4 Sebab Mengapa Anda Memerlukan Insuran

Mengapa kita perlu memliki insurans ? Bila sebut pasal insurans,ramai orang biasanya akan merujuk kepada insurans kereta, insurans hospital, insurans kebakaran dan lain-lain lagi.
Tapi bila sebut pasal insurans nyawa, ramai yang tidak memilikinya lagi. Sebenarnya insuran nyawa sangat penting lebih-lebih lagi kepada individu yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak.
Malangnya, ramai yang tidak sedar kepentingan insuran ini kerana ia adalah satu servis yang hanya akan ternampak kebaikannya setelah sesuatu yang buruk berlaku kepada individu terbabit dan sudah tentu, kita tidak inginkannya terjadi kepada diri kita.

Oleh itu, bagi memudahkan orang ramai memahami kenapa insuran penting, kami bawakan beberapa situasi bagi menjelaskan kenapa insuran begitu penting dan sepatutnya menjadi keperluan setiap individu.

1 – KELUARGA

Ali merupakan seorang suami dan bapa kepada dua orang anak yang masing-masing berumur 5 dan 2 tahun. Satu hari, ketika Ali dalam perjalanan ke tempat kerja, keretanya dilanggar bas dan malang buat Ali, dia maut di tempat kejadian.

Jika Ali belum mengambil insuran : Isteri dan anak-anaknya akan menerima duit pampasan dari syarikat insuran Ali dan boleh meneruskan hidup menggunakan duit tersebut sementara isterinya mencari kerja lain.

Jika Ali belum mengambil insuran : Isteri Ali terpaksa bergantung hidup kepada saudara mara terdekat dan juga terpaksa mencari sumber pendapatan bagi menampung jumlah perbelanjaan keluarga dengan segera.

2 – PINJAMAN / LOAN

Din merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Malaysia. Dia membuat pinjaman bank untuk membeli kereta pertamanya. Satu hari, ajal menjemput Din. Din pergi dalam keadaan hutangnya masih belum dibayar walaupun sesen pun. (P/S : situasi ini juga boleh diaplikasikan pada pinjaman-pinjaman lain)

Jika Din sudah mengambil insuran : Ibu bapa Din boleh melangsaikan hutang Din menggunakan duit pampasan yang diterima dari syarikat insuran. Mungkin juga hutang Din boleh diselesaikan secara sekali bayar menggunakan duit pampasan tersebut. Atau paling kurang pun boleh menampung separuh/suku dari hutang Din.

Jika Din belum mengambil insuran : Ibu bapa Din perlu berhempas pulas mengorek wang simpanan mereka untuk membayar hutang Din. Ibu bapa mana yang mahu anak mereka pergi dalam keadaan berhutang?

 

3 – TERDESAK KETIKA MEMERLUKAN

Abu seorang yang berpendapatan sederhana. Beberapa hari lepas, dia disahkan oleh doktor menghidap barah dan doktor berkata pembedahan perlu dibuat dengan segera untuk membuang barah tersebut.

Jika Abu sudah mengambil insuran : Abu tidak perlu risau dengan kos perubatan kerana ia akan dibayar oleh syarikat insurannya(paling kurang separuh).

Jika Abu belum mengambil insuran : Abu akan termenung memikirkan kos perubatan yang terpaksa ditanggung olehnnya.  Dia juga ada memikirkan untuk meminta derma dari orang ramai untuk menanggung kos pembedahan itu.

 

4 – KETENANGAN

Mohd merupakan seorang pekerja kerajaan. Dia mempunyai seorang anak. Satu hari Mohd kemalangan teruk dan kini dia di hospital kerana kecederaan dalaman yang teruk dan doktor mengatakan dia hanya mempunyai beberapa hari untuk hidup.

Jika Mohd sudah mengambil insuran : Mohd sudah tidak perlu memikirkan soal duit anaknya, sekurang-kurangnya buat masa terdekat kerana syarikat insuran akan memberikan pampasan. Mohd boleh ‘pergi’ dengan lebih tenang dan kebimbangan tentang makan, minum dan pembelajaran anaknya boleh dikurangkan.

Jika Mohd belum mengambil insuran : Mohd kini pasti dalam keadaan gusar tentang masa depan anaknya. Dan kini, Mohd pasti menyesal tidak mengambil insuran sebelum ini.

Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Pada waktu Haji Wida’ Rasulullah s.a.w menziarahiku ketika aku sedang sakit tenat. Waktu itu aku berkata: Wahai Rasulullah! Lihatlah keadaan aku yang berada dalam keadaan tenat ini sebagaimana yang kamu lihat, sedangkan aku ini seorang hartawan dan hanya seorang anak perempuan sajalah yang akan mewarisi harta saya. Adakah saya boleh mengeluarkan sedekah dua pertiga dari harta saya? Baginda menjawab:Tidak! Aku bertanya lagi: Bagaimana kalau sebahagiannya? Baginda menjawab:Tidak! Tetapi satu pertiga dan satu pertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa dan meminta-minta kepada orang lain.(Riwayat Hadith al-Bukhari dan Muslim.)

Kesimpulannya, insuran boleh diibaratkan sebagai “menyediakan payung sebelum hujan”. Rasanya, bayaran bulanan insuran tidaklah mahal mana tetapi kebaikannya boleh dikatakan besar ketika kita berada dalam saat memerlukan.

Diharap dengan sedikit pencerahan dalam artikel ini mampu membuka mata orang ramai tentang kepentingan insuran

Advertisements

Posted on March 1, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: