9 Tips Messaging iOS 8 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda koleksi tips beberapa fungsi berguna iPhone untuk pengguna iOS 8.

 

Masa terima dan hantar mesej: Tarik kandungan mesej ke kiri untuk melihat masa mesej diterima/dihantar

 

Pilihan ‘more’: Tekan mesej selama 2 saat akan mengeluarkan pilihan ‘Copy’ dan ‘More’. Pilih ‘More’ membolehkan anda memadam mesej yang anda tidak mahu atau hantarkan mesej tersebut kepada orang lain. Malangnya mesej itu hanya boleh dipadam di peranti anda sahaja, si penerima mesej masih boleh melihatnya.

 

Quick Photo: Jika anda menggunakan iMessage, anda boleh menekan butang kamera selama 2 saat untuk mengeluarkan menu baru. Gelongsor jari anda ke atas untuk mengambil gambar anda ataupun gelongsor jari ke kiri untuk video.

 

Quick Voice Message: Jika anda menekan butang mic di sebelah kanan ruang iMessage, membolehkan anda merekod mesej suara. Lepaskan jari untuk menamatkan mesej suara. Untuk menghantar, gelongsorkan jari anda ke atas manakala untuk memadam mesej suara, gelongsorkan jari anda ke kiri.

 

Kongsi Lokasi: Untuk menggunakan fungsi ini, tekan butang ‘Details’ yang terletak di atas skrin kanan iMessage. Ini akan membolehkan anda untuk berkongsi lokasi terkini ataupun lokasi pergerakan anda kepada sesiapa sahaja.

 

Mute Seseorang: Jika seseorang sentiasa mengganggu anda, buka mesej yang mereka hantar, tekan Details dan pilih pilihan ‘Do Not Disturb’. Kaedah ini berfungsi untuk SMS dan iMessage.

 

Biru Dan Hijau: Biru untuk iMessage manakala Hijau untuk SMS

 

Hantar iMessage sebagai SMS: Jika anda mengalami kesukaran menghantar iMessage (disebabkan tiada Internet) anda boleh memilih untuk menghantarnya sebagai SMS. Pergi ke Settings > Message dan tanda pilihan yang berkenaan.

 

‘Undo’ Dan ‘Redo’: Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang selalu melakukan kesilapan semasa menaip seperti terpadam keseluruhan mesej. Anda hanya perlu goncangkan telefon ke kiri-kanan sebanyak dua kali. Berfungsi di semua sosial chat seperti WhatsApp dan WeeChat

Advertisements

Posted on February 13, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: