Lapan Makanan Bahaya Wanita Mengandung

Terdapat beberapa jenis makanan bahaya ibu mengandung yang perlu elak untuk tidak terjebak dengan kesan sampingan hamil. Dalam usaha menjamin keselamatan ibu mengandung dan kandungan, ikuti panduan yang tertera bagi elak termakan makanan maut ibu hamil.

1. Makanan Maut Ibu Hamil: Makanan mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau yang separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti: Toxoplasmosis Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna. Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi. Cirit-birit Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera. Jangkitan cacing Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetpai cacing akan memakan segala cat yang diperlukan oleh bayi. Keguguran, kelahiran pra matang dan keracunan Salah satu penyebabnya berpunca daripada bacteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik.

 

2. Makanan Maut Ibu Hamil : Vitamin A

Apa jua bentuk Vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung, dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengabil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengadungi banyak vitamin A speerti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

 

3. Makanan Maut Ibu Hamil : Raksa

Makanan laut seperti tuna, mackerel (kembung besar) dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Sekiranya pengambilan makanan yang megandungi raksa berlebihan, raksa boleh menyebabkan kerosakan bayi.

 

4. Gula

Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu hamil. Malah, perkara ini boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan akan menyukarkan proses kelahiran.

 

5. Makanan Maut Ibu Hamil : Makanan yang diproses

Salah satu makanan proses yang popular ialah sosej. Sosej berkemungkinan mengandungi kandungan nitrat dan nitrit yang tinggi. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

 

6. Makanan Maut Ibu Hamil : Produk tenusu

Susu yang tidak dipasteur dan sesetengah keju boleh megandungi bacteria listeria yang berkumngkinan menyebabkan keguguran di awal kehamilan dan kelahiran pra matang. Keju yang diyakini selamat keju keras seperti cheddar, edam dan parmesan. Begitu juga dengan mozzarella, feta, marscapone dan krim keju.

 

7. Makanan Maut Ibu Hamil :Kacang tanah

Inilah satu-satunya jenis kekacang yang perlu dielak sewaktu hamil kerana kacang tanah boleh meningkatkan alahan pada kacang dalam kalangan bayi. Jika ahli keluarga anda mengalami masalah alahan, elakkanlah kacang tanah.

 

8. Makanan Maut Ibu Hamil : Telur kuning

Telur kuning yang tidak dimasak sempurna dan masih kelihatan cair biarpun sudah dimasak mungkin megandungi salmonella. Walaupun jarang member kesan kepada bayi, anda mungkin mengalami muntah serius, cirit-birit, demam dan dehidrasi. Jika ingin makan telur rebus, pastikan telur itu diamsak lebih kurang tujuh minit.

Advertisements

Posted on December 27, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: