9 Langkah Penjimatan Minyak Petrol & Diesel Yang Terbukti Berkesan..!!!

Minyak merupakan salah satu keperluan paling penting dalam kehidupan seharian, terutama bagi sesiapa yang berkenderaan. Namun begitu, ia sering dianggap sebagai satu beban kerana harganya yang kian meningkat.



Ikuti langkah di bawah yang mungkin dapat membantu anda menjimatkan penggunaan bahan api setiap hari. Jom lihat:

1. Periksa tekanan tayar

Periksa tekanan tayar anda secara berkala. Tayar hilang tekanan dari masa ke semasa (lebih kurang 1 psi sebulan) disebabkan suhu dan faktor-faktor luar yang lain. Tayar yang mempunyai tekanan lebih rendah akan mempunyai lebih banyak rintangan dan geseran pada jalan raya yang boleh mengakibatkan peningkatan penggunaan bahan api.

2. Isi minyak sehingga tangki penuh

Setiap kali mengisi bahan api, pastikan anda isi sehingga tangki penuh. Ini kerana semakin banyak bahan api di dalam tangki, semakin sedikit ruangan kosong yang dipenuhi udara. Ruangan kosong dalam tangki membawa kepada kehilangan bahan api yang lebih tinggi disebabkan oleh penyejatan melalui sistem pengudaraan. Oleh itu, tangki penuh dapat meminimumkan impak terbesbut.

3. Tekan picu pam dalam kadar yang perlahan
Petrol menyejat dengan cepat. Sementara mengisi bahan api, pastikan anda tidak menekan picu pam dalam kadar yang cepat. Jika anda mengepam pada kadar yang cepat, sebahagian daripada cecair yang masuk ke dalam tangki akan menjadi wap. Ambil masa untuk mengisi bahan api dalam kadar perlahan untuk mengelakkan pemeluwapan yang lebih banyak.

4. Ringankan kenderaan

Elakkan daripada menyimpan barang-barang yang tidak diperlukan di dalam kenderaan. Untuk menjimatkan lebih bahan api, keluarkan segala barang yang tidak diperlukan dari kenderaan anda itu untuk menjadikannya lebih ringan. Tahukah anda, 50 kilogram beban yang ditambah pada kereta akan meningkatkan penggunaan bahan api sebanyak dua peratus?

5. Pandu pada kelajuan sederhana

Cara yang sempurna dalam pemanduan adalah pada kelajuan sederhana. Jadi, jika anda seorang penyabar, pastinya anda akan dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan petrol anda. Ia semudah itu. Anda perlu memandu kenderaan pada kadar kelajuan yang konsisten dan elakkan daripada menggunakan brek terlalu kerap untuk menjimatkan lagi bahan api. Penggunaan brek yang banyak juga boleh melonjakkan perbelanjaan petrol anda.

6. Gunakan tayar mengikut saiz yang telah ditetapkan

Setiap kenderaan didatangkan khas dengan saiz tayar yang berbeza. Pastikan anda tidak mengubah suai tayar kepada saiz yang tidak sesuai dengan kenderaan. Contohnya, jika anda memandu kereta Perodua Viva, anda tidak digalakkan untuk menukar kepada tayar yang lebih besar. Ini kerana semakin lebar permukaan tayar, semakin tinggi rintangan dan geseran pada jalan raya yang juga boleh mengakibatkan peningkatan penggunaan bahan api.

7. Letakkan kenderaan di tempat teduh

Letakkan kenderaan anda di tempat teduh dan tidak panas. Ini bagi memastikan kenderaan anda tidak mengambil masa yang lama untuk sejuk sebaik sahaja anda mula memandu semula. Masa yang diambil untuk menyejukkan kenderaan selepas parking di tempat yang panas juga boleh meningkatkan penggunaan bahan api.

8. Tutup tingkap dan bumbung ketika memandu

Mungkin anda pernah mendengar bahawa penggunaan hawa dingin lebih banyak menelan bahan api jika dibandingkan dengan menurunkan tingkap kenderaan. Persoalannya, adakah teori ini benar? Jawapannya tidak sama sekali. Anda tidak boleh meninggalkan tingkap atau bumbung kenderaan anda terbuka kerana ia akan menambah berat dan rintangan pada kenderaan. Angin yang masuk ke dalam kenderaan sebenarnya membuatkan kenderaan anda lebih mahal untuk dipandu.

9. Pastikan enjin dalam keadaan baik

Mengekalkan enjin kereta anda dalam keadaan baik dan lancar juga dapat menyumbang kepada penjimatan bahan api. Pastikan anda menukar minyak anda mengikut jadual dan menggunakan gred minyak yang betul untuk kereta anda. Bersihkan penapis udara yang menghalang laluan udara ke enjin kenderaan untuk meningkatkan prestasi kenderaan. Sedikit penyelenggaraan boleh menjimatkan penggunaan bahan api sehingga empat peratus.

Advertisements

Posted on December 15, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: