14 Fakta Ini Akan Buatkan Anda Fikir Semula Tentang Tidur

Tidur adalah satu nikmat. Tahukah anda jika dikumpulkan kesemua masa tidur seseorang, secara purata anda akan menghabiskan selama 26 tahun untuk tidur sahaja. Semestinya dengan masa yang panjang ini, banyak perkara kita tidak tahu walaupun hari-hari laluinya.

Ternyata tidur merupakan proses yang menarik. Anda hanya perlu baringkan badan dan tutup mata sahaja, tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah luar biasa. Tidak percaya? Baca 14 fakta di bawah dan beritahu kami jika tiada satupun fakta-fakta ini buat anda terkejut.

 

1. Manusia satu-satunya mamalia yang sanggup tangguhkan waktu tidur
desktop-1422568051

 

2. Sleep Apnea, satu keadaan dimana anda berhenti bernafas.
Purata manusia mengalami Sleep apnea sekitar 8 – 10 saat. Ini salah satu punca biasa gangguan tidur, satu pertiga penduduk Malaysia mengalaminya.
Man Keeping Woman Awake In Bed With Snoring

 

3. Fikir tidur tiada kaitan dengan berat badan?
Jika tidak dapat tidur yang secukupnya, anda akan rasa cenderung untuk makan disebabkan penurunan tahap leptin dalam badan.
desktop-1422568052

 

4. Manusia tiada waktu tidur yang tetap
Sebelum terciptanya elektrik, manusia tidak ada masa yang tetap untuk tidur. Mereka akan tidur selama 3-4 jam, bangun, membaca, menulis, bersosial, berdoa, dan kemudian kembali tidur 3-4 jam sebelum melakukan rutin yang sama.
desktop-1422568055

 

5. Tabiat berjaga malam adalah merbahaya
Jika anda berjaga selama 16 jam berturut-turut, keupayaan fikiran anda akan merosot sama seperti mengalami paras alkohol .05% dalam darah
desktop-1422568060

 

6. TV berwarna telah mengubah cara manusia bermimpi
Sebelum wujudnya TV berwarna, hanya 15% peratus manusia mimpi berwarna. Hari ini hampir 75% manusia mengalami mimpi berwarna.
desktop-1422568060 (1)

 

7. Altitude tinggi meningkatkan gangguan tidur
Oleh kerana kurang oksigen di udara, anda lebih mudah terganggu kerana isu pernafasan.
desktop-1422568088

 

8. Anda boleh kawal mimpi
Ia digelar lucid dreaming, keadaan ini berlaku apabila anda sedar sedang bermimpi dalam tidur tapi dalam masa yang sama anda cuba menahan daripada terbangun.
desktop-1422568065

 

9. Anda boleh masuk semua kedalam mimpi
Jika anda terbangun ketika sedang bermimpi, tutup mata dengan cepat dan pastikan badan anda dalam keadaan kaku. Ia tidak sentiasa berjaya, tetapi pasti berbaloi dapat mimpi yang best semula.
Snoring

 

10. Mimpi mampu meramal masa hadapan
Menurut beberapa kajian, satu pertiga orang pernah bermimpi perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan
desktop-1422737266

 

11. Manusia mimpi wajah orang yang pernah dilihat sahaja
Walaupun anda tidak mengenali sesiapa dalam mimpi, anda sebenarnya pernah melihat mereka dalam kehidupan seharian. Walaupun hanya terpandang wajah seseorang seketika, otak kita akan menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan di hari lain.
desktop-1422737879

 

12. Sleep paralysis semasa tidur
Apabila anda bangun tetapi tidak boleh bergerak, ini dipanggil Sleep paralysis. Bagi kami ini merupakan kejadian paling menarik, kerana ketika ini minda dan badan anda dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Jika ini berlaku, jangan risau kerana ia tidaklah lama. Nikmati lah ia.
desktop-1422568075

 

13. Melihat lembaga aneh aka hantu
Bagi sesetengah orang yang mengalami Sleep paralysis, mereka akan rasa kehadiran ataupun melihat hantu dalam bilik tetapi pada masa yang sama tidak mampu berbuat apa-apa.
desktop-1422568078

 

14. Orang buta dan haiwan juga bermimpi
Orang yang buta sejak lahir tidak bermimpi secara gambar, mereka bermimpi melaui deria lain. Mereka yang buta selepas lahir akan bermimpi secara gambar. Dan jika anda lihat kucing kesayangan bergerak-gerak semasa tidur, yakinglah beliau sedang mengejar tikus kesayangannya dalam mimpi.
ws_sleeping_cat_1280x1024

 

Advertisements

Posted on February 20, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: