Cara Paksa Diri Untuk Menabung

1 RUMAH 1 TABUNG

Paksa diri untuk menabung.

Boleh bermula dari RM1 hari pertama,
RM2 hari ke-2
RM3 hari ke-3
RM4 hari ke-4
RM5 hari ke-5
Dan seterusnya sehinggalah kita rasa dah capai batas minima yang kita boleh menabung. Contoh: Batas minima saya RM10 sehari. So paksa diri maintainkan RM10 sehari. JANGAN KURANG daripada amount minima.

Dan TABUNG itu pastikan ia ADA NAMA. Contoh yang pernah saya buat:

  • Tabung Nikah
  • Tabung Umrah
  • Tabung Baby

Dan setiap tabung ada tempoh sebelum ia dipecahkan.

Saya pecahkan tabung nikah yang saya mulakan sejak saya study dulu sehinggalah seminggu sebelum saya bernikah.Hasilnya ada 5k+ dalam tu.”Takdalah mak mertua kata aku ni sengkek sangat sebab baru habis study time tu. Haha.”

Hari ini, saya pecahkan TABUNG BABY. Bermula sejak saya tahu isteri saya mengandung sehinggalah masa untuk dia persiapkan barangan baby yang bakal dilahirkan (InsyaAllah). DAN hasilnya, InsyaAllah cukup utk beli baju-baju baby dan keperluan si isteri saya. Ada 4 angka juga. Tempoh simpanan 8 bulan.

Jadi kepada kawan-kawan jangan merungut dan beralasan asyik tak cukup duit. Sebenarnya bukan tak cukup duit tapi kita yang tak cukup bersedia.

P/S: Nak kena pi giant beli tabung baru. Ada misi EUROPE TRIP pulak next year. Cukup duit tabung kita pi. Doakan.

Advertisements

Posted on January 18, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: