7 JENIS PUNCA KESESAKAN LALU LINTAS YANG SERING BERLAKU DI MALAYSIA

Kesesakan lalu lintas atau bahasa mudahnya trafik jam (traffic jammed) sememangnya sesuatu yang tidak asing di negara kita. Kesesakan ini kerap kali berlaku di kawasan yang padat terutamanya kawasan bandar, perkara ini secara lansung atau tidak lansung mencetuskan pelbagai ketegangan, stres, pertelingkahan umpamanya. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui punca kesesakan lalu lintas daripada sudut metafizikal atau dari sudut sains. (apa yang berlaku berpunca daripada kita). Oleh itu kami ingin berkongsi pandangan tentang masalah lalu lintas ini tetapi fokus hanya diberikan kepada punca kesesakan lalu lintas di Malaysia.
Berikut ialah 7 Jenis kesesakan lalu lintas yang dikenal pasti.
1. Kesesakkan lalu lintas yang disebabkan kenderaan rosak.
Masalah kereta rosak adalah perkara yang normal, cuma menjadi masalah apabila ianya rosak di tengah-tengah jalan raya dan terpaksa menunggu servis ‘ towing’ bagi mengalihkannya.
2.Kesesakkan lalu lintas yang disebabkan kemalangan.
Malang tidak berbau, kebanyakkan kereta berhenti di sekitar kawasan kemalangan bagi memberikan ‘bantuan’. Hal ini secara tidak lansung menyukarkan lagi pihak berwajib untuk memberikan bantuan dek kesesakkan lalu lintas.
3. Kesesakkan secara tiba – tiba muncul.
Sebenarnya perkara ini berlaku secara kebetulan, mungkin waktu tersebut merupakan saat tidak bertuah anda.
4.Kesesakkan lalu lintas musim perayaan atau ‘event’.
Kesesakkan ini mungkin yang paling teruk dialami bagi warga kota, kerana ramai warga kota yang berpusu – pusu ingin pulang ke kampung halaman. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda sebaiknya.
5.Kesesakkan yang disebabkan waktu pulang penjawat awam.
Jalan raya lazimnya akan sesak sekitar jam 4 petang, iaitu waktu pulang penjawat – penjawat awam.
6.Kesesakkan yang berpunca daripada waktu pulang penjawat swasta.
Sama kes seperti penjawat awam, namun waktu yang berbeza iaitu sekitar jam 5:30 petang.
7. Kesesakkan akibat pulang lewat demi mengelakkan trafik jam sebelumnya.
Kesesakkan ini lazimnya berlaku sekitar waktu Maghrib iaitu jam 7:20.
Hidup di bandar memang pantas namun trafik lembab macam kura – kura.
Advertisements

Posted on January 17, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: