Bait-bait mutiara

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Sayyidina Abu Zar RA meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya berjayalah sesiapa yang telah mengkhususkan hatinya untuk iman, dan menjadikan hatinya sejahtera (daripada kufur dan syirik), menjadikan lidahnya benar, menjadikan nafsunya nafsu mutmainnah (yang tenang dengan zikrullah dan perkara-perkara yang diredai oleh Allah SAW), menjadikan perjalanan hidupnya lurus (tidak menuju ke arah keburukan), dan menjadikan telinganya mendengar perkara yang haq dan matanya melihat (dengan pandangan iman).” (Musnad Ahmad)

Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah RA berkata, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bertemu Allah SWT dalam keadaan dia tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu pun akan memasuki syurga. Sementara sesiapa yang bertemu dengan-Nya dalam keadaan menyekutukan-Nya dengan sesuatu akan memasuki neraka.” (Muslim)

Sayyidina ‘Ubadah bin Samit RA berkata, saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ” Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu maka pasti Allah SWT mengharamkan api neraka ke atasnya.”
(‘Amal ul-Yaum wal-Lailah)

Semoga dirahmati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan..

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Advertisements

Posted on February 9, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: