Berapa Simpanan Bulanan Anda? Pandangan Lelaki Ini Mungkin Buat Anda Merenung Jauh Ke Dalam Diri

Dividen dan bonus ASB baru saja keluar. Kami yakin ramai para penyimpan ASB yang mula ke bank bagi menyemak berapakah jumlah dividen terbaru yang masuk ke akaun mereka.

Bagi yang cekal menyimpan, pastinya duit itu dibiarkan kekal di dalam ASB agar terus bertambah lagi di tahun depan. Tapi ramai juga yang keluarkan duit bonus atas berbagai sebab dan tujuan.

Kali ini kami ingin berkongsi sedikit pandangan dari Tuan Zaidi Ismail tentang sikap menyimpan.

zaidi-ismail-2

Semuanya bermula dari dalaman

ASB, Hartanah, Emas, Saham, Forex, UT, FCPO, Takaful, Perniagaan dan apa sahaja yang ingin ceburi bermula dari dalaman. Guru sorang ini kata ini bagus, yang itu kata itu bagus, sorang tunjuk skill mengira dan multiply, sorang pula tunjuk skill tarik duit dari udara, macam-macam ada. Yang tak tahu hujung pangkal akan terpengaruh. Semua ini poyo. Semua ini hanya alat. Bila ditanya soalan asas apa matlamat hidup dan kewangan anda, semuanya kelaut.

Habis tu mana satu yang bagus? Semua bagus kalau anda tahu matlamat hidup dan kewangan yang jelas. Selagi tak tahu apa itu matlamat hidup dan kewangan selagi itu meraban. Alat kewangan adalah perkara terakhir yang perlu difikirkan. Kalau pendapatan RM1000 tapi perbelanjaan RM1001 semua alat kewangan boleh humban ke laut. Itu adalah asas.

Nak simpan duit dimana, nak labur dimana, takaful apa, nak berniaga dimana dan apa adalah perkara terakir yang perlu difikirkan. 2 perkara utama menentukan kejayaan kehidupan, baik dari segi keluarga mahupun kewangan adalah :

1. Sikap (attitute)
2. Tabiat (behavior)

Ubah keduanya dahulu, baru yang lain akan turut tersusun.  Ilmu penting tapi bukan penentu kejayaan. Semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri. Sikap dan tabiat adalah pengaruh terbesar dalam hidup. Kedua-duanya bukan “nature” (azali) tapi “nurtured” (dididik).

Sebagai contoh :

Macam mana nak menyimpan jika punya sikap boros dan tidak pernah ada tabiat menyimpan ? Biarpun ada ilmu 10 kali lipat ASB, 7 petala Emas, Leverage Hartanah tersungkam, Forex di Korek dan bekerja selama 20 tahun dalam industri takaful, pernah berguru dengan 100 guru, hadiri beratus seminar dan baca 1000 buku sekalipun jika masih punya sikap dan tabiat buruk yang sama ?

Macam mana pula seorang yang buta huruf, tak pernah bekerja dalam industri kewangan, bukan kaunselor rumah tangga, tidak pernah ke sekolah boleh punya keluarga bahagia (tidak bercerai berai) dan masih kaya raya? Biarpun tidak pernah hadiri seminar, jumpa tok guru atau baca buku kewangan dan rumah tangga ?

Yang membezakan keduanya adalah sikap & tabiat. Korang boleh terus berbalah di sosial media, tegakkan benang basah masing-masing dan terus jadi keyboard warrior. Orang macam saya akan terus tambah harta dan mempunyai keluarga bahagia.

Pesan Guru saya Dr. John Demartini

“wang mengalir dan terkumpul mengikut keutamaan dalam hidup dan keutamaan dalam hidup ditentukan oleh sikap dan tabiat”

Pesan Guru saya Zig Ziglar

“Faktor kejayaan kekayaan adalah 20% Ilmu dan 80% Sikap & tabiat”

Nota : Orang yang dah dari kecil sudah terbiasa (sikap & tabiat) kencing berdiri sukar untuk kencing mencangkung biarpun diberitahu 1001 hikmah dan nasihat (ilmu).

Credit : Zaidi Ismail, dengan izin.

Advertisements

Posted on January 9, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: