KESAN BURUK MENGGUNAKAN EARPHONE

Adakah anda pernah menggunakan aerphone untuk mendengar muzik? Kebiasaan mendengar portable music player (PMP) seperti MP3 player, boleh menyebabkan  kecederaan telinga. Ini berlaku jika kita sering memakai earphone atau headphone bervolume tinggi.

Berdasarkan kajian yang dibuat, kesan-kesan buruk datang jika menggunakan earphone selama lima jam dalam seminggu. Kesannya adalah kerosakan kekal pada telinga. Ada kemungkinan hal itu boleh terjadi pada usia muda. Mendengar melalui earphone dengan kenyaringan yang tinggi boleh menyebabkan kemampuan pendengaran merosot.
Kenyataan itu diberikan sembilan penyelidik dari Committee on Emerging and Newly Identified Helat Risks. Bahkan, mereka juga menyatakan bahawa risiko kehilangan pendengaran akan dirasai pada pertengahan usia 20-an.
Bagaimanapun, mendengar muzik melalui media mudah alih juga menimbulkan kesan lain. Muzik boleh mengasingkan pendengarnya dari khalayak ramai. Misalnya, ketika memandu, muzik boleh meningkatkan risiko kehilangan pendengaran terhadap situasi persekitaran.
Ia juga bergantung juga pada usia seseorang. Bunyi terbahagi kepada beberapa peringkat. Bunyi rendah untuk dewasa adalah antara 25 hingga 40 dB, sedangkan untuk anak-anak 20 hingga 40 dB. Bunyi terkuat yang mampu didengar oleh manusia ialah 90 dB.
Selain itu, gelombang elektromagnetik daripada headphone atau earphone juga mempengaruhi kesan elektrik di otak, namun kesannya terhadap kerosakan otak masih dalam persoalan. Sehingga kini masih belum ada bukti perubatan yang kukukh untuk membuktikannya. Walaupun gelombang elektromagnetik memberi kesan terhadap otak tikus, tetapi belum lagi terbukti terhadap otak manusia.
Beberapa kajian di Eropah tentang kesan gelombang elektromagnetik terhadap tumor otak tidak dapat membuktikan kesan tersebut, Namun mengenai kesan terhadap telinga, mendengar muzik dengan earphone boleh mempengaruhi pendengaran, terutamanya apabila mendengar dalam kenyaringan dan kelangsingan (amplitud dan frequency) yang tinggi.
Beberapa cara untuk mengurangkan kerosakan pendengaran adalah dengan mengurangkan volume dan mengurangkan masa untuk mendengar melalui earphone. Beberapa cadangan untuk mengurangkan kesan sampingan adalah seperti menggunakan headphone yang besar, supaya suara lebih tertumpu dan lebih menutup suara bising dari luar berbanding earphone yang kecil.
Jenis earbuds yang kecil mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang diletakkan di dalam lubang telinga sudah pasti memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai pada telinga luar.
Cuba buat perubahan jika anda telah lama mengamalkan tabiat ini risau akan membahayakan kesihatan anda.
Advertisements

Posted on February 4, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: