Rahsia Air Tangan Isteri

Menjadi peranan seorang isteri untuk menyediakan makanan dan minuman kepada suami. Perlu diketahui air tangan isteri turut merupakan pengikat kebahagiaan

Seorang pembaca blog ini mengirimkan emel, bertanyakan cara untuk menambat kasih suami. Pastinya ada banyak cara yang boleh dilakukan tapi kali ini, saya ingin fokuskan kepada perkara yang paling mudah yang dianugerahkan oleh Allah kepada para isteri iaitu air tangan yang mampu menjadi ubat mujarab menambat kasih suami. Jika ditanya kepada para suami atau bakal suami mengenai isteri atau bakal isteri idaman, rata-rata meluahkan harapan agar isterinya adalah seorang yang pandai memasak. Mungkin tak sehebat seorang chef yang handal dalam menyediakan pelbagai jenis juadah tetapi yang penting, si isteri mampu mengenyangkan perut suami.

Jangan salah faham dulu! Jika anda pernah mengikuti perbincangan saya dalam isu serupa, sememangnya saya pernah menegaskan bahawa memasak untuk suami dan anak-anak, bukan tanggungjawab isteri. Menjadi wajib dan satu tanggungjawab jika si isteri disuruh suami agar memasak dan si suami menyediakan segala keperluan untuk menyediakan hidangan tersebut atau memberikan wang untuk digunakan bagi membeli segala keperluan tersebut. Jika isteri tetap enggan dan sanggup keluarkan wang sendiri untuk memenuhi kehendak suami asalkan bukan isteri yang memasak? Harus diingat, selain melayani kehendak batin suami, kewajipan seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami. Menjaga kebajikan suami termasuk memenuhi kehendak suami yang tidak bercanggah dengan syariat. Walau syariat tetapkan memasak bukan tanggungjawab isteri tetapi tugas memasak adalah satu kerja bonus.

Bukan sahaja kepada suami tetapi yang paling penting ialah kepada diri isteri itu sendiri. Kenapa? Kerana dengan masakan, seorang wanita mampu menambat hati seorang lelaki. Pernah dengar kes majikan ada hubungan sulit dengan pembantu rumah? Banyak kes dah kan? Selalunya bila timbul kes-kes sebegini, yang akan disalahkan ialah pembantu rumah kerana tak sedar diri dan berani memikat majikan sendiri. Suami juga disalahkan kerana tidak tahu membezakan antara kaca dan permata. Ramai yang tidak tau, sebenarnya salah satu sebab ialah air tangan pembantu rumah tersebut yang telah melekat di hati si suami.

Ya. Air tangan, perkara yang kecil jer kan? Sesungguhnya air tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri. Rahsia kasih sayang, lebih hebat daripada penangan air guna-guna. Kenapa tidak? Kita ini manusia yang dikuasai oleh akal dan minda. Akal dan minda hanya akan berfungsi sempurna apabila perut terisi sewajarnya. Bila bercakap tentang sewajarnya, bermaksud makanan yang masuk ke tekak itu sedap dimakan dan mengenyangkan. Ya, memang banyak makanan yang sedap dan enak serta mengenyangkan dijual di merata tempat. Apa nak susah? Beli saja, dah tercapai lah hasrat mengisi perut suami dengan sewajarnya. Betul tu, memang betul. Cepat dan segera.

Namun, secepat dan sesegera itu juga kasih sayang suami akan pudar. Kenapa? Kerana tiada bezanya bagi si suami sama ada berkahwin atau bujang jika tetap merasa masakan gerai atau restoran. Sememangnya apabila telah bergelar suami, antara perkara yang suami fikirkan ialah: makan pakaiku terjaga. Bukan memanjakan suami. Bukan juga menghambakan diri isteri. Memasak dan menyediakan makanan untuk suami adalah satu tanda kasih dan sayang seorang isteri kepada suami. Jika suami menghabiskan masakan isteri dengan penuh selera, hati isteri akan gembira dan ceria. Akan semarak lagi kasih dan cinta yang telah sedia ada. Pernah ada satu kes, seorang suami meninggalkan isteri mudanya yang cantik molek, pandai bersolek dan memikat, kembali kepada isteri pertama yang telah diceraikan kerana satu kehebatan bekas isterinya itu yang sukar ditandingi iaitu memasak.

Cakaplah apa sahaja, si isteri akan pantas menyediakannya. Saya faham, sebagai wanita bekerjaya, memang susah untuk menyediakan hidangan istimewa setiap hari. Namun, saya menyeru kepada diri saya dan para isteri yang lainnya, demi suami yang kita korbankan harga diri kita kepadanya, marilah kita berusaha untuk mengenyangkan perut suami dengan air tangan kita sendiri. Tak perlu masakan atau hidangan istimewa setiap hari, cukuplah yang mudah, sedap dan mengenyangkan. Suami pula, jangan pulak bersikap melampau. ‘Order’ itu ini seperti isteri anda itu tukang masak restoran. Kalau sesekali di hujung minggu tu, memang wajar. Kalau hari-hari, memang cari pasal ler.

Fahamlah sikit, isteri anda bekerja. Kalau suri rumah pun, bukan memasak sahaja kerjanya. Anak-anak, persekitaran rumah, segalanya nak diuruskan juga. Biarlah bersederhana. Kesihatan terjaga, kewangan pun tak memeningkan kepala.

Paling baik, bukan sekadar isteri yang sibuk di dapur. Suami sepatutnya turut sama membantu isteri ketika menyediakan hidangan. Ya lah, dah isteri lakukan bonus untuk anda. Anda juga, berikan bonus kepadanya. Kalau ada anak-anak, suami boleh membantu menguruskan hal anak-anak ketika isteri sibuk di dapur. Itu juga salah satu cara memberikan bonus kepada isteri anda.

Paling penting juga, suami harus bijak mengambil hati isteri. Ingat!! Isteri anda bukan chef terbaik di hotel bertaraf antarabangsa. Malah ada di kalangan wanita yang belajar memasak hanya setelah berkahwin. Peranan suami amat penting untuk membanggakan isteri anda mengenai masakannya. Jika sedap, pujilah. Jika tidak, jangan diperli apatah lagi dimaki. Bukan berbohong namun tetapi gunakan kaedah yang lebih berhikmah.

Jika terlebih garam, katakanlah, makanan ni sedap, tapi lebih sedap jika kurang sikit masinnya. Percayalah, hati isteri takkan terguris dengan komen anda malah isteria kan lebih berusaha menyediakan yang terbaik agar anda selalu memuji kerana pujian anda adalah salah satu tanda, anda menyenangi dan menyayanginya.

Advertisements

Posted on December 29, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: