5 Idea Bisnes Yang Mudah Dan Rendah Risiko Untuk Pasangan Bersara

Persaraan adalah satu fasa yang dinanti-nantikan oleh ramai orang. Berhenti kerja dan tidak perlu fikir tentang cari duit lagi. Kebanyakan masa diisi dengan pelbagai aktiviti seperti beribadat, belajar ilmu baru, bercucuk tanam dan juga melancong. Itulah bayangan yang ideal bagi fasa persaraan. Namun, tidak dinafikan ada diantara orang yang bersara mempunyai perancangan bersara yang berbeza iaitu berbisnes.

Maka, kami mahu kongsikan dengan anda 5 idea bisnes yang sesuai dijalankan oleh pasangan bersara setelah pertimbangkan faktor umur dan tenaga mereka seperti berikut:

 

 

1. Bed-and-Breakfast (B&B)

Sekiranya anda memiliki sebuah rumah yang besar dan memiliki bilangan bilik yang banyak, anda boleh membuka sebuah perkhidmatan Bed-and-Breakfast iaitu menyediakan bilik berkatil dan sarapan pagi untuk penyewa harian bilik-bilik di rumah anda. Kaedah ini popular di Eropah dan Amerika.

 

 

2. Homestay

Di Malaysia pula, kita sudah biasa melihat pertumbuhan homestay yang menggalakkan. Maka, jika anda memiliki rumah tambahan, anda boleh kendalikan homestay. Tetapi jika tiada rumah sekalipun, anda boleh atau menyewa rumah lain bagi menjalankan bisnes ini.

 

 

3. Tuisyen

Tuisyen adalah satu peluang bisnes yang sesuai untuk guru yang telah bersara. Anda boleh menyambung membantu pelajar-pelajar dengan mengadakan tuisyen di rumah, atau ke rumah pelajar atau membuka pusat tuisyen. Perkhidmatan tuisyen ini mempunyai jadual kerja yang fleksibel dan ada permintaan yang tinggi.

 

 

4. Bisnes Makanan – Sarapan pagi

Bisnes menjual sarapan pagi ini boleh dilakukan dengan lebih mudah jika rumah anda di depan jalan utama orang ramai ke tempat kerja atau tempat belajar. Anda hanya perlu buka meja dan jual makanan seperti kuih-muih dan nasi lemak dari pukul 7 pagi hingga 10 pagi di depan rumah.

 

 

5. Perundingan

Ilmu, kemahiran dan pengalaman sepanjang tempoh bekerja juga boleh menjadikan anda seseorang yang pakar dalam suatu perkara. Kesannya, anda boleh membuka perkhidmatan perundingan berkaitan kepakaran anda yang boleh memberikan kebaikan kepada orang lain, syarikat atau industri.

5 idea bisnes ini boleh dijalankan dari rumah, memerlukan modal yang sedikit, dan risiko yang rendah. Kerjasama suami isteri juga penting bagi melancarkan urusan bisnes sebegini. Namun, idea-idea bisnes ini tidak terhad pada had umur, pasangan muda juga boleh mencubanya 🙂

Advertisements

Posted on February 2, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: