7 Langkah Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir.

banjir-2014

Melihat barang rumah tunggang langgang, peti ais dan TV terbalik dan tersadai, pasti ramai mangsa banjir yang hampir patah hati. Perkara pertama bermain di fikiran pastilah barang letrik dah rosak.

Tapi bagaimana jika kami katakan barang elektrik anda masih boleh diselamatkan walaupun dan beberapa hari terendam dalam air banjir berlumpur?

Kami kongsikan 7 langkah untuk anda bersihkan barang elektrik  selepas banjir dah surut. Tips ini adalah dari perkongsian Saiful Nang.

———————————————————–

TIPS KEPADA MANGSA BANJIR BERKAITAN BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK YANG TERENDAM BANJIR

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, kipas meja, peralatan letrik, dapur dan lain-lain perkakas eletrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah. Jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air. Ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan-peralatan itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.

Apa harus anda buat :

1. Jangan sekali-kali cuba menghidupkan untuk test ia masih OK atau TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2 ke 3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer) tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering.

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang.

7. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan letrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Untuk membantu mangsa-mangsa banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru – tolong copy paste posting ini dan forward kepada rakan / kenalan yang jadi mangsa banjir.

Mudah-mudahan kita membantu

P/s : saya sendiri pernah kamera dan handphone masuk sungai dan selepas 2 hari dia berfungsi seperti biasa.

Advertisements

Posted on January 1, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: