Seafood Restoran Bayu Malam, Bagan Lalang

Saya sekeluarga berkesempatan singgah sebentar di Bagan Lalang ketika dalam perjalanan pulang dari percutian kami di Muar. Saya tidak pernah mengunjungi Bagan Lalang sebelum ini, jadi saya berasa kagum melihat rumput menghijau, pantai yang bersih dan laut yang membiru ketika sampai di sana. Pada fikiran saya, hanya pantai di Pantai Timur dapat menghidangkan panorama sebegitu, namun, saya bersyukur kerana silap dalam hal ini. Terdapat ramai pengunjung berada di pantai dan tidak kurang ramai juga yang berada di restoran-restoran ikan bakar.

Saya dan suami memilih restoran ikan bakar yang pertama kami lihat. Oleh kerana mengambil keputusan di saat akhir, kami tidak berkesempatan membaca rekomendasi pembaca-pembaca lain tentang restoran makanan laut yang paling sedap di kawasan itu. Ternyata pilihan kami tepat. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood di Bagan Lalang bukan sahaja menghidangkan makanan yang lazat, tetapi juga suasana tenang dengan konsep restoran terbuka, dihiasi dengan hembusan bayu laut yang menyegarkan.

Bayu Malam Bagan Lalang

Setting kedai ini ringkas sahaja. Namun oleh kerana dikelilingi pokok ru yang menghijau, pantai, dan ruang yang besar antara meja, ia menjadi faktor keselesaan buat pengunjungnya.

Bayu Malam Bagan Lalang

Papan tanda kedai.

Bayu Malam Bagan Lalang

Ketibaan kami disambut segera oleh pelayan. Sejurus mengambil pesanan air dan nasi, kami terus ke kaunter makanan laut untuk membuat pilihan.

Bayu Malam Bagan Lalang

Pilihan ikan dan hidupan laut yang segar. Melihatkan pilihan yang ada pun sudah mampu membuat kami terliur.

Inilah apa yang kami pesan pada malam itu. Ikan pari bakar yang sedap. Dan air asam yangkick.

Bayu Malam Bagan Lalang

Lihat tu, betapa lembut dan segar ikan pari yang dihidangkan.

Bayu Malam Bagan Lalang

Sotong goreng tepung yang rangup.

Bayu Malam Bagan Lalang

Udang masak sambal yang meletop! Ini memang sangat sedap.

Bayu Malam Bagan Lalang

Apa yang kami lagi tidak percaya, bil kami pada malam itu hanyalah RM61.30! Sedap, segar, bersih dan harga berpatutan – Bayu Malam Bagan Lalang – memang memanggil-manggil hati kami untuk datang lagi ke restoran ini.

Bayu Malam Bagan Lalang

Terletak berhampiran Sepang Goldcoast, anda mungkin mahu membawa keluarga anda ke sana hujung minggu ini. Lokasi Bayu Malam Bagan Lalang boleh ditemui di Google Streeview di sini. Selamat menjamu selera!

Advertisements

Posted on February 27, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: