GADIS BERTUDUNG TAPI LUMRAHNYA SEPERTI TIDAK BERPAKAIAN LANGSUNG

Wanita Melayu memang cantik bila bertudung kerana menutup aurat adalah salah satu daripada tuntutan agama Islam terutamanya pada golongan wanita. Apa yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan wanita zaman sekarang yang memakai tudung cukup hebat dikritik? Inilah akibat daripada pengaruh yang dibawa oleh budaya barat yang mana kita ikuti tanpa mengetahui halal haram.
Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati syariat Islam? Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelas menampakkan susuk tubuh si pemakainya.
Secara tidak sedar, pemakaian tudung masa kini telah ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukannya. Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini?
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran dan iktibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang kebanyakannya bertudung tapi ‘bogel’.
Kebarangkalian untuk mereka terlupa adalah sangat mustahil kerana mereka tahu, cuma buat-buat tidak tahu. Ketahuilah wahai sekelian sahabat, jika seorang wanita itu membuat maksiat atau tidak menutup auratnya dengan sempurna, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti.
Advertisements

Posted on December 10, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: