Apakah Itu ‘Tracking Number’ Dalam Sistem Pos Dan Bagaimana Mahu Menggunakannya Dengan Efektif

Tracking Number adalah nombor siri khas yang diberikan kepada pengirim untuk menjejaki barang yang dikirim supaya sampai ke destinasi dengan selamat.

Dalam dunia jual beli secara online pula, tracking number amat penting untuk pengirim (pihak penjual) dan penerima (pihak pembeli) supaya dapat tahu status barang tersebut berada di mana. Kebiasaannya penjual akan memberi tracking number kepada pembeli, dan kadang-kala pembeli pula yang perlu meminta tracking number daripada penjual. Langkah ini perlu dilakukan supaya tiada masalah yang timbul kelak.

Semalam saya ternampak satu gambar yang mana penjual memberikan tracking number kepada pembeli.

acfaae

Merujuk pada gambar di atas, pembeli tidak faham apakah tujuan tracking number yang diberikan. Tapi tak mengapa, saya boleh ajar dengan ringkas bagaimana mahu menggunakannya.

1 – Anda perlu pergi ke laman web berikut – http://www.poslaju.com.my/track.aspx

2 – Masukkan tracking number yang diberikan. Kemudian klik butang Track.

m58TExT

3 – Anda akan di bawa kepaparan berikut dan boleh lihat rumusan status barang anda di bawah label Process. Untuk maklumat lebih lanjut pula, anda boleh klik pada nombor siri di bawah label Item No.

awdadwa

4 – Anda dapat lihat paparan kronologi penghantaran anda dengan lebih lanjut.

jORdwaelwp

Mudah je kan nak jejak tracking number. Tak perlu nak marah-marah penjual.

Selain daripada sistem tracking number yang disediakan oleh syarikat penghantaran. Anda boleh gunakan Trackback, sistem ini berupaya untuk menjejak tracking number secara automatik dari mula hingga akhir proses penghantaran. Dan ianya All-In-One, hampir semua tracking number dari kebanyakan syarikat penghantaran yang beroperasi di Malaysia dapat dijejaki.

MtgpKUc

 

Advertisements

Posted on January 9, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: