Apa Akan Berlaku Jika Kita Minum 10 Coke Setiap Hari?

Seorang lelaki bertindak gila apabila dia membuat keputusan untuk minum sebanyak 10 tin air coke setiap hari selama sebulan. Tujuannya adalah untuk melihat perubahan yang akan berlaku kepadanya selepas sebulan. Sepanjang tempoh eksperimen, lelaki ini masih melakukan aktiviti senaman hariannya (gym dan jogging) seperti biasa.

Sebelum ujian ini dimulakan, berat badannya adalah 168 pound (76.2 kg)

Seminggu kemudian, George masih belum merasakan perubahan yang ketara tetapi jarum penimbang menunjukkan berat badannya semakin bertambah.

…dan bertambah setiap hari..

Dan selepas hari terakhir iaitu hari yang ke-30, berat badan George bertambah sebanyak 23 pound (10.4 kg) menjadi 190 pound hanya dengan rutin minum sebanyak 10 tin air Coke setiap hari selama sebulan.

Selain berat badan yang bertambah, tubuh badannya yang dahulunya kelihatan fit kini berubah menjadi sedikit boroi. Lebih teruk lagi George kini memasuki fasa awal penyakit kencing manis.

Apa yang cuba dibuktikan oleh beliau dalam eksperimen ini adalah, kepada mereka-mereka yang masih kecewa dengan berat badan berlebihan walaupun sudah ikat perut, anda perlu semak semula pengambilan air berkarbonat anda.

Melalui ujian ini, sudah terbukti kandungan gula dalam air berkarbonat seperti Coke amatlah tinggi dan memberi kesan besar terhadap berat badan anda.

Pada George, amalan diet keterlaluan sehingga berlapar sepanjang hari semata-mata mahu kurus adalah karut belaka kerana ramai orang yang melakukannya terlepas pandang terhadap pengambilan air berkarbonat yang lebih penting.

Eksperimen ini berjaya mendedahkan satu lagi kesan negatif ketagihan air Coke kepada seseorang. Jadi mulai hari ini, marilah kita sama-sama mengurangkan pengambilan air berkarbonat masing-masing untuk kesihatan tubuh badan yang lebih baik.

Advertisements

Posted on January 29, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: