9 Tips Menjadi Pengguna Super Bijak Berbelanja

Tips pengguna SUPER bijak

1. Jika selama ini tak pernah perasan ada logo kecil, ‘Discount For Members Only,” maka lepas ini anda perlu lebih cermat, amati tulisan dan logonya yang mungkin semakin kecil.

2. Kalau boleh catat semua harga sewaktu bersama troli, dan bandingkan pada resit di kaunter. Kalau anda rasa tertipu walau satu barang (bukan kecuaian), tinggalkan kedai ini, dan batalkan jual beli.

3. Bintang mencari bintang. Berhati-hatilah membaca tanda harga, amati sebarang tanda bintang seperti ini * yang mensyaratkan pembelian minimum, semata-mata demi potongan yang cuma sesen dua.

4. Contoh, saya pernah berkejar ke sebuah pasaraya untuk dapatkan lampin anak kerana diskaun RM5 (banyak juga). Dalam poster iklan ada tulis *tertakluk terma dan syarat. Tapi, bila dah sampai sana, * tertulis syaratnya kena belanja RM50 ke atas. BIN*TANG betullah. Ok, tinggalkan kedai ini jika anda memang nak beli 1 barang saja.

5. Jangan terpesona dengan potongan harga yang gila-gila untuk sesuatu produk (tiada bintang). Jika ada sekalipun, contoh diberi promosi harga gula pada hari itu cuma RM1, maka selepas beli gula SAHAJA sila tinggalkan kedai itu.

6. Suri rumah perlu teliti lihat KUALITI dan HARGA jualan peruncit bergerak (lori) dari rumah ke rumah. Jika segar, dan harganya murah dari pasaraya, maka peruncit lori begini seharusnya jadi PILIHAN UTAMA anda. Jimat duit petrol untuk ke pasar, jimat tenaga, dan masa.

7. Macam mana nak bersedekah di zaman gawat? Caranya mudah. Jangan beli di pasaraya, tapi belilah barang dapur di jalanan, atau kedai runcit kecil-kecilan. Mungkin harga peruncit kecil cuma mahal RM0.50. Tapi RM0.50 boleh selamatkan beliau dari mengemis atau berhutang. Dua-dua dapat tabung ‘akhirat’.

8. Jangan bandingkan dua produk yang sama jenis (lain jenama) dengan hanya melihat pada HARGA dan SAIZ. Sila perhatikan juga perbezaan BERAT gram atau isipadu liter.

9. Contoh dalam gambar, terdapat dua jenis spageti. Spageti A (atas) harga RM3.49, Spageti B pula RM3.20. Jika dilihat sekali imbas, seorang suri rumah tanpa fikir panjang akan memilih Spageti B, kerana ia terlihat murah. Saiz bungkusan pun tak jauh beza.

Tapi, mari kita kira harga per gram:
Spageti A = RM3.49 / 500 gram = RM 0.00698
Spageti B = RM3.20 / 400 gram = RM 0.008

Jadi, anda dapat lihat yang mana lebih murah, kan? Beza beratnya SANGAAAAT tipis, iaitu 10 gram. Namun, beza harga per gram amatlah besar, jika anda beli lebih dari 1 bungkus.

Kuasa membeli di tangan anda. Jadilah pengguna SUPER bijak.

Advertisements

Posted on January 24, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: