Keratan Akhbar “Pemain Wilayah Mewah” 1986

MEMILIKI gaji lumayan, tak hairanlah jika seseorang atlet mampu berbelanja besar bagi mendapatkan kereta mewah idaman mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah penemuan sebuah keratan akhbar dipercayai dikeluarkan pada tahun 1986 bertajuk “Pemain Wilayah Mewah”.
Melalui keratan akhbar yang dikongsikan oleh peminat kenderaan antik di laman Facebook, ia sememangnya sangat menarik apabila melihat definisi kereta mewah 19 tahun dahulu.
Honda, Mitsubishi dan Toyota adalah antara jenama pilihan pemain bola sepak di Wilayah Persekutuan.
Antara pemain yang dipaparkan termasuklah Otai bola sepak negara seperti Shebby (Sergabeth) Singh, Razip Ismail, Fandi Ahmad dan Saidin Osman.
Kadar harga bagi setiap kenderaan mewah mereka adalah antara RM11,000 sehingga RM47,000.
Jika diikutkan dengan kadar semasa sekarang, dengan harga Rm11 ribu kita boleh memiliki kereta apa ya?
Apa-apa pun, kenderaan paling legend adalah kereta Toyota Truno AE86 milik Fandi Ahmad.
Model AE86 yang merupakan lambang prestasi Toyota pada waktu tersebut telah diadaptasikan ke dalam komik Jepun, Initial D, dan sampai sekarang kereta ini masih berharga RM50,000 walaupun ia telah memasuki pasaran hampir 20 tahun lalu.
Advertisements

Posted on January 23, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: