Gambar Buruh Kanak-Kanak Pada Awal Kurun-20 Di Amerika

Buruh kanak-kanak kini tidak lagi boleh diterima masyarakat. Kanak-kanak perlu pergi ke sekolah bagi memastikan masa depan mereka cerah dan mempunyai peluang untuk keluar dari kemiskinan. Di Amerika Syarikat penggunaan buruh kanak-kanak dibenarkan sehingga 1938. Usaha mengharamkan penggunaan buruh kanak-kanak sudah bermula sejak 1900. Pada waktu tersebut hampir 2 Juta kanak-kanak diantara umur 5-10 tahun dipercayai dikerah untuk bekerja di sektor perlombongan dan perkilangan. Gambar-gambar di bawah diambil oleh Lewis Hein untuk digunakan sebagai bukti kekejaman yang berlaku terhadap buruh kanak-kanak. Kanak-kanak digunakan kerana mereka lebih murah dan dipaksa membantu keluarga. Di dalam lombong mereka lebih pantas bergerak kerana tidak terlalu tinggi. Di kilang tekstil pula mereka boleh merangkak ke dalam mesin untuk membersih datau membaiki mesin yang rosak. Ramai yang meninggal dunia dan cacat seumur hidup akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Usaha Lewis Hein dan National Child Labor Committeememastikan kanak-kanak Amerika Syarikat sekarang hampir 100% bebas dari menjadi abdi.
Sementara itu di Malaysia semua orang tahu ada kanak-kanak dipaksa mengumpul “derma” untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Jual kalender dan ubat sapu. Dari pagi ke malam mereka menjual produk dari meja ke meja. Satu Malaysia tahu. Menteri pun tahu. Wartawan akhbar juga tahu tapi kenapa mereka masih diperhambakan? Ini ialah sesuatu yang memalukan negara. Ini membuktikan dari segi hak kanak-kanak, kita masih setanding Amerika Syarikat sekitar 1900. Menyedihkan!

Advertisements

Posted on December 11, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: