorbankan kesihatan atau perasaan mereka.

26. You sangat suka bercakap dengan orang lain, selalu cakap pasal sendiri dan tidak suka bersendiri tanpa teman bercakap.
Untuk sesiapa yang suka fikirkan diri sendiri saja, mereka terlalu kerap terperangkap dengan masalah diri sendiri walaupun masalah itu masalah kecil sahaja. Mereka selalu suka bercerita pasal diri sendiri dengan orang lain, mereka jarang sekali mendengar cerita orang lain. Untuk mereka yang rasakan diri sendiri sangat sunyi dan inginkan perhatian orang lain. Mereka biasanya membuatkan orang lain letih sebab mereka terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri bila berjumpa.

27. Minda you tersangkut dengan memori (manis /pahit) masa lepas, your susah nak lepaskan memori yang lepas dan hidup pada masa sekarang.
Untuk sesiapa yang hidup dalam masa-masa dulu, mereka selalu terkenang masa-masa manis dulu/ atau pengalaman negative dulu. Mereka susah fokus hidup pada masa sekarang kerana kerap memikirkan masa-masa lepas. Contohnya, untuk mereka yang asyik fikirkan kenangan manis yang yang telah meninggal, atau berpisah. Untuk mereka yang rasa kesal kerana keputusan diri sendiri yang tidak matang pada masa dulu-dulu.

28. You cepat lemah semangat atau kurang motivasi apabila sesuatu perkara tidak berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Untuk mereka yang mudah rasa putus asa, rasa murung. Contohnya tidak mencapai keputusan yang baik dalam kerja/ hidup walaupun telah berusaha, mereka mudah putus asa. Mereka biasanya kerap kali rasakan diri letih/murung, mudah tersinggung dan hilang semangat. Mereka sedih kerana tidak mendapat keputusan yang mereka inginkan walaupun telah berusaha. Untuk membantu kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran, dimana herba ini dapat membantu meningkatkan kepercayaan mereka terhadap Tuhan.

29. You rasa sangat susah untuk hentikan fikiran otak yang berserabut, fikiran otak tak habis pusing dari pagi hingga malam.
Untuk sesiapa yang dihantui oleh terlalu banyak fikiran, otak mereka pusing dari pada hingga malam dengan pelbagai fikiran yang tidak bermanfaat. Fikiran itu kebanyakan yang tidak berguna, negative dan asyik berpusing dengan otak tanpa henti. Untuk mereka yang tidak dapat fokus dalam kerja/ belajar sebab otak tak boleh tenang langsung. Sesetengah orang terlalu banyak berfikir sampai tak boleh tidur malam/ tidur tak lena. Untuk membantu mereka yang ada masalah tidak fokus semasa belajar.

30. You seorang yang dominan dan suka orang lain ikut semua arahan you, you tidak flexible dan jarang jaga perasaan orang lain.
Untuk sesiapa yang suka mengawal orang lain. Mereka mengkehendaki semua orang ikut arahanya / ideanya. Mereka biasanya sangat berkaliber dan berkemampuan sehingga terlalu suka kawal kehidupan orang lain. Orang lain rasa sangat susah bergaul dengan mereka kerana mereka terpaksa ikut semua arahan mereka. Biasanya golongan ini adalah golongan pemimpin, mereka nak pastikan semua kerja diuruskan dengan baik dan sempurna sehingga lupa menghormati pandangan orang lain. Untuk mereka yang suka kawal orang lain dan tidak flesible langsung.

31. You tidak percaya atau tidak yakin keputusan diri sendiri, suka minta pandangan orang lain dalam apa-apa hal.
Untuk sesiapa yang tiada keyakinan langsung tentang keupayaan sendiri, contonya mereka tiada keyakinan untuk buat keputusan diri sendiri. Mereka selalu mencari orang untuk memberi pandangan dan nasihat. Untuk mereka yang tiada kenyakinan buat keputusan diri sendiri walaupun untuk perkara yang kecil. Kadang kala mereka selalu ikut nasihat/ pandangan orang lain sehingga buat kesilapan hidup. Orang yang tiada pandangan hidup dan tiada kenyakinan buat pilihan sendiri.

32. You seorang yang nakkan semua benda perfect/ sempurna dalam hidup you, suka setkan target/sasaran yang tinggi dalam hidupnya.
Untuk mereka yang perfectionist, suka setkan target yang tinggi untuk kerjayanya hingga terlalu stress. Mereka selalu sangat ketat dalam kehidupan, sanggup mengorbankan aktiviti menggembirakan kerana takut tidak mencapai target tinggi yang disetkan olehny. Mereka rasakan diri sendiri perlu jadi teladan baik untuk orang lain, oleh itu mereka berusaha sangat kuat untuk menjadi orang baik. Untuk mereka yang terlalu kuat agama dan mengkehendaki diri sendiri jadi teladan yang baik, hingga terlalu stress. Biasanya mereka nak menang dan lebih baik berbanding orang lain.

33. You suka kritik dan rasa susah bertoleransi dengan apa-apa situasi tatu orang lain, suka kritik kelemahan orang lain dan jarang fikirkan nilai-nilai murni orang lain.
Untuk sesiapa yang suka buat aduan untuk semua benda di sekitarnya. Mereka suka sangat complain dan kritik sebarang benda/ orang. Mereka suka mencari kesilapan orang lain dan komen tentang orang lain, untuk mereka yang terlalu nak campur hal-ehwal orang lain, suka kritik/ komen orang lain, suka complain ini/itu, rasakan kebanyakan orang/benda disekelilingnya semua tak kena. Untuk mereka yang susah nak bergaul/bertoleransi dengan cara-cara hidup orang lain.

34. You pernah mengalami masalah trauma, mudah terkejut dengan berita buruk, you terlalu sedih dengan kehilangan orang kesayangan.
Untuk sesiapa yang mengalami masalah trauma dari segi fizikal atau emosi, tidak kira bila trauma itu berlaku (kanan-kanak/dewasa), untuk siapa-siapa yang pernah mengalami masalah gangguan seksual, rogol, gangguan fizikal atau mental/emosi yang mendalam. Untuk mereka yang terlalu sedih sebab orang tersayang meninggal atau berpisah denganya. Untuk siapa-siapa yang ada masalah trauma semenjak kecil atau dewasa.

35. You cepat rasa tak sabar dengan siapa-siapa yang lembap /perlahan, you seorang yang cepat hilang kesabaran dalam apa-apa situasi.
Untuk mereka yang tiada kesabaran, mereka yang berfikiran cepat dan bertindak cepat. Mereka tidak dapat bertoleransi dengan siapa-siapa yang sangat perlahan pergerakan atau fikiran. Mereka mudah hilang kesabaran dan asyik nak cepat saja, mereka susah duduk diam-diam tanpa bergerak, mudah panas baran, semua nak yang cepat. Untuk mereka yang tiada kesabaran dalam apa-apa hal.

36. You selalu rasa bersalah, susah menyalahkan diri sendiri untuk apa-apa perkara yang berlaku walaupun bukan silap you.
Untuk mereka yang selalu rasa bersalah, walaupun bukan mereka yang buat silap kadang kala. Untuk mereka yang perfectionist, mereka sentiasa tidak puas hati dengan pencapaian mereka sendiri, dan suka salahkan diri sendidri kenapa tidak buat sesuatu kerja dengan lebih baik. Untuk mereka yang suka salahkan diri sendiri dan suka cakap “sorry”/ “minta maaf” kepada orang lain.

37. You suka termenung dan angan-angan dengan masa depan you yang indah, you jarang hidup pada masa sekarang dan suka berkhayal.
Untuk mereka yang suka berangan-angan dan susah nak fokus untuk hidup masa sekarang. Untuk mereka yang hilang minat kehidupan harian,untuk mereka yang penuh dengan fantasi hidup dalam otaknya kerena tidak gembira dengan hidup masa sekarang. Untuk membantu kami lebih fokus pada kehidupan harian masa kini dan bukan asyik berangan-angan. Untuk membantu kanan-kanak lebih focus ada masalah pembelajaran.

38. You rasa susah nak buat keputusan, kejap nak ini kejap nak itu, mood you kejap sangat ok, kejap sangat tak ok.
Untuk sesiapa yang sentiasa rasa susah nak buat keputusan. Mereka sentiasa tidak confirm dengan keputusan mereka, sekejap nak ini, sekejap nak itu. Walaupun mereka telah buat pilihan A/B/C, sekejap lagi mereka akan fikir samada keputusan itu betul/salah, perlu tukar yang lain/ tidak. Untuk mereka yang mengalami masalah perubahan mood yang banyak, kejap rasa happy, kejap rasa tak happy, kejap positive, kejap negative. Untuk membantu menyeimbangkan semula mood kami dan mengubati masalah motion sickness.
Advertisements

Posted on December 2, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: