Idea Dating Yang paling Ringkas Dan Menyeronokkan !


Perhubungan yang sudah bertahun terkadang mungkin membosankan. Masakan tidak, rutin hujung minggu atau hari-hari biasa diatur dengan aktiviti cliche pasangan berpacaran lain.

Cuba suntik kelainan dalam perhubungan dengan aktiviti lain dari yang lain. Makanya, tingalkan sebentar janjitemu keluar mengopi di kafe fancy-schmancy hanya untuk segelas ice-blended dan produk pastry terlajak mahal, yang mandatorinya diambil gambar untuk tatapan pengikut Instagram.

Di sini dibawakan idea untuk dating yang lebih ringkas tapi fun untuk anda dan pacar.

Play tourist :-

Ideanya anda kononnya menjadi pelancong di sesuatu tempat. Tidak perlu merancang percutian backpacking yang agak memakan kos, sebaliknya Kota KL sebetulnya sudah memadai. Helahnya adalah, sebagai ‘pelancong’ anda dan si dia mesti menggunakan pengangkutan awam dari satu tempat ke satu tempat lain.

Rancang dan selidiki tempat tumpuan pelancong mana yang ingin diteroka. Kaji nilai tambang, stesen bas, LRT atau monorail terdekat, jangka waktu harus berjalan jika perlu, stesen mana perlu turun dan naik, dan sebagainya. Di sini anda dapat melihat sisi sebenar pasangan, sabarkah dia, bagaimana bijaknya dia menghafal peta interaksinya dengan orang tidak dikenali, dan pelbagai lagi. Sounds fun, right?

Pick a day for a picnic :-

Paling tidak pun anda memerlukan RM50 untuk perbelanjaan keseluruhan idea dating ini. Murah kan? Sekali lagi, semua hal perlu direncanakan dengan teratur untuk pengalaman aktiviti hujung minggu yang akan dikenang sepanjang perhubungan.

Pertamanya, pilih satu tempat yang sesuai untuk picnic anda. Boleh jadi taman berdekatan perumahan anda berdua, atau taman rekreasi tumpuan warga kota, di mana sajalah asal bertepatan dengan mood untuk bersantai dengan si dia.

Kedua, haa, inilah masanya untuk ‘berlagak’ dengan  perihal skill memasakmu. Tidak perlu hidangan berat-berat seperti gulai lemak masak tempoyak atau rendang tok resepi bonda, cukup sekadar anda menunjukkan usaha menyediakan hidangan untuknya, pasti si dia terharu dan bangga. Hidangan ringkas seperti spaghetti, mihun goreng, sandwich atau salad sebenarnya sudah memadai.

Hari mengukir kenangan :-

Pernah dengar disposable camera? Rancang satu hari tanpa Instagram juga gajet canggih anda, tapi digantikan dengan kamera pakai buang ini. Outing ini boleh dilakukan di tempat-tempat yang akan terlihat cantik di dalam gambar, hanya Google dulu sebelum ke mana-mana.

Jikalau boleh, matikan akses anda pada Internet dan dunia luar, dan hanya fokus untuk bersama pasangan. Gambar-gambar yang diambil boleh dicuci dan menjadi kenangan kemudian hari. Boleh juga menghiasi dinding rumah kalian selepas berumahtangga dan menjadi modal bercerita untuk anak cucu.

Advertisements

Posted on January 28, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: