14 Tip Di India Untuk Anda Yang Mahu Ke Sana

India antara negara yang ramai rakyat Malaysia di sana. Tidak kira yang bekerja di sana atau belajar di sana. Bagi anda yang mempunyai perancangan untuk ke India sama ada berjalan, bekerja atau mahu berjumpa Shah Rukh Khan, tip di bawah adalah tip sebenar berdasarkan pengalaman seorang rakyat Malaysia yang sudah tinggal di India selamat 5 tahun. Penulis tip turut mengatakan dalam 32 negeri di India, beliau hanya sempat melawat 9 negeri. Ikuti 14 tip jika anda ke India di bawah.

  1. Wajib pergi Delhi, Agra dan Kashmir. Tempat lain..”mehh”
  2. Solo travel no prob (pernah).
  3. Perkara biasa kalau kenea tipu dengan driver auto. Nak elak minta dia guna meter. Nak elak lagi tanya dulu 2-3 auto berapa harga nak ke tempat yang ingin dituju. Baru naik.
  4. Download app “Ola Cabs” untuk tempah teksi. Sama fungsi dgn MyTeksi di Malaysia.
  5. Simkad. Pilihan pertama beli Airtel. Data rm14 1gb dan laju. Pilihan kedua beli Vodafone (serabut dengan iklan sms). Kebelakangan ini pelancong susah nak beli simkad sebab anda perlu send sekeping gambar, salinan passport dan alamat rumah di India. Alamat rumah itu yang selalu orang tiada. Kalau ada kesulitan nak beli sim kad. Pergi ke Hadzat Nizamuddin. Ada kedai berdekatan Markaz Tabligh. Di sana dia jual sim kepada orang orang Malaysia. Alang-alang ke sana singgah di Karim Hotel. Antara kedai paling sedap di India. Order butter chicken.
  6. Kalau ada ambil agen..saya yakin dia akan bawa masuk ke kedai nama Emporium(jual kain). Jangan sesekali beli di kedai Emporium. Terbang duit. Huhu
  7. Peminat barang antik. Hati-hati sebab mostly barang itu replika atau refurbish. Jam antik misalnya.
  8. Masjid bermazhab hanafi. Sejam seleps masuk waktu baru azan. Mereka tak ada solat jamak(2 solat dalam 1 waktu). Jangan bergaduh bab solat jamak. Mereka tak tahu kewujudan solat jamak. Yang ada hanya solat qasar bg mereka. Mostly tiada ruang solat perempuan.
  9. Peminat kain saree cotton, ambil flight ke Surat.
  10. Peminat kain saree silk, ambil flight ke Bangalore.
  11. Bulan 7 8 9 bukan lah waktu yg baik. Musim panas.
  12. Jangan balik selagi tak rasa briani rice, ghulab jamun, mango juice, shawarma, chicken tandori, gobi manchurian.
  13. Benda murah boleh beli: segala fabrik, lacoste, segala jenis buku(novel, medical dan law book).
  14. Muslim, Hindu ke semua akan tipu anda. Kalau driver/pekedai berkopiah berjanggut tipu anda itu perkara biasa. Ayat biasa mereka pakai “hey abang/kakak, kita sama-sama muslim. Tak kan saya tipu.” Last-last dia tipu.
Advertisements

Posted on February 23, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: