Ada apa pada ”Password” Smartphone Lelaki?

Perkara biasa terjadi apabila lelaki akan meletakkan kata kunci pada telefon pintarnya. Admin cuba menukar persepi anda supaya tidak salah faham jika berdepan situasi sebegini.
Rahsia dalam perhubungan berlaku dalam pelbagai situasi dan cara, namun bagaimana pula dengan rahsia dalam telefon pasangan? Pastinya kita ragu-ragu apa sebenarnya yang disorokkan dalam telefon pintar mereka sehingga tidak mahu didedahkan. Hakikatnya, mungkin kadang-kadang kita berfikir negatif kerana tidak mengetahui fakta sebenar, tapi jangan pula kerana salah anggap, hubungan jadi retak!
Stail si lelaki
 
Meletakkan kata kunci dalam telefon tidak semestinya membawa tanggapan yang si dia curang dan ada ‘awek’ lain, itulah hakikat sebenar yang berlaku. Realitinya, lelaki ada cara yang tersendiri untuk berkomunikasi bersama pasangan. Jika sebelum ini kamu kerap memegang telefonnya setiap kali bertemu janji, pastinya ia menimbulkan aura rimas pada lelaki.
Hal itu kemudian membuat si dia meletakkan ‘password’ untuk mengelakkan kamu memegang telefonnya setiap masa. Itu adalah cara untuk menunjukkan si dia ingin manfaatkan waktu terluang bersama kamu sepenuhnya bukan ingin melihat kamu membelek telefonnya sepanjang masa. Rimas!
Tidak bersedia
 
Normal bagi pasangan yang baru berkenalan, pastinya timbul syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain. Tapi jangan pula hairan jika pasangan kamu sebelum ini belum mampu melangkah ke luar dari ‘kepompong’ lamanya. Mungkin si lelaki masih lagi teringat kenangan lama bersama pasangannya yang dulu. Justeru, tidak perlu hairan dan tanam sifat cemburu jika si dia meletakkan ‘password’ untuk mengelakkan kamu melihat memori kenangan bersama pasangan lama.
Ini tidak bermaksud si dia tidak cintakan kamu tapi dia memerlukan sedikit masa untuk melupakan segalanya. Andai kata pasangan tetap berkeras untuk membenarkan kamu membelek telefonnya, berikan si dia ruang untuk melupakan memori pahit dan melakar kenangan baru bersama kamu. Pastikan pada saat ini kamu sentiasa membantu dirinya melupakan pasangan lama, andai kata dia pernah menceritakan hal itu kepada kamu.
Elak salah faham
 
Perkara biasa terjadi jika si lelaki menyorokkan sesuatu dalam telefon pintarnya terutama membabitkan kandungan mesej simpanan ringkas (SMS). Ibarat harta dan nyawa, si dia tidak selesa jika pasangan menyelongkar aplikasi SMS kerana ia merimaskan. Pada kamu, mungkin dia menipu dalam perhubungan tapi percayalah si dia tidak ingin menjadikan keadaan lebih teruk terutama apabila kamu seorang yang mudah cemburu.
Contohnya, dia mempunyai ramai rakan sekerja yang terdiri daripada wanita dan hal itu juga menyebabkan si dia sentiasa berhubung dengan mereka melalui aplikasi WhatsApp atau Facebook. Untuk mengelakkan rasa cemburu, sudah tentunya dia tidak membenarkan kamu menyelongkar aplikasi sosial itu. Bukan bermakna tidak percaya, tapi kerana tidak mahu pergaduhan atas salah faham yang biasa.
Koleksi peribadi
 
Memang sudah jadi kebiasaan lelaki akan menyimpan koleksi video dan gambar yang mungkin dia tidak mahu pasangan untuk melihatnya. Mungkin juga si dia gemar merakam ‘selfie’ dengan banyak dan tidak mahu kamu melihatnya kerana mungkin dianggap lucu.
Realitinya, kamu sebagai wanita perlu memahami pasangan bahawa tahap kesetiaan bukanlah diukur berdasarkan rahsia dalam telefon tapi sebaliknya sebanyak mana si dia berkorban untuk kamu dengan ikhlas.Cukuplah sekadar mempercayai pasangan kamu setia dan bagaimanapun jika kamu tetap berkeras juga untuk membelek telefon pintarnya, minta dengan cara yang berhemah dan elak menunjukkan reaksi cemburu. Lelaki lebih menyukai wanita yang memahami dan yakin pada dirinya.
Advertisements

Posted on February 24, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: