16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali

Sebut saja Bali pasti terbayang pulau yang mempunyai pantai yang cantik dan eksotik ini. Bali juga dikenali sebagai pulau romantis bagi pelancong barat yang majoritinya adalah pelancong dari Australia.

Kali ini kami ingin bawakan 16 senarai hotel di Bali yang menyediakan kolam persendirian (private pool) pada harga di bawah USD100 (kira-kira RM350) untuk 1 malam, sangat sesuai untuk mereka yang nak honeymoon.

Mari kita mulakan.

1. Pande Villas SPA & Restaurant (dari USD52 / malam)

Pande Villas Spa and Restaurant
Alamat : Pantai Mengening Cemagi, Mengwi Badung
No Tel : +62 361 848 3288

Seronoknya jika dapat menikmati sarapan pagi sambil di sapa bayu laut, melihat pemandangan sawah padi dan nun di sana laut membiru hanya dari bilik tidur.

hotel murah di bali 1a

Tingkap di hotel ini memanjang dari atas ke bawah. Boleh lah nikmati panorama indah sambil hirup kopi. Slurrpp!

hotel murah di bali 1d

Saiz bilik pun agak besar.

hotel murah di bali 1c

Pantai juga tidak jauh dari hotel ini. Hanya 5 minit berjalan kaki dah sampai ke Pantai Mengening. Boleh lah tengok matahari terbenam sambil snap-snap gambar.

Bagi yang suka explore bolehlah menjelajah pantai berhampiran dan berkunjung ke Kuil Tanah Lot, kuil tepi laut yang terkenal di Bali. Kuil ni hanya 20 minit memandu. Masih dikira agak dekat.

 

2. Zoe Villa (dari USD99 / malam)

Alamat : Jalan Raya Semat, Kuta Utara, Badung, Bali 80361, Indonesia
No Tel : +62 361 8444900

Hotel ni sebenarnya perusahaan keluarga (family business). Biasanya jika family business, cara layanananya juga agak ‘caring and loving’.

hotel murah di bali 2a

Baru tengok gambar swimming pool dah rasa best.  Nak mandi mesti tak malu sebab swimming pool tertutup.

hotel murah di bali 2c

hotel murah di bali 2b

Tu dia. Bukak mata je, kolam renang dah tunggu kat depan. Tinggal nak terjun je.

hotel murah di bali 2d

Bilik mandi juga boleh di akses terus dari kolam renang, tak lah basah lantai.

Selain dari kolam renang yang sangat privacy, hotel ini juga sediakan dapur dan peralatan memasak, TV flat skrin dan DVD player. Hmmm, yang baru kahwin memang banyak habiskan masa kat dalam bilik saja lah kalau macam ni. Hehe.

 

3. Hidden River Villa (USD70 / malam)

Alamat : Hidden River Villa, Canggu, Jalan Nelayan, North Kuta, Bali, Indonesia, 80351

Villa ini terletak di tepi sungai. Sambil berenang dalam kolam boleh jenguk-jenguk air sungai yang mengalir.

hotel murah di bali 3a

Halaman yang cantik dengan susunan pokok bunga tropika.

hotel murah di bali 3b

hotel murah di bali 3c

Siap ada balkoni di bilik tidur, di tingkat atas.

hotel murah di bali 3d

Dan dapur gaya moden dengan sentuhan seni ala Bali yang cantik. Memasak bersama pasangan pun boleh tambah kemesraan juga, kan?

 

4. Pandan Tree Villa (USD 87 / malam)

Alamat : Jalan Veteran, Gang Pandan Asri 14 Canggu-Mengwi, Bali, Indonesia
Tel : +62 819 36244827

Lokasi hotel ini sangat dekat dengan Pantai Canggu. Jadi boleh lah layan matahari naik dan terbenam di pantai di waktu pagi dan petang. Atau lepak saja dalam bilik sambil mendengar deruan ombak dari pantai.

hotel murah di bali 4a

Kolam renang di hotel ini diletakkan di tengah-tengah ruang bersama halaman. Saiz kolam juga agak besar. Sangat privacy.

hotel murah di bali 4b

Ruang lepak dan ruang makan juga berkonsepkan ruang terbuka (open space) di sebelah kolam renang.

hotel murah di bali 4c

Dinding bilik tidur pula berkonsep tingkap sliding. Hotel ni juga boleh bantu pelanggan mereka sediakan suasana romantis dengan mengatur lilin di bilik hotel dan kolam renang. Jadi jika ke sini, boleh lah minta hotel sediakan ‘candle light’. Lebih romantis gitu 😉

hotel murah di bali 4d

Cuma, kurang sikit hotel ni sebab tak ada bath tub. Yang disediakan adalah shower. Kolam kan ada, berendam sajalah dalam kolam. Haha.

 

5. Dream Villa di Umalas (USD79 / malam)

Alamat : Gang 8, Jalan Umalas 1, Canggu, North Kuta, Bali, Indonesia, 80361

Konsep hiasan hotel ni agak berbeza berbanding hotel-hotel lain di Bali hasil gabungan 2 dekorasi iaitu Bali dan Morocco. Perabot yang digunakan di hotel adalah dari kayu.

hotel murah di bali 5a

Ia umpama gabungan 2 zaman ; moden dan tradisional dengan konsep fusion. Bumbung dari daun nipah, dekorasi dalaman yang berwarna warni dan kolam renang yang agak besar.

hotel murah di bali 5b

Ruang bilik juga besar, siap ada kelambu lagi.

hotel murah di bali 5c

Tempat bersantai tepi kolam pun ada. Oh ya, hotel ini sediakan 2 bilik untuk setiap unit. Kedai makan juga banyak di sekitar hotel ni.

 

6. Unique Balinese tropical paradise (Dari USD71 / malam)

Alamat : Villa Taman Sungai, Gang Palm Raja, Kuta, Bali, Indonesia

Ini lain dan sedikit berbeza. Lokasi villa ini dikelilingi pokok-pokok hijau macam dalam hutan.

hotel murah di bali 6a

Kolam renang pun dan serupa di tengah halaman. Dah nama pun tropical paradise kan?

hotel murah di bali 6b

Inilah villanya. Nampak tradisional dan klasik. Villa kayu.

hotel murah di bali 6c

Perabot juga dibuat dari kayu dan hiasan villa ini kaya dengan tradisi Bali.

hotel murah di bali 6d

Katil yang klasik. Cuma bagi pasangan muslim mungkin rasa ‘pelik’ sikit dengan dekorasi tambahan yang disediakan di penjuru villa ini.

 

7. Noah Villa and Chapel (dari USD50 / malam)

Alamat : Jalan Indraprasta Br. Giri Dharma Ungasan, Uluwatu, Bali, Indonesia 80361
Tel : +62 361 3565 777 / +62 852 6464 7702

OMG! Kolam renang betul-betul kat dalam villa. Privacy sungguh!

hotel murah di bali 7a

Siap ada mini bar kat tepi. Minum oren pun best ni.

hotel murah di bali 7b

Ruang bilik juga besar. Katil pun agak lain dari yang lain. Kepala katil sampai ke bumbung.

hotel murah di bali 7c

Lokasi villa ni di Uluwatu. Antara yang menarik di sekitar hotel ini adalah Pusat Kesenian Garuda Wisnu Kencana.

hotel murah di bali 7d

Bagi yang bukan beragama Islam, villa ini juga ada sediakan kuil untuk mereka yang nak berkahwin di sini. Kapal ni lah kuil tu.

hotel murah di bali 7e

Ini gambar dalam kuil.

 

8. Taman Sari Bali Villa (dari USD 77 / malam)

Alamat : Jl. Taman Sari No 22A, Teuku Umar Barat, Seminyak / Kerobokan, Bali, Indonesia 80361

Villa ni sesuai bagi yang berjiwa seni dan sukakan seni.

 

hotel murah di bali 8a

Dekorasi dalam villa dengan gaya kontemporari hasil dari adaptasi konsep zen dan gaya moden.

hotel murah di bali 8b

Ni pula kolam renang. Sangat ‘Bali’ suasana kat sini.

 

9. Villa di Kerobokan (USD100 per night)

Alamat : Jalan Taman Sari, Kerobokan, Bali

Bagi yang lebih sukakan gaya moden dengan sentuhan bali yang tak terlalu sarat, villa ini adalah jawapannya.

hotel murah di bali 9a

Kolam renang masih di dalam ruang villa untuk privacy.

hotel murah di bali 9b

Gaya Bali yang ringkas.

hotel murah di bali 9c

Ruang tandas dan ruang mandi.

Lokasi villa ini adalah 10 minit memandu dari pekan Seminyak yang menyediakan pilihan makanan dan juga 10 minit dari Pantai Canggu, bagi yang sukakan pantai.

 

10. Villa Atlantis (USD95 / malam)

Alamat : Jl. Beji Ayu Gg 4 Denpasar, Bali, Indonesia
Tel : +62 819-3624-4827

Bagi yang suka membeli belah, hotel ini boleh jadi pilihan terbaik. Terletak di Pekan Seminyak, memudahkan kaki shopping membeli belah.

hotel murah di bali 10a

Selain dari kolam renang persendirian, kolam ikan koi juga turut diletakkan. Nak cari idea menulis? Mungkin boleh dapat lebih ilham kat sini. Dengan konsep ruang rehat terbuka, wifi internet yang laju, boleh la layan idea sambil sesekali jengah ikan koi.

hotel murah di bali 10b

Dapur dan minibar pun ada. Boleh lah masak sekali.

hotel murah di bali 10c

Ruang mandi pun cantik.

hotel murah di bali 10d

Bilik tidur, perasan tak macam kapal? Sebab tu lah bagi nama Villa Atlantis agaknya. Hehe. Dan bilik tidur ni di sediakan di tingkat atas dengan katil besar (king saiz). Nampak unik kan?

 

11. Karana Villa (Dari USD70 / malam)

Alamat : Jl. Mahendradata, Denpasar, Bali, Indonesia 80361
Tel : +62361 488276

Konsep hotel moden di Denpasar.

hotel murah di bali 11a

Dekorasi ringkas buatkan hotel ni lebih nampak macam rumah. Ruang dapur pun kat luar saja, sebelah kolam.

hotel murah di bali 11b

Lengkap dengan TV flat screen. Nak lepak kat luar tepi kolam pun boleh. Baring-baring di sofa sambil baca novel atau update status di FB dan insta. Eh?!

hotel murah di bali 11c

Ruang bilik yang ringkas, nampak minimalis.

 

12. Studio-style Villa Di Pecatu Indah Resort (Dari USD65 / malam)

Villa dengan konsep buluh dengan kombinasi moden dan tradisional.

hotel murah di bali 12a

Siap dengan penapis air mineral di sudut bilik. Tak banyak hotel sediakan kemudahan ni. Nampak tak?

hotel murah di bali 12b

Boleh layan sarapan dan minum petang ditepi kolam. Jika bawa anak-anak, semestinya di kolam saja lah tempat lepak mereka.

hotel murah di bali 12c

Ruang mandi dan bilik air. Nampak menarik bila buluh dijadikan penyangkut tuala.

Lokasi villa ini tak jauh dari pantai Pandawa, Padang-Padang dan Balangan. Hanya 15 minit memandu.

Padang golf pun tak jauh dari sini. Hanya 10 minit memandu ke New Kuta Golf.

 

13. Villa N’coh Canggu (Dari USD77 / malam)

Alamat : Jalan Raya Padang Tawang, Kuta, Bali, Indonesia

Okey, ni lain sikit. Villa ni lokasinya di tengah sawah padi.

hotel murah di bali 13a

Hiasan dalamannya dari kayu dan serba ringkas. Layan minum kopi dan teh tepi kolam. Atau lepak-lepas saja di kerusi malas sambil kira bintang di waktu malam.

hotel murah di bali 13b

Minibar dan ruang dapur dengan konsep terbuka (open space). Nak masak pun boleh. Nampak tong gas tak?

hotel murah di bali 13c

Ruang bilik yang agak besar.

Pantai juga tak jauh dari sini. Hanya 10 minit memandu ke Pantai Echo dan Pantai Brawa.

 

14. Villa Marjens, Seminyak (Dari USD79 / malam)

Alamat : Jalan Yasa Bali Sujati, North Kuta, Kerobokan, Bali, Indonesia

Hotel ni terletak di lokasi sedikit berbeza berbanding hotel lain. Ia di kawasan penempatan penduduk tempatan.

hotel murah di bali 14a

Dekorasi gaya moden; kombinasi warna coklat, corak pelangi dan warna terang menceriakan bilik di hotel ni. Mini bar pun ada.

hotel murah di bali 14b

Kolam renang bentuk no 8 yang menggamit rasa. Terasa sejuk dan redup. Nak lepak kat sofa pun boleh.

hotel murah di bali 14c

Ruang bilik dengan pintu sliding yang besar mengadap kolam renang.

 

15. Villa Swara Hari (USD99 / malam)

Alamat : Jl. Tirta Tawar Br. Junjungan, Ubud, 80571, Indonesia
Tel : +62 878-6151-7134

Lokasi villa ini adalah di kawasan bendang. Dikelilingi sawah padi dan bukit bukau. Sangat sesuai bagi yang sukakan suasan tenang sambil dengar kicauan burung dan jauh dari suasana bising.

hotel murah di bali 15a

Kat villa ni ada 2 bilik tidur, balkoni dan kolam renang. Susah nak percaya harga sewa villa ni adalah harga bajet.

hotel murah di bali 15b

Yang berjiwa puitis boleh lah duduk kat meja tu dan karang serangkap dua puisi atau surat cinta. Saja buat kenang-kenangan masa honeymoon 😉

hotel murah di bali 15c

Bilik pun nampak luas. Siap boleh lepak di sofa sudut tepi sambil menikmati pemandangan sawah padi.

hotel murah di bali 15d

Gazebo pun ada. Lepak sambil buat kerja pun boleh juga di sini. Dah terasa tenang dan nyamannya dari jauh.

 

16. Twin Island Villa (USD100 / malam)

Alamat : Ancak Village – Lembongan, Lembongan Island, Bali, Indonesia
Tel : +62 812-3844-3288

Villa yang sangat sesuai bagi yang benar-benar mahukan privacy. Villa ini terletak di Pulau Lembongan dan jika mahu ke sini perlu naiki bot laju selama 30 mint sama ada dari Pantai  Sanur atau Pelabuhan Benoa.

hotel murah di bali 16a

hotel murah di bali 16b

Meja makan di villa ini juga sudah cukup menggambarkan apa yang bakal di nikmati. Pemandangan menarik!

hotel murah di bali 16c

Dekat dengan pantai, sesiapa yang menginap di villa ni pasti akan rasa macam hanya mereka je yang ada kat sini.

hotel murah di bali 16d

Kolam renang saiz kecik saja. Eh, kata nak honeymoon kan? Berendam saja cukup lah. Spot terbaik untuk chill out dengan soulmate, tak gitu?

Jom ke Bali kita. Honeymoon di sana, okey 😉

Advertisements

Posted on January 30, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: