Perbualan Anak dan Ayah Mengenai iPhone 6

Iphone 6 dilancarkan sekitar bulan September tahun lalu dan sejak daripada itu ianya menjadi telefon pintar kegilaan ramai termasuklah di Malaysia. Telefon pintar terkini Apple ini juga merupakan peranti terbaik di dunia ketika ini.

Dalam kegilaan ramai orang mahu memiliki sebuah iPhone 6, pelbagai cerita menarik dan kelakar berlaku di serata dunia gara-gara telefon pintar ini.

Hari ini, kami mahu kongsikan sebuah perbualan yang berlaku antara seorang bapa dengan anak perempuannya yang baru sahaja membeli sebuah iphone 6 lengkap dengan screen protector dan cover phone yang sangat cantik.

Gadis :  Assalamualaikum ayah, tengok ni saya baru beli iphone 6 dan aksesori lengkap untuknya. Cantik tak?

Bapa : Waalaikumsalam, oh patutlah happy semacam hari ni. Cantiknya telefon baru kamu ni, mesti mahal kan harganya?

Gadis :  Alhamdulillah ada duit lebih sedikit dapatlah beli iphone 6 ni dengan harga RM2500. Untuk aksesori pula RM70 untuk cover phone dan RM20 untuk screen protector. Dapat juga saya cari pengganti handphone lama saya yang uzur tu, ayah.

Bapa : Kenapa kamu beli screen protector dan cover phone tu? Kalau tak beli kan dah boleh jimat RM90. Betul tak?

Gadis :  Ayah, rugilah saya berhabis banyak duit untuk beli iphone 6 ni kalau saya biarkan dia macam tu je. RM90 tu boleh elakkan iphone saya ni calar dan rosak.

Bapa : Jadi maksud kamu iphone 6 ni mudah rosak lah ya? Kiranya kamu setuju lah kalau ayah cakap syarikat Apple yang buat smartphone ni tak bagus sebab dia tak utamakan ciri keselamatan buat iphone?

Gadis :  Bukan macam tu ayah, iphone ni dah cukup bagus cuma kita nak pastikan telefon ni tidak cepat calar. Apple sendiri pun turut menggalakkan orang ramai gunakan cover untuk iphone 6 mereka.

Bapa : Tapi kalau gunakan cover dan protector tu semua, nanti iphone 6 tu dah tak cantik lah. Dah tak original.

Gadis :  Hahaha, mana adalah ayah. Sekarang ni dah bermacam-macam design cover phone yang cantik-cantik ada kat pasaran boleh pilih je mana-mana yang kita suka. Tengok iphone 6 saya ni nampak lebih cantik kalau dikenakan sekali dengan cover phone warna pink ni.

Bapa : (memandang anak perempuannya dengan senyuman penuh kasih dan sayang) Anakku, kamu tahu kan ayah sangat sayang terhadap kamu? Kamu sanggup berhabis RM2500 untuk sebuah iphone 6 dan tambahan RM90 untuk keselamatan telefon kamu. Begitu jugalah dengan ayah yang sudah banyak berkorban untuk membesarkan kamu, dan apalah maknanya jika kamu tidak menutup aurat demi keselamatan kamu sendiri. Iphone kamu tidak akan dipersoalkan diakhirat kelak tetapi anakku, ayah dan kamu inilah yang akan menjadi persoalan di padang mahsyar nanti.

Semoga kisah antara dua insan diatas ini dapat memberikan pengajaran buat kita semua. Kalau anda rasakan kisah ini memberikan manfaat, jangan lupa untuk kongsikannya dengan rakan-rakan yang lain.

Advertisements

Posted on February 23, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: