Hukum Melihat Aurat Antara Suami Isteri

Soalan:

Assalamualaikum. Apakah benar suami tak boleh melihat kemaluan isteri dan begitu sebaliknya ketika bersetubuh?

Jawapan:

Dakwaan yang mengatakan suami dan isteri tidak boleh melihat kemaluan antara mereka adalah TIDAK BENAR. Bahkan hukum yang sebenarnya adalah HARUS suami melihat kemaluan isteri dan demikian sebaliknya, sama ada ketika bersetubuh atau bukan ketika bersetubuh. Hal ini demikian kerana tidak terdapat sebarang dalil yang sahih yang melarang perkara tersebut, bahkan dalil yang ada menunjukkan perkara tersebut adalah harus. Daripada ‘Aisyah RA katanya:

 

كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ بَيْنِي وَبَيْنَهُ وَاحِدٍ ، فَيُبَادِرُنِي حَتَّى أَقُولَ دَعْ لِي ، دَعْ لِي ، قَالَتْ: وَهُمَا جُنُبَانِ
Mafhumnya: “Dahulunya saya pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari bekas yang satu antara saya dan baginda, baginda mendahului saya (mengambil air), sehingga menyebabkan saya berkata: Tinggalkan sama untuk saya, tinggalkan sama untuk saya.” ‘Aisyah berkata: “Ketika itu mereka berdua berada dalam keadaan berjunub.” (HR al-Bukhari 261 dan Muslim 321. Hadis di atas adalah dari lafaz yang diriwayatkan oleh Muslim)

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini di dalam Fath al-Bari berkata:

وَاسْتَدَلَّ بِهِ الدَّاوُدِيّ عَلَى جَوَازِ نَظَرِ الرَّجُلِ إِلَى عَوْرَةِ اِمْرَأَتِهِ وَعَكْسه، وَيُؤَيِّدُهُ مَا رَوَاهُ اِبْنُ حِبَّانَ مِنْ طَرِيقِ سُلَيْمَان بْن مُوسَى أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى فَرْجِ اِمْرَأَتِهِ ، فَقَالَ : سَأَلْتُ عَطَاء ، فَقَالَ : سَأَلْت عَائِشَة ، فَذَكَرَتْ هَذَا الْحَدِيث بِمَعْنَاهُ ، وَهُوَ نَصٌّ فِي الْمَسْأَلَةِ ، وَاَللَّهُ أَعْلَمُ
Mafhumnya: “Al-Dawudi menjadikan dalil dengan hadis ini akan keharusan suami melihat aurat isterinya dan demikian sebaliknya. Ia dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari jalan Sulaiman bin Musa yang telah ditanya tentang (hukum) seorang suami yang melihat faraj isterinya, dia menjawab: Saya pernah bertanya kepada ‘Ato, lalu beliau menjawab: Saya pernah bertanya kepada ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah menyebut mafhum hadis ini, dan hadis ini merupakan nas dalam persoalan ini, wallahu a’lam.” (Fath al-Bari 1/364)

Di dalam Sunan al-Tirmizi (2769) daipada Mu’awiyah bin Haidah yang bertanya:

تُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ .
قَالَ : ( احْفَظْ عَوْرَتَكَ ، إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ ، أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ )
Mafhumnya: “Wahai Rasulullah, berkenaan aurat kami, manakah bahagian yang kami perlu menutupnya dan manakah pula bahagian yang kami boleh biarkannya? Baginda SAW bersabda: Tutup keseluruhannya (keseluruhan aurat), melainkan dari isteri dan hamba sahayamu.”

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani:

وَمَفْهُومُ قَوْلِهِ ( إِلَّا مِنْ زَوْجَتك ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ يَجُوزُ لَهَا النَّظَرُ إِلَى ذَلِكَ مِنْهُ ، وَقِيَاسه أَنَّهُ يَجُوزُ لَهُ النَّظَرُ
Mafhumnya: “Mafhum berkataan baginda SAW: “melainkan dari isteri kamu,” membuktikan keharusan siisteri melihat aurat tersebut dari sisuami. Dan qiyasnya harus juga sisuami melihat aurat isterinya.” (Fath al-Bari 1/386)

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 32/89 menyatakan inilah pandangan kebanyakan ulama (Jumhur Ulama). Al-Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:

وَيُبَاحُ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْ الزَّوْجَيْنِ النَّظَرُ إلَى جَمِيعِ بَدَنِ صَاحِبِهِ ، وَلَمْسُهُ ، حَتَّى الْفَرْجِ … ؛ وَلِأَنَّ الْفَرْجَ يَحِلُّ لَهُ الِاسْتِمْتَاعُ بِهِ ، فَجَازَ النَّظَرُ إلَيْهِ وَلَمْسُهُ ، كَبَقِيَّةِ الْبَدَنِ
Mafhumnya: “Diharusnya bagi setiap seorang dari suami dan isteri melihat keseluruhan badan pasangannya, demikian juga menyentuhnya, sehinggakan (harus juga melihat dan menyentuh) faraj… ini kerana faraj dihalalkan kepada suami untuk berseronok dengannya, maka harus melihat dan menyentuhnya sama seperti harus melihat dan menyentuh keseluruhan badan.” (al-Mughniy 7/77)

Di dalam Hasyiah al-Dusuqi terhadap al-Syarh al-Kabir 2/215 dinyatakan:

وَحَلَّ لَهُمَا ، أَيْ لِكُلٍّ مِنْ الزَّوْجَيْنِ … نَظَرُ كُلِّ جُزْءٍ مِنْ جَسَدِ صَاحِبِهِ ، حَتَّى نَظَرُ الْفَرْجِ ، وَمَا وَرَدَ مِنْ أَنَّ نَظَرَ فَرْجِهَا يُورِثُ الْعَمَى مُنْكَرٌ لا أَصْلَ لَهُ
Mafhumnya: “Dan halal bagi setiap seorang dari suami dan isteri… melihat setiap bahagian dari badan pasangannya, sehinggakan melihat faraj. Adapun berkenaan riwayat yang menyatakan melihat faraj isteri itu mewarisi buta, ia adalah riwayat yang mungkar dan tidak ada asal baginya.”

Ibn Hazm al-Andalui berkata:

وحَلالٌ لِلرَّجُلِ أَنْ يَنْظُرَ إلَى فَرْجِ امْرَأَتِهِ : زَوْجَتِهِ وَأَمَتِهِ الَّتِي يَحِلُّ لَهُ وَطْؤُهَا ، وَكَذَلِكَ لَهُمَا أَنْ يَنْظُرَا إلَى فَرْجِهِ ، لا كَرَاهِيَةَ فِي ذَلِكَ أَصْلا. بُرْهَانُ ذَلِكَ : الأَخْبَارُ الْمَشْهُورَةُ مِنْ طَرِيقِ عَائِشَةَ ، وَأُمِّ سَلَمَةَ ، وَمَيْمُونَةَ : أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُنَّ أَنَّهُنَّ كُنَّ يَغْتَسِلْنَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ الْجَنَابَةِ مِنْ إنَاءٍ وَاحِدٍ .
وَمِنْ الْعَجَبِ أَنْ يُبِيحَ بَعْضُ الْمُتَكَلِّفِينَ مِنْ أَهْلِ الْجَهْلِ وَطْءَ الْفَرْجِ وَيَمْنَعَ مِنْ النَّظَرِ إلَيْهِ ، وَيَكْفِي مِنْ هَذَا قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ : ( وَاَلَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ) ، فَأَمَرَ عَزَّ وَجَلَّ بِحِفْظِ الْفَرْجِ إلا عَلَى الزَّوْجَةِ وَمِلْكِ الْيَمِينِ ، فَلا مَلامَةَ فِي ذَلِكَ ، وَهَذَا عُمُومٌ فِي رُؤْيَتِهِ ، وَلَمْسِهِ ، وَمُخَالَطَتِهِ. وَمَا نَعْلَمُ لِلْمُخَالِفِ تَعَلُّقًا إلا بِأَثَرٍ سَخِيفٍ عَنْ امْرَأَةٍ مَجْهُولَةٍ عَنْ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ : مَا رَأَيْتُ فَرْجَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَطُّ
Mafhumnya: “Dan halal bagi suami melihat faraj isterinya dan hamba sahayanya yang dihalalkan dia bersetubuh dengan mereka. Demikian juga mereka (isteri dan hamba sahaya) dihalalkan melihat kepada kemaluan suami mereka, tidak ada asal hukum makruh dalam perkara ini. Buktinya, iaitulah Akhbar yang masyhur dari jalan ‘Aisyah, Ummu Salamah dan Maimunah yang merupakan isteri Baginda SAW ibu kepada orang-orang yang beriman RA, dimana mereka pernah mandi bersama Rasulullah SAW disebabkan janabah dari bekas yang satu. Termasuk dalam perkara yang menghairankan sebahagian orang-orang yang suka bagi susah dan orang-orang jahil, dimana mereka mengharuskan persetubuhan faraj akan tetapi mereka melarang melihatnya. Memadailah dengan firman Allah Azza wa Jalla: “Dan orang-orang yang menjaga faraj mereka, melainkan terhadap isteri-isteri mereka dan hamba-hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal demikian tiada tercela.” (di dalam ayat ini) Allah Azza wa Jalla mengarahkan menjaga faraj melainkan terhadap isteri dan hamba sahaya, dan tidak ada keaiban dalam perkara tersebut, ia umum termasuk melihat, menyentuhnya dan mencampurinya (kemaluan/faraj), tidak kami ketahui bukti yang berbeza dari yang ini melainkan satu athar yang tidak ada nilainya diriwayatkan dari seorang perempuan yang tidak dikenali yang kononnya diriwayatkan dari isteri nabi, ibu orang yang beriman yang kononnya menyebut: Tidak pernah saya melihat kemaluan Rasulullah SAW sama sekali.” (al-Muhalla 10/33)

Hadis yang disebut oleh Ibn Hazm ini diriwayatkan oleh Ibn Majah di dalam Sunannya bilangan 662, daripada Musa bin ‘Abdillah daripada Maula ‘Aisyah daripada ‘Aisyah RA yang berkata:

مَا نَظَرْتُ أَوْ مَا رَأَيْتُ فَرْجَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَطُّ
Mafhumnya: “Saya tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah SAW sama sekali.”

Hadis ini adalah hadis Dhoief (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujjah kerana periwayat yang meriwayatkan hadis ini dari ‘Aisyah seorang yang tidak dikenali. Al-Hafiz Ibn Rajab di dalam Fath al-Bari berkata:
في إسناده من لا يُعرف
Mafhumnya: “Di dalam sanadnya ada periwayat yang tidak dikenali.” (Fath al-Bari 1/336)

Al-Busiri pula berkata di dalam Misbah al-Zujajah (2/95):

هذا إسناد ضعيف لجهالة تابعيه
Mafhumnya: “Sanad hadis ini lemah, disebabkan tidak dikenali periwayat yang mengambilnya dari ‘Aisyah.”
Al-Syeikh Muhamad Nasiruddin al-Albani RH ketika memberi komentar kepada hadis ini berkata:
والنظر الصحيح يدل على بطلان هذا الحديث ، فإن تحريم النظر بالنسبة للجماع من باب تحريم الوسائل ، فإذا أباح الله تعالى للزوج أن يجامع زوجته ، فهل يعقل أن يمنعه من النظر إلى فرجها ؟ ! اللهم لا …. وإذا تبين هذا ، فلا فرق حينئذ بين النظر عند الاغتسال أو الجماع ، فثبت بطلان الحديث
Mafhumnya: “Dan pemerhatian yang benar menunjukkan tidak sahihnya hadis ini, ini kerana mengharamkan melihat (kemaluan) pada nisbah perbuatan jima’ termasuk dalam bab mengharamkan jalan-jalan (kepada jimak antara suami dan isteri). Apabila Allah Taala telah mengharuskan suami menyetubuhi isterinya, maka apakah masuk akal, Allah menghalang melihat kemaluannya? Sudah pasti tidak… apabila telah jelas perkara ini, maka tidak ada perbezaan antara melihat kemaluan ketika mandi atau ketika bersetubuh, maka telah pasti tidak sahihnya hadis ini.” (al-Silsilah al-Dhoeifah 1/197)
Kesimpulannya: Tidak ada suatupun bukti yang sahih yang menunjukkan makruhnya hukum suami isteri melihat aurat sesama mereka. Oleh itu perkara ini kekal hukum harusnya yang asal, apatah lagi setelah terbukti adanya dalil yang mengharuskannya.

Wallahu a’lam.

Advertisements

Posted on January 31, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: