Doa dan Amalan Ketika Mengandung

Assalamualaikum.

Hari ni tetiba Aini rasa nak share antara doa-doa dan zikir-zikir yang dapat mommy to be kat luar sana amalkan. Doakan Aini sama ye semoga urusan Aini untuk lahirkan baby AS berjalan dengan lancar. sobsobsob ='( Cuak pulak tetiba. huhu.
Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran. Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan. Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 :
” Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah S.W.T. Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah S.W.T. , hati menjadi tenang.”
Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu :
  • Surah Yusuf  –  untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
  • Surah Luqman  –  untuk memohon anak yang cerdik.
  • Surah Maryam  –  untuk memudahkan bersalin.
  • Surah Yasin  –  untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
  • Surah al-Hujurat  –  untuk membanyakkan susu ibu.
  • Surah al-Imran ayat 38  –  untuk memohon anak yang baik.
  • Surah al-Imran ayat 8-9  –  untuk memohon rahmat.
  • Surah Ibrahim ayat 40  –  untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  • Surah al-Baqarah ayat 128  –  untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  • Surah Yassin ayat 22-23  –  untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  • Surah as-Sajdah ayat 7-9  –  untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  • Surah al-Furqan ayat 74  –  untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Doa yang sunat dibaca ketika hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 :
 
“Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah!) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku!). Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”
 
Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”
(Hadis riwayat Ibn Sunni)
Doa-doa dan amalan-amalan ni Aini ambil dari buku Diari Hamil.
Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
1)
“Ya Tuhan, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat (anak) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba-Mu.”
2)
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”
 
3)
“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”
 
 
Apabila saat hampir bersalin, bacalah doa ini :
4)
“Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah.”
 
 
Untuk memudahkan bersalin digalakkan juga membaca ayat Kursi.
5)
“Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjanjikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. 
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.
 
 
Seterusnya, perbanyakkan membaca tasbih ini :
6)
Maha Suci Allah
 
7)
Aku pohon ampun kepada Allah
 
 
Sentiasa membaca doa ini :
8)
“Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan Yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepada-Nya daripada sekalian yang mempunyai dengki.”
 
*Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu.
9) Surah Al-Ansyiqaq
10) Sentiasa membaca surah Maryam.
 
11) Surah An-Nahl (ayat 78-80)
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
 
Marilah sama-sama kita amalkan. InsyaAllah akan dipermudahkan segalanya. Amin.
Advertisements

Posted on February 26, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: