Tips Berkesan hilangkan bintik-bintik hitam di muka

Selalunya Bintik hitam atau “Black head” menjadi suatu masalah kepada seseorang terutamanya perempuan. Black head ini timbul apabila liang pori tersumbat disebabkan oleh debu dan kotoran di persekitaran. Sesetengah perempuan cukup benci apabila muka dipenuhi dengan masalah bintik hitam ini.
Ini tips yang kami kongsi kan untuk membantu anda hilangkan masalah black head.

Menggunakan krim penghilang pori/ pelekat 
Krim penghilang blackhead ini biasanya mudah diperolehi di mana mana kedai ataupun farmasi. Tapi sekarang ini, anda boleh dapatkan blackhead removal dengan harga murah dan berkesan dengan hanya menampal di hidung mahupun kawasan bermasalah.

Menggunakan telur
Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur dan kemudian tampal tisu di di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam tersebut. Setelah kering, tanggalkan tisu tersebut dan cuci muka sebersihnya.

Beras pulut dan kayu manis
Petua tradisional juga berkesan untuk menghilangkan pori di wajah. Caranya, campurkan kulit kayu manis dengan beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan minyak sehingga ia nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan pada muka dua kali dalam seminggu.

Daun nangka
Cara menggunakan nya adalah dengan melumutkan sehelai daun nangka yang tua dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian, setelah siap sapukan pada muka yang dibersihkan. Setelah itu, bersihkan bahagian muka dengan air suam.

Pencuci muka
Gunakan pencuci muka yang bersesuaian untuk anda sebagai langkah penjagaan muka dan mengelakkan pertumbuhan pori. Amalkan dua kali sehari mencuci muka iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Advertisements

Posted on December 25, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: