10 Tanda Suami Curang Pada Isteri, Ada Affair & Skandal


Suami curang? Perkara biasa yang seringkali dialami oleh para isteri di luar sana. Jangan disangka suami yang baik diluar tidak curang.

Banyak tanda suami curang tetapi isteri tidak sedari. Suami yang bermulut manis dan nampak baik itulah sepatutnya diawasi oleh isteri.

Ciri ciri atau punca lelaki curang?

1. Marah apabila ditanya LOKASI SUAMI
Lelaki akan bersifat defensif apabila menyembunyi kan sesuatu. Andai baru ditanya hendak ke mana tetapi suami mula marah marah, anda harus mula periksa jadual suami anda.

2. Menjadi lebih ghairah atau tidak ghairah dengan isteri
Sekiranya suami tidak melayan isteri di ranjang, itu merupakan sesuatu yang pelik. Tetapi sekiranya suami ghairah semacam, itu mungkin juga harus diperiksa.

3. Penampilan Kemas dan Menarik
Kalau sebelum ini, suami anda tidak pernah ambil pusing dengan rupa dan penampilan tetapi tiba tiba berubah sentiasa kemas dan bersih. Anda harus mula melakukan siasatan.

4. Perubahan Sikap
Biasanya lelaki yang ada perempuan simpanan, dia akan sentiasa berwaspada dan takut tersilap langkah. Tanpa disedari, suami akan berubah mood secara tiba tiba dan kadang kadang baik yang terlampau.

5. Bawa telefon dalam tandas
Kalau dulu suami tidak pernah kisah di mana letaknya telefon tetapi tiba tiba telefon sentiasa di tangan. Ke mana saja pergi mesti bawak telefon, anda jangan terus biarkan suami berterusan sedemikian. Bawa telefon dalam tandas adalah tempat untuk bermesej dengan tenang dengan skandal.

6. Telefon Bimbit ada Kata Laluan
Pasangan suami isteri selalunya tidak pernah ada rahsia dan sekiranya kata laluan dirahsiakan, pastinya suami menyembunyikan sesuatu.

7. Menjadi seorang perahsia
Kalau sebelum ini, suami sentiasa bercerita apa sahaja tetapi kali ini diam membisu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin suami akan memberi alasan penat tetapi biasanya penat nak melayani karenah isteri kerana ada skandal lain

8. Asyik suruh isteri balik rumah layan anak
Dulu seringkali marah kalau isteri mahu balik ke kampung melawat mak ayah tetapi tiba tiba berubah sentiasa mahu isteri balik ke sana. Anda perlu mula selidik.

9. Naluri Seorang isteri
Naluri seorang isteri selalunya tepat kerana isteri paling rapat dengan suami. Setiap isteri dikurniakan deria ke enam yang tidak dinafikan lagi.

10. Terlebih caring
Bila lelaki dilamun cinta, biasanya semua menjadi indah. diri dia akan sentiasa tersenyum dan senang hati. Walaupun tanpa isteri disebelah. Jaga jaga ye!

Apapun, paling penting adalah kita menjaga hubungan sesama insan tersayang dengan kepercayaan. Berdoa pada Allah dan percaya pada jodoh tetapi dalam masa yang sama berusaha perbaiki untuk jadi lebih baik.

Advertisements

Posted on December 26, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: