31 Petanda Anda Alami Ketagihan Mengembara Yang Serius

keukenhof-park

(Diterjemahkan daripada artikel asal bertajuk 23 Signs You Might Be Addicted To Travel oleh Cathy Brown, disiarkan di matadornetwork.com)

1. Setiap kali bercerita, anda mulakan dengan, “Semasa saya di….”

2. Anda anggap rumah sendiri adalah sebagai tempat persinggahan, bukannya kediaman.

3. Anda tenggelam membaca buku panduan kembara, sebagaimana orang lain tenggelam membaca novel.

4. Tidak kurang daripada empat jenis matawang berbeza ada di dalam dompet anda.

5. Backpack ataupun bagasi anda tidak pernah di-unpack sepenuhnya.

6. Habit anda membawa tisu tandas ke mana-mana sahaja.

7. Anda abaikan cop dummy, seperti di Machu Picchu, sebab anda memerlukan ruang yang cukup untuk cop-cop imigresen sebenar di dalam pasport anda.

8. Jet-lag dirasakan perkara biasa sahaja.

9. Anda bikin orang jengkel dengan menyebut nama-nama bandar menggunakan kod penerbangan.

10. Anda mendapati anda lebih sering bertanya, “Kamu dari mana?” daripada, “Kamu apa khabar?”

11. Anda merasakan bahawa peta dunia adalah hiasan dinding paling unggul.

12. Anda memiliki status ‘frequent flyer’ di beberapa syarikat penerbangan.

tips-travel-2

13. Apabila anda memikirkan tentang harga sesuatu barang, anda terus bandingkan dengan berapa lama pengembaraan anda boleh ditampung oleh jumlah sebanyak itu. “Dengan harga jeans itu, saya boleh duduk seminggu di Peru!”

14. Apabila orang bertanya apa yang anda buat, dan anda jawab, “travel,” anda mungkin terlupa yang mereka sebenarnya memaksudkan apa kerja anda.

15. Anda fikir air paip yang boleh diminum terus dan tandas percuma yang menyediakan tisu tandas adalah suatu kemewahan yang hebat.

16. Anda boleh tahu sama ada bagasi anda menepati had berat sesebuah penerbangan dengan sekali angkat sahaja. Dan anda mampu meneka dengan tepat had berat bagasi bagi semua penerbangan.

17. Anda bekerja hanya untuk mendapatkan duit bagi menampung pengembaraan anda yang seterusnya. Apabila tabung sudah penuh, anda berhenti bekerja dan terus berlepas.

18. Senarai impian hidup anda yang begitu panjang itu hanya dipenuhi oleh nama-nama tempat yang mahu anda kunjungi.

19. Anda berkebolehan packing pakaian untuk kembara 3 bulan, dan terus sahaja berangkat 5 minit selepas itu.

20. Anda mempunyai lebih banyak kawan di beberapa negara berbeza, daripada jumlah kawan semasa membesar.

21. Anda merancang (beberapa) pengembaraan seterusnya sewaktu anda masih lagi mengembara.

22. Bayangan anda tentang suatu penyeksaan yang dahsyat ialah dipaksa duduk di satu tempat yang sama sahaja seumur hidup.

23. Bangun tidur di rumah dirasakan begitu aneh dan mengelirukan.

tips-travel

Saya tambah lagi.

24. Browser internet di komputer / gajet anda dipenuhi bookmark laman informasi tentang beberapa lokasi.

25. Apabila melihat sesuatu, anda membalas secara spontan, “Eh, rasa macam di sanalah!” Malah, ada bau-bau tertentu yang buat anda rasa sedang berada di tempat yang pernah anda kunjungi.

26. Melihat-lihat harga tiket penerbangan, laman web tempahan hotel, dan membaca Trip Advisor adalah terapi yang amat berkesan bagi anda.

27. Anda pos gambar #throwback kembara di Facebook / Instagram hampir setiap hari.

28. Anda ada satu folder khas dalam smartphone / tablet yang mengandungi travel apps.

29. Anda sering didapati ‘hilang’ daripada kenduri-kendara keluarga dan sahabat. Sehingga anak saudara anda yang masih kecil takut mendekati anda kerana tidak kenal siapa anda.

30. Anda baru mendarat daripada penerbangan domestik di negara anda sendiri, hidupkan handfon dan tertanya-tanya mengapa tiada mesej makluman roaming dan nombor telefon kedutaan yang masuk.

31. Anda sentiasa berfikir untuk berhijrah ke luar negara.

Advertisements

Posted on February 17, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: