Perbuatan  ‘Baik’ Yang Mungkin Membawa Padah

Umum telah mengetahui bahawa tabiat yang tidak baik adalah seperti merokok, tidak bersenam dan meminum minuman beralkohol memberikan kesan buruk terhadap kesihatan.
Namun tetapi terdapat juga perbuatan baik yang boleh mendatangkan bahaya terhadap badan kita.
 
1. Penggunaan cecair pembasuh tangan secara kerap
Richard Gallo, MD, PhD, ketua bahagian Dermatology di University of California, San Diego, telah menyatakan bahawa sebaiknya menggelakkan penggunaan cecair pembersih tangan yang kerap. Telah dijelaskan dlam satu kajian bahawa cecair pembersih mengandungi triklosan yang membuat bakteria menjadi kebal dan berkembang lebihcepat. Hal ini juga berlaku pada semua sabun pencuci tangan yang mengandungitriklosan.
Oleh kerana itu, Gallo menyarankan untuk mencuci tangan dengan sabun atau yang mengandungi alkohol minimum 60% kerana boleh membunuh bakteriasehingga 99%.
2. Sering kali menukar produk kecantikan
Jody Levine,seorang dermatologis dari New York telah menjelaskan bahawa hasil yang lama membuatkan anda mencuba pelbagai produk kecantikan, bermula dari ubat jerawat sehinggalah pemutih kulit.
“Wanita biasanya mudah bosan dengan rutin kecantikan mereka, terutamanya jika mereka tidak mendapat hasil dengan cepat seperti yang diingini. Perlu diketahui bahawa, produkkecantikan akan memberikan hasil dalam sekitar enam atau lapan minggu selepaspenggunaannya, “ujar Levine.
Mencuba pelbagai jenis produk kecantikan akan menyebabkan kulit merah, warna kulit yang tidak sekata dan kulit berbekas. “Biasanya kulit seseorang berubahmenjadi sangat sensitif ketika mencuba terlalu banyak produk. Hal ini keranatingginya kandungan pewangi dan pembersihan dalam produk tersebut, “tambahLevine.
3. Memakai flip flop slippers
Ketika ingin mengelak dari kasut bertumit tinggi, anda pun memilih selipar jepun. Malangnya, menurut Jordana Szpiro, seorang podiatrist di Boston, kebiasaan tersebut tidak memberikan apa-apa pengaruh baik, bahkan berbahaya.
Flip flop slippers tidak memberi sokongan kepada struktur kaki dan boleh menyebabkan patah tulang kerana kaki menjadi tegang kerana disebabkan cuba menahan berat badan,” jelas Szpiro.
Selain itu, otot-otot pada bahagian depan tulang kering (tibialis anterior) bekerja lebih keras daripada ketika kita berkaki ayam kerana jari-jari kaki cuba menahan selipar supaya tidak ‘bergerak’ ke mana-mana. Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika anda memilih selipar jepun dengan penutup tumit, bertali besar serta mempunyai lengkungan pada telapak kaki(mengikut bentuk tapak kaki).
4. Menggosok gigi selepas makan
Memang tidak dinafikan bahawa memberus gigi terbukti boleh menjaga kesihatan gigi dan mulut. Namun para pakar gigi tidak menyarankan untuk terus memberus gigi selepas makan kerana beberapa jenis makanan dan minuman seperti kopi, buah, atau minuman ringan mempunyai kandungan asid yang tinggi.
“Jika terus memberus gigi selepas minum minuman berkarbonat atau makan makanan yang masam, gigi boleh terhakis,” kata Meinecke, jurucakap Academy of General Dentistry. Supaya tidak berlaku hakisan yang boleh mengakibatkan menipisnya lapisan gigi, sebaiknya anda berkumur dahulu untuk meneutralkan kandungan asid dalam mulut. Tunggu lebih kurang satu jam sebelum memberus gigi.
5. Latihan senamn kardio untuk mengurangkan berat badan
Anda ternyata salah jika berfikir dengan latihan kardio sahaja boleh menurunkan berat badan dengan mudah. Menurut Joseph Ciccone, DPT, CSCS, seorang ahli terapi di Columbia Doctors Eastside Sports Therapy di New York, “Jika anda hanya melakukan latihan kardio maka tubuh akan terbiasa dengan rutin tersebut dan mula membakar lemak lebih sedikit dari masa ke semasa.”
Selain itu, melakukan gerakan kardio dngan secara terus-menerus juga boleh membuat otot-otot tegang dan cedera. Sebaiknya lakukan beberapa gerakan sukan lain dan sesekali rehatkan diri anda untuk menjaga denyutan jantung sentiasa stabil. Bahkan menurut Ciccone, mempelbagaikan jenis sukan, seperti berjoging dan kardio, dapat mengurangkan kalori dengan lebih banyak. 
Advertisements

Posted on December 25, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: