10 Perkara Yang Sangat Diharapkan Oleh Seorang Suami Kepada Seorang Isteri

Adakalanya isteri terlalu mengharapkan 10 Perkara Paling Diharapkan Isteri dari Suami, tetapi tahukah duhai isteri? Suami juga ada…???

Walaupun seorang lelaki biasanya suka berterus terang ( direct to the point ), tetapi masih ada beberapa perkara yang suami anda atau kaum lelaki susah untuk meluahkannya, tetapi sangat-sangat mahu anda sebagai isteri tahu perkara tersebut. Semoga kata-kata ini dapat Isteri fahami.

Sebenarnya jika kita meluangkan sedikit masa untuk merenung semula apa yang kita lakukan, hasilnya pasti berbaloi. Memang tidak dinafikan dalam perhubungan, suami kadang kala memahami lain dengan apa yang difahami isteri berhubung sesuatu perkara.

Isteri pula suka menganggap suami dapat membaca pemikiran mereka. Apabila keadaan tidak menjadi seperti yang diingini maka pertelingkahan menerpa.Agar suami isteri semakin harmoni dalam rumahtangga hingga terbentuk keluarga sakinah mawaddah wa rahmah, isteri juga perlu tahu bahawa ada 10 Perkara Paling Diharapkan Suami Dari Isteri. Antaranya :

 

HORMAT

Mungkin ada isteri yang rasa terkejut kerana kajian membuktikan suami mahu lebih dihormati daripada disayangi.Sila berfikir sejenak, anda mungkin mahukan suami mencintai anda tetapi suami sebenarnya mahu anda menghormatinya lebih daripada cinta anda kepadanya. Anda rasa teruk bila suami tidak mencintai? Begitu juga suami akan rasa teruk jika anda tidak menghormatinya.

Apa anda perlu buat? Dalam keadaan ini, jika anda sedang berkomunikasi sebolehnya tunjuk pada suami anda percaya apa yang dilakukan. Berikan dia keyakinan dan dorong dia atas apa yang sedang dia lakukan. Beza antara cinta dan hormat mungkin sedikit tetapi apabila suami mendengar kata-kata isteri seperti “Saya bangga dengan abang”€™, ini sudah membuktikan kasih dan cinta anda padanya…

 

SELAMAT & CUKUP

Sebenarnya, suami juga mahu rasa selamat dan rasa cukup. Jauh di sudut hati setiap pasangan suami dan isteri, ada rasa tidak selamat dan rasa tidak cukup dengan apa yang ada dalam rumah tangga mereka tidak kira dari sudut kewangan atau kebahagian.

Suami sebenarnya mahu isterinya yakin bahawa dia adalah penyelamat keluarga. Tidak kira penyelamat fizikal mahupun mental, suami memang mahu menjadi ‘HERO’ anda. Sebagai isteri anda seharusnya meletakkan suami sebagai HERO dan penyelamat walau anda tidak merasakan begitu.

Jika anda tidak tahu caranya, pejam mata dan akui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Adakalanya suami juga mahukan penghargaan atas usaha kecil mereka, tidak kiralah sama ada kerja di pejabat, bersukan bersama rakan atau sekali sekala membantu di dapur, anda sebagai isteri jangan senyap sahaja.

 
HUBUNGAN INTIM & EMOSI

Mungkin sesetengah isteri gusar dengan perkataan tersebut tapi hakikatnya itulah yang suami mahukan pada seorang isteri. Hubungan intim dan emosi memang berkait rapat. Bagi suami, hubungan intim adalah salah satu cara merapatkan lagi keintiman suami dan isteri. Ketika hubungan intim, suami mahu memberitahu isteri bahawa dialah yang isteri mahukan. Walau isteri sukar menerima kenyataan ini, tapi €˜keberkesanan komunikasi€™ suami isteri adalah menerusi hubungan intim.

Wanita, tolonglah melihat hubungan intim sebagai yang amat penting dalam rumah tangga, jika anda menganggapnya sebagai €˜”tugas”€™ semata-mata, maka cuba terjemahkanlah kemahuan suami dalam hubungan intim sebagai komunikasi intim seperti yang anda mahukan daripadanya.

 
JAGA PENAMPILAN

Suami mahukan isteri yang ada penampilan baik. Jika anda fikir suami terima kegemukan anda seadanya, sila fikir sekali lagi. Pemikiran mereka sama sekali tidak sama dengan apa yang anda bayangkan. Walaupun saiz memang bukan ukuran tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengabaikan kebersihan diri. Suami pasti seronok mempunyai isteri yang sentiasa bau wangi, kemas yang kelihatan selesa pada pakaian mereka.

 
TUTUP AURAT

Perkara yang paling penting yang diharapkan suami dari isteri adalah agar isteri menutup aurat. Tidak salah dalam Islam untuk berfesyen mengikuti peredaran zaman, akan tetapi isteri haruslah faham bahawa suami memikul dosa-dosa isteri.

Hentikan berfesyen keterlaluan sehinggakan suami berasa rimas apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Di rumah isteri tidak pula isteri berpakaian sebegitu. Adakah pakaian yang cantik itu untuk ditayangkan kepada lelaki diluar sana bukan untuk suami?

 
ABANG MEMANG TAK TAHU

Tolong jangan anggap suami tahu apa yang isteri sedang fikirkan, sebab “Abang memang tak tahu”

Kebanyakan wanita gemar membuat pasangan berteka teki. Wanita suka menyembunyikan perasaan dan samada sedih , gembira,merajuk dan sebagainya, dengan harapan suami atau pasangan tahu apa yang sedang difikirkan.Contoh bila disoal “ada masalah ke?” Jawapan : “tak ada apa-apa lah”, tetapi sebenarnya “ada”.

Suami lebih suka kalau isteri mintak tolong dengan berkata”bang, mintak tolong basuhkan bilik air!” berbanding “bang, nanti mak ayah nak datang, bilik air dahla tak bersih, saya banyak kerja nak buat, tak sempat nak basuh, abang tolonglaa basuhkan!!”

 
PERKARA DALAM BILIK TIDUR

Kadang-kadang suami nak juga isteri yang “memulakan” aksi dahulu,selalunya suami yang mula dulu.

Biasanya dalam hubungan suami intim suami isteri, suami yang dulu akan memulakan langkah pertama untuk aksi pada malam tersebut. Jarang sekali isteri yang memulakannya. Sebenarnya ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.

Selain itu, buatkan suprise untuk suami dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah suami ke dalam bilik. Suami suka isteri yang nakal. Tunjukkan ‘kenakalan” kepada suami. Pasti suami suka!

Kalau nak tidur, suami suka kalau isteri baring dan meletakkan kepala atas dada isteri sambil tangan pun letak di dada suami. Tunjukkan sifat kemanjaan anda sebagai isteri dengan cara di atas. Suami anda akan berasa dia adalah seorang yang dihargai.

 
HENTIKAN KERAP MEMBEBEL

Jika suami sudah sedar akan kesalahannya, maka isteri tolonglah jangan membebel tentang hal kesalahannya lagi. Sehinggakan suami tidak selesa mendengarnya.

Boleh dikatakan semua lelaki tak suka di bebel,walaupun ada sesetengahnya senyap membisu bila kena bebel dengan isteri. Lelaki biasanya dapat menerima teguran yang sederhana dan berlapik,dan masih dapat menerima teguran dalam bentuk bebelan tetapi akan meninggikan lagi lagi ego mereka.

 
JIKA SUAMI SUDAH MAKSUDKANNYA

Bila suami kata “sayang pilihlah”, bermakna memang sebenar-benarnya suami nak isteri yang pilih. Jangan di tanya balik kepada suami “Abang nak yang mana ye?”.

Suami biasanya tak berapa cerewet dalam memilih sesuatu untuk di beli berbanding isteri. Pada kebiasaannya suami agak malas untuk membuat pilihan.Sekiranya isteri mendesak untuk suami memilih, biasanya dia akan memilih dengan sambil lewa, asalkan anda berdua beredar dari tempat tersebut.

Isteri tak perlu bertanya suami berkali-kali,”Abang sayang saya tak?”sebab bila suami dah jawab sayang, memang suami maksudkannya.

Selalu isteri bertanya soalan yang sama kepada suami, “Abang sayang saya tak?” suami jawab “Sayangggg”, kemudian tanya lagi “Betul ni sayang?” suami jawab lagi ” Betul, Abang sayang..” kemudian tanya lagi “Betul ? Aahh, tipulah!”. Agaknya, suami nak jawab apa lagi?

 
ISTERI PANDAI MEMANDU

Perjalanan memandu jauh memang meletihkan, terutama ketika hendak balik kampung di musim perayaan. Alangkah baiknya jika isteri juga pandai memandu. Isteri jangan memberikan alasan semua tanggungjawab digalas di bahu suami. Ini bukan untuk kepentingan suami, tetapi sekiranya berlaku kecemasan, tidakkah akan menjadi kesulitan untuk isteri bantu suami? Paling tidak pun, isteri tahu bagaimana untuk memandu…..

Advertisements

Posted on February 19, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: