Resipi Ayam Gajus

Ayam Gajus! Serius sedap dan mudah dilakukan. Video di bawah ini hanya memerlukan 3 minit untuk siap masak Ayam Gajus. Ia sesuai disaji untuk makan malam dan makan tengah hari.

Saya berani kata ianya sedap dan mudah kerana saya sudah masak ayam gajus menggunakan resipi chef Perancis, Chef Jean Pierre ini. Jika anda sudah melakukan mis-en-place iaitu persediaan bahan sebelum masak, anda hanya perlukan lebih kurang 5 hingga 10 minit untuk siapkan hidangan ini.

Jangan terkejut meskipun beliau chef dari Perancis, resipi ini menggunakan bahan-bahan tanpa sukatan yang tetap. Ala-ala masakan Melayu begitu. Hanya campak-campak sahaja 😉 Bagi memudahkan anda, saya senaraikan bahan-bahan dan langkah-langkah nya disini.

Resipi Ayam Gajus

Bahan-bahan:

  • Minyak masak sayuran
  • Dada ayam tanpa tulang
  • Serbuk kari
  • Bawang merah besar
  • Bawang putih
  • Bawang merah kecil
  • Daun bawang
  • Kacang gajus
  • Sos tiram
  • Stok ayam

Langkah-langkah:

1. Masukkan minyak masak sayuran ke dalam kuali panas.
2. Setelah minyak panas, masukkan potongan dadu dada ayam tanpa tulang.
3. Goncangkan kuali atau kacau potongan dadu ayam agar isi ayam tidak melekat pada kuali.
4. Kemudian, masukkan serbuk kari yang telah dijadikan pes (serbuk kari dicampur air).
5. Diikuti hirisan bawang merah besar.
6. Setelah itu, masukkan pula hirisan bawang merah kecil, bawang putih yang dicincang halus dan hirisan daun bawang.
7. Langkah seterusnya, masukkan kacang gajus.
8. Gaul sebentar, dan masukkan pula sos tiram.
9. Masukkan air stok ayam bagi meningkatkan rasa ayam dan agar Ayam Gajus tidak kering.
10. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung sekiranya anda mahu kuah Ayam Gajus pekat.

Anda boleh hiaskan dengan daun bawang segar dan makan bersama nasi beras jasmine. Cadangan tambahan dari kami, anda boleh masukkan sayuran dan ditaburkan sesame seed bagi menyerikan warna dan rupa sajian Ayam Gajus ini.

Untuk lebih jelas, tonton aksi Chef Jean Pierre bersama resipi Ayam Gajus disini:

 

Advertisements

Posted on February 27, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: