TOP 10 TRAK MAKANAN ALAF BARU YANG SEDANG MENINGKAT NAIK DI LEMBAH KLANG

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kecintaannya terhadap street food atau makanan jalanan. Makanan jalanan seperti cendol, rojak, lok ching, nasi lemak dan char kuey teow mampu membuatkan seseorang itu meleleh air liur. Meja lipat tepi jalan, motorsikal dan trak makanan adalah antara 3 cara premis makanan jalanan dipersembahkan.
Bagaimana kalau kami kata trak makanan, khasnya di Malaysia, telah up-the-game?
Penjaja ini meningkat setapak lagi dengan lori berwarna-warni dan menu makanan yang diinspirasikan dari barat. Burger, sandwic, nachos dan taco adalah sebahagian dari menu yang ditawarkan oleh trak makanan alaf baru ini. Dan ini adalah top 10 trak makanan yang sedang meningkat naik:
1. Oh My fruit Juice (omFJ)
Beroperasi dari awal pagi sehingga waktu makan tengahari, omFJ menghidangkan jus buah-buahan yang sedap dan berkhasiat untuk mereka yang mementingkan kesihatan. Trak berwarna merah jambu terang ini biasanya beroperasi di sekitar Damansara Heights, terutamanya kepada petugas-petugas yang berkhidmat di Menara Millenium.
Facebook: OMFJ
Telefon: 011-23068048
2. Dr Mak Rony
Burger bakar Dr Mak Rony bukanlah burger bakar biasa-biasa. Burger ini adalah umpama burger gourmet dengan patty daging yang juicy membuat ia berbaloi untuk dicuba. Trak ini beroperasi di banyak kawasan, dan tempat terbaik untuk menjumpainya adalah di Jalan Dungun.
Facebook: Dr Mak Rony Grilled Burger
Twitter: Dr Mak Ronny
Telefon: 012-6868260
3. La Famiglia
Bertemakan mafia Itali, pakar pasta La Famiglia semakin menerima tumpuan dalam beberapa tahun ini. Harga makanan yang berbaloi menyebabkan mereka menjadi pilihan popular. Pada waktu siang, mereka selalunya berada di Jalan Dungun, bersebelahan dengan Dr Mak Rony. Pada waktu malam, kadangkala mereka juga boleh ditemui di SS15 Subang Jaya.
Facebook: La Famiglia
4. SpagMe
SpagMe menawarkan pelbagai sarapan ala barat dan spageti goreng. Trak ini sentiasa bergerak, selalunya di antara Pusat Bandar Damansara dan Jalan Dungun. Pada hujung minggu, ia juga boleh ditemui di sebuah sekolah di Jaya One, Petaling Jaya.
Facebook: SpagMe
Telefon: 012-3105956
5. The Royal Post
Ramai dari kita yang tidak dapat memulakan hari tanpa secawan kopi dan The Royal Post memenuhi keperluan penggemar kopi ini. Mereka juga menyajikan sedikit pilihan sandwic untuk kompleks pejabat sekitar Kuala Lumpur, terutamanya di Menara Millenium dan Plaza OSK, Jalan Ampang.
Laman Web: Royal Post Cafe
Facebook: Royal Post
Telefon: 016-2638841
6. Cowboys Food Truck
Cowboys Food Truck adalah pendatang baru dalam senarai ini, dan mereka membawa menu barbeku dengan inspirasi Texas. Kepak ayam bakar adalah kepakaran mereka dan mereka menukar menu makanan setiap hari. Buat masa ini, mereka beroperasi di pejabat sekitar KLIA 2 untuk makan tengahari, tetapi mereka juga boleh ditemui di SS15 pada waktu makan dan Jaya One pada hujung minggu.
Facebook: Cowboys Food Truck
Telefon: 019-2518072 (Nizar)
7. Wheeloaf
Wheeloaf adalah satu-satunya bakeri mobile yang mengkhususkan kepada penjualan roti panini dan sandwic keju bakar. Sandwic gourmet ini dibakar segar setiap hari dan mereka sering dilihat di pelbagai acara. Selalunya mereka dapat ditemui di Menara Millenium pada siang hari dan Bangsar pada malam hari, tetapi Wheeloaf sering mengemaskini lokasi terbaru di laman sosial mereka setiap hari.
Facebook: Wheeloaf
Telefon: 016-2559871 (Calvin), 017-4033268 (Izzat)
8. Babarittos
Lokasi utama trak makanan ini adalah di PV16 Condominium di Danau Kota, Setapak. Tarikan utama Babarittos adalah burrito wrap dan nachos, dan mereka juga menawarkan pelbagai pilihan makanan barat. Mereka beroperasi di Setapak setiap hari, tetapi mereka juga menerima tempahan katering pada hujung minggu.
Facebook: Babarittos
Telefon: 018-6646627
9. Curbside Cantina
Menghidangkan tacos dan masakan Mexico lain, Curbside Cantina boleh ditemui pada waktu malam di pasar malam Bangsar Baru atau Taman Tun Dr Ismail. Untuk tengahari, kadangkala mereka dapat dilihat di KLIA 2 atau di Lincoln University College, Kelana Jaya. Cara terbaik untuk menjejaki mereka adalah melalui post Instagram. Mereka juga mempunyai syarikat katering bernama Cantina Moderna.
Instagram: Curbside Cantina KL
Facebook: Cantina Moderna
Twitter: Cantina Moderna
10. Little Fat Duck
Little Fat Duck terkenal di Subang Jaya sebagai pilihan makan malam di SS15 enam hari seminggu. Pilihan utama adalah pasta dengan harga RM5, dan mereka juga menawarkan makanan lain di sini. Mereka juga baru sahaja membuka outlet kedai di 1Utama pada tahun lepas.
Laman Web: Little Fat Duck
Facebook: Little Fat Duck
Telefon: 03-56132087
Advertisements

Posted on January 18, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: