Senarai Zat Dan Nutrien Yang Mampu Mengurangkan Masalah Mata Anda Dengan Baik

Mata merupakan sebuah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Dengan mata kita mampu melihat keindahan ciptaan-Nya dengan baik. Justeru itu, kita perlu menjaga mata suapaya kekal baik sehingga ke akhir hayat. Salah satu cara yang mudah untuk menjaga mata adalah dengan cara pemakanan kita dalam kehidupan seharian.

Para pengkaji telah mengenalpasti jenis-jenis nutrien yang penting untuk kesihatan mata. Nutrien tersebut terbukti dapat melindungi mata, memperlahankan kerosakan malah memperbaiki fungsi penglihatan mata.

Salah satu penyebab utama buta, hilang penglihatan atau penurunan kualiti penglihatan bagi orang dewasa yang berumur melebihi 60 tahun ialah Macular Degeneration yang memberi kesan terhadap berjuta manusia di seluruh dunia. Faktor yang meningkatkan keadaan ini ialah merokok, diet yang tak sihat, obesiti, tekanan darah tinggi, sejarah keluarga, penuaan dan gen yang baru ditemui yang berkait rapat dengan Macular Degeneration.

Macular Degeneration merupakan simptom pengurangan penglihatan seiring dengan peningkatan umur seseorang.

Semua faktor tersebut menyebabkan kerosakan penglihatan di mana penglihatan periferal masih ada namun hilang penglihatan utama. Selain itu, penyebab lain seseorang menjadi buta ialah katarak. Katarak ialah keadaan dimana kekaburan lens dibahagian dalam mata yang mengurangkan kualiti penglihatan dan perlu dirawat dengan pembedahan. Walaubagaimanapun, ada juga suplimen-suplimen di pasaran yang dapat mengurangkan permasalahan mata.

Sebenarnya, apa yang kita makan dan minum serta suplimen yang kita ambil juga dapat memberi kesan terhadap penglihatan. Kajian telah banyak membuktikan bahawa diet pemakanan dan jenis suplimen yang diambil boleh merawat dan mencegah masalah mata malah memperbaiki kualiti penglihatan.

Jadi, apakah nutrien dan zat rahsia yang dapat membantu masalah mata tersebut?

1. Lutein dan Zeaxanthin

1

Lutein dan Kompaun berkaitan, Zeaxanthin, tergolong dalam keluarga karotenoid dan sangat penting untuk penglihatan. Lutein boleh didapati dari makanan seperti bayam, kale, brokoli dan brussle sprout tapi tidaklah sama kesannya seperti anda mengambil suplimen yang memang khas membekalkan nutrien tersebut. Lutein dan zeaxanthin boleh didapati dalam formula suplimen untuk kesihatan mata

2. Antioksidan

11

Antioksidan melindungi sel tubuh badan kita dan mengurangkan risiko kehilangan penglihatan mata terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi. Ia juga dapat mengurangkan risiko katarak. Contoh makanan yang membekalkan antioksidan ialah pelbagai jenis beri, tomato dan kekacang.

3. Asid Lemak Omega 3

111

Ia kebiasaannya ditemui dalam ikan yang berminyak seperti ikan salmon dan ikan kod yang dapat membantu melindungi mata dan mengekalkan kualiti penglihatan.

4. Selenium

1111

Selenium ialah kandungan mineral yang boleh menghalang katarak, ‘macular degeneration, memperbaiki keadaan mata kering dan kesihatan mata secara keseluruhannya. Diantara sumber semulajadi selenium ialah udang galah, tiram, telur, ayam, ikan, oat, beras perang, bawang putih, anggur merah, cendawan dan bijan.

5. Bilberi dan Blackcurrant

11111

Ia mengandungi poten antioksidan yang tinggi dan dapat membantu melindungi lens dan retina dari kerosakan serta mengurangkan risiko katarak. Ia juga memperbaiki peredaran bekalan darah ke mata.

6. Taurina

111111

Taurina ialah asid amino yang utama bagi mempunyai fungsi mata yang betul. Ia terkandung secara semulajadi dalam makanan laut dan daging.

7. Euphrasia (Eyebright)

1111111

Herba ini digunakan bagi ketegangan mata yang mempunyai somptom seperti letih, sakit di dalam atau sekeliling mata, kabur penglihatan, sakit kepala dan kadangkala penglihatan yang berbayang. Simptom ini biasanya hadir selepas membaca, bekerja menggunakan komputer atau aktiviti yang melibatkan pandangan jarak dekat.

8. Vitamin B2 (Riboflavin)

11111111

Bersama dengan nutrien lain, Vitamin B2 amat penting untuk mendapatkan penglihatan normal dan mencegah katarak. Sumber riboflavin termasuklah kacang badam, bijirin, cendawan, bayam, telur, yogurt dan susu. Tepung dan bijirin selalunya diperkayakan dengan Riboflavin.

9. Yumberi

111111111

“Yumberry” OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) ialah sejenis pigmen larut air dan ia salah satu pigmen utama yang menghasilkan warna pada kelopak bunga dan buah. Ia merupakan antioksidan yang sangat efektif tetapi tubuh manusia tak dapat menghasilkan OPC kerana tumbuhan adalah satu-satunya pembekal bagi OPC. Keberkesanannya sebagai Antioksidan adalah 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C dan 50 kali ganda berbanding Vitamin E. Ia juga sangat penting bagi melindungi kesihatan mata dan mencegah pembentukan katarak.

Advertisements

Posted on March 1, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: