Top 7 Nasi Lemak Di Lembah Kelang To Die For

Nasi lemak! Bayangkan anda bangun pagi setiap hari, dengan cuaca yang sejuk, mandi dan bersiap, pergi kerja, dan sebelum bekerja anda memulakan hari anda dengan nasi lemak yang panas dan wangi, nasinya lembut, sambalnya merah redup dengan rasa cili sedikit pedas, sedikit manis, dan sedikit rasa asam jawa yang seimbang tetapi penuh ‘kick’, timun yang segar, dan ikan bilis dan kacang digoreng rangup – simply irresistable! Mujur kita mempunyai banyak gerai dan kedai yang menjual nasi lemak- ada yang bagus dan ada yang so-so, tetapi tentulah kami mahu berkongsi kepada anda 7 nasi lemak yang ‘TOP’ di Lembah Klang.

 

1. Nasi Lemak Bumbung/Nasi Lemak Seapark/Nasi Lemak Maybank/Nasi Lemak Dekat Alley Paramount

https://instagram.com/p/nLKZtBrsMj/embed/captioned/?v=4

Ada banyak nama diberi kepada gerai ini tetapi semuanya merujuk kepada satu tempat yang menjual nasi goreng awesome. Terletak di sebuah alley, sesuai dengan namanya, servis di sini laju. Pekerja-pekerja mengambil pesanan dan menjamu anda dengan pantas. Nasi lemak ringkas ini datang dengan telur mata kerbau, ayam goreng yang juicy dan sambal yang seimbang rasa manis dan pedasnya. Dan harganya adalah di bawah RM6.

Alamat: Jalan 21/11b, 46300 Petaling Jaya

 

2. Ali, Muthu & Ah Hock (AMAH)

https://instagram.com/p/nM3Om_RJIp/embed/captioned/?v=4

Nasi lemak di gerai Ali, Muthu dan Ah Hock adalah nasi lemak yang klasik. Ia dimasak dengan cara tradisional: nasi yang penuh dengan rasa santan, sambal, ayam goreng yang diperap secukupnya, serta bahan-bahan lain yang biasa ada pada nasi lemak. Premis ini terletak di Oasis Ara Damansara, sebuah tempat sunyi, yang membolehkan anda menikmati nasi lemak secara tenang dan santai. Mereka juga baru membuka outlet baru di Petaling Street.

Alamat: Lot B-G-01, Ground Floor, Block B, Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1A/7, Petaling Jaya

3. Sajian Dang Wangi

Sumber foto: 4evershiftingKedai ini terkenal kepada mereka yang tidak suka makanan bergoreng. Ini kerana mereka terkenal di atas hidangan nasi lemak ayam kari yang sedap! Anda juga akan berasa keliru – sama ada untuk memilih kari atau sambal menemani nasi anda – kerana kedua-duanya sama pedas sama sedap! Mereka juga terkenal dengan lauk ayam kunyit.. yummy!

Alamat: Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur

4. Selera Jaya 223 @ Petaling Jaya

Sumber foto: My Food WondersIni untuk peminat nasi lemak bungkus segitiga yang sangat nostalgic itu. Nasi lemak ini dihidang panas dan berharga hanya RM1.50. Nasi lemak bercop biru dan merah adalah dari dua dapur berbeza. Nasi Lemak Suri yang bercop biru adalah manis dan lebih berair, dan Nasi Lemak Yati yang bercop merah adalah lebih pedas. Otak-otak di sini juga adalah awesome!

Alamat: Jalan 223, 46050 Petaling Jaya

 

5. Heritage Village

Nasi lemak ini sedikit berbeza kerana ia dibuat berdasarkan resipe nasi lemak Pulau Pinang yang diwarisi oleh sebuah keluarga selama 3 generasi! Nasi lemak ini berinspirasikan rasa nyonya. Anda patut mencuba Nasi Lemak King Combo yang menghidangkan pelbagai lauk di dalam satu pinggan, seperti sambal sotong, acar awak, ayam goreng dan keropok. Apabila kesemua rasa ini dihimpunkan dalam satu suapan – WIN!

Alamat: LG 47, Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, juga mempunyai cawangan di Publika dan Jaya Shopping Center

 

6. Simply Mel’s

Sumber foto: Nash MaranTempat ini menawarkan hidangan Melaka-Portugis yang asli, dan restoren yang dijalankan oleh sebuah keluarga ini telah mendapat reviu positif dari pelbagai pihak. Nasi lemak yang dihidangkan di sini juga mempunyai ramai peminat oleh kerana rasanya yang unik. Nasi lemak ini datang dengan sambal manis yang diadun dengan asam jawa, kangkung belacan, dan ayam serai. Gabungkan semua, dan suapkan ke dalam mulut, ia memang sesuatu yang hebat.

Alamat: 1-1A, 1st Floor, The Sphere, No. 1, Avenue 1, Bangsar South, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur

 

7. Village Park

https://instagram.com/p/m_6kErFymu/embed/captioned/?v=4

Salah satu nasi lemak yang paling sedap dan popular di Lembah Klang. Sebelum itu anda harus tahu yang anda kena bersabar banyak, kerana dari mencari tempat parking, menunggu meja siap, dan menunggu hidangan anda sampai ke meja – ia mengambil masa lama. Tetapi percayalah, ia sangat berbaloi! Nasi lemak ini menjadi sangat enak disebabkan ayam gorengnya – dengan bau rempah yang beraroma dan sensasi, ia juga rangup di luar dan juicy apabila digigit. Nasi lemaknya pula dihiasi dengan bau pandan yang mewangi. Sedap!

Alamat: 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Advertisements

Posted on February 3, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: