Rahsia Membina Kekayaan Di Zaman Ekonomi Meleset

2015 tahun gawat? 2015 tahun kemelesetan?

Siapa yang bersetuju dengan Prof Dr Hoo di sini? Secara jujur, saya berharap ramai yang membaca artikel beliau dan benar-benar mengikut nasihat beliau.

Ia mengingatkan saya kepada kemelesetan global dalam 2008 – 2009 (harga minyak adalah sekitar USD40 pada masa itu). Ketika itu kebanyakan berita dan pakar ekonomi sibuk mengatakan bahawa ekonomi di seluruh dunia berada dalam keadaan kucar-kacir dan separuh daripada negara di dunia ini akan melalui zaman kemelesetan termasuk Malaysia / Singapura. Nasihat umum dari mereka adalah jangan membeli apa-apa dan selamatkan wang anda.

Saya berumur 27 tahun ketika itu, bodoh dan naive. Saya hormati  dan dengar semua nasihat tersebut tapi sifat naive dalam diri saya mengatasi segalanya. Saya dengar tapi saya tak ikut. Dan sambil mendengar, saya bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

1. Mengapa semua orang memberitahu saya cerita yang sama? (mentaliti ramai orang ketika itu)

2. Mengapa mereka yang memberi amaran tentang pelaburan kepada saya masih lagi bekerja, tidak bersara dan tidak hidup kaya raya? (Jika saya mahu bina kekayaan mengapa mesti mendengar kata-kata dari mereka yang tidak pernah cuba untuk mengembangkan kekayaan mereka sendiri?)

3. Kenapa saya perlu terlalu bimbang jika hartanah yang saya beli, boleh disewakan?

4. Mengapa pemaju dan penjual hartanah menawarkan jualan dengan terma-terma yang sangat mesra? Zero down, full rebate, tanpa bayaran muka dan lain-lain? Apabila tiada pembeli, penjual menjadi sangat-sangat mesra pelanggan.

5. Mengapa di waktu kesuraman dan kemelesetan di mana-mana, 3 hartanah yang saya beli nilainya terus dan sentiasa meningkat naik?

6. Jika ramai yang bimbang akan kemungkinan hilang pekerjaan, bukankah sepatutnya mereka cuba untuk meningkatkan pendapatan pasif mereka dan bukannya duduk diam tanpa melakukan apa-apa?

APA YANG SAYA LAKUKAN

Akhirnya saya lakukan yang bertentangan dan membeli lebih daripada 10 hartanah semasa krisis 2009-2010. Saya tidak tahu bagaimana situasi ekonomi dalam masa 2-3 tahun lagi, tetapi saya baru saja membeli sesuatu yang saya tahu masuk akal. Saya telah memberi tumpuan kepada membeli yang berikut:

1. Unit kecil di kawasan terhad atau tiada bekalan.

2. Hartanah pasaran massa yang merupakan ‘rumah permulaan’ yang sesuai untuk penduduk setempat dan dalam kadar sewaan yang mampu dibayar oleh bakal penyewa di situ.

Strategi saya berhasil apabila sebahagian besar hartanah bagi unit-unit kecil dan hartanah pasaran massa ini telah meningkat dalam 2 ke 3 kali ganda nilainya. Mengimbas kembali pada jumlah hartanah yang saya beli pada masa itu, penyesalan saya adalah saya tidak membeli secukupnya!

2015 VS 2008?

Saya melihat banyak persamaan antara 2008 dan 2015, dan saya berharap ramai yang akan percaya akan kesuraman dan kemelesetan ini agar saya mempunyai lebih peluang untuk merebut beberapa tawaran menarik dalam tempoh kegawatan ini.

Pesanan saya di sini, berhati-hatilah dengan segala nasihat yang anda terima. Mereka mungkin berniat baik dan memang mengambil berat tentang hidup anda. Tetapi meminta nasihat dari orang yang salah sama seperti meminta tukang paip membaiki laptop. Jika nak baiki laptop, jumpalah mereka yang mahir membaiki laptop dan bukannya meminta nasihat dari tukang paip, kan?

Jika mahu membina kekayaan ketara sewaktu di zaman krisis sama ada melalui pelaburan atau perniagaan, pergilah belajar dari mereka yang telah berjaya melakukannya sebelum ini.

Akhir sekali, pernah ke dengar seorang penganalisis / ahli ekonomi / profesor yang menjadi kaya raya?

Advertisements

Posted on January 23, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: