”Belajar daripada Ranting Kayu”

Satu ketika, seorang lelaki terserempak dengan seorang kanak-kanak yang sedang menangis. Dalam keadaan hairan, lelaki itu bertanya kepada kanak-kanak tersebut,
Kenapa kamu menangis wahai anak kecil?

Kanak-kanak itu lantas menjawab,
Saya menangis kerana takutkan azab api neraka..

Kerana kasihan melihat keadaan kanak-kanak tersebut, lelaki itu berkata,
Janganlah kamu risau wahai anak kecil, kamu masih kecil dan tidak mempunyai dosa. Mana mungkin kamu akan dimasukkan ke dalam neraka..

Kanak-kanak itu terus menangis, kemudian dia berkata,
Kerana aku masih kecillah aku menangis..kerana aku bimbang, akulah yang terlebih dahulu akan dimasukkan ke dalam neraka.

Kehairanan, lelaki itu bertanya lagi,
Kenapa sedemikian wahai anak kecil?

Anak kecil itu lalu menjawab,
Aku selalu melihat, apabila bapaku ingin menghidupkan unggun api untuk membakar sesuatu, bapaku akan memasukkan ranting-ranting yang kecil itu terlebih dahulu sebelum memasukkan kayu api..aku bimbang jika aku nanti seperti ranting-ranting kayu yang kecil itu, dimasukkan terlebih dahulu ke dalam neraka

Lelaki itu terdiam kekaguman dan terfikir akan kata-kata kanak-kanak tersebut. Walaupun kanak-kanak itu masih kecil, namun dia cuba menghayati dan belajar daripada seremeh-remeh perkara iaitu ranting kayu yang kecil.

Advertisements

Posted on February 18, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: