TIPS SUAMI ISTERI : APABILA SUAMI OUTSTATION

Memang adat bekerja, adakalanya terpaksa keluar daripada tempat tinggal biasa. Suami/isteri terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu kerana urusan kerja. Ianya mungkin melibatkan beberapa hari tanpa bersama.

Kebanyakan isteri apabila mendengar sahaja suaminya hendak pergi outstation lebih daripada dua hari, jiwanya mula risau, kelam kabut, tak senang duduk dan macam-macam perasaan bimbang.

 

Dia takut kesunyian dan rasa pilu jika terjadi apa-apa terhadapnya kerana tiada siapa untuk dirinya meminta tolong atau perlindungan. perkara yang paling terseksa ialah terpaksa tidur sendirian.

 

Rindunya mula terasa pada saat apabila diberitahu oleh suami yang dia diarah pergi outstation. Bukan pada hari perjalanan suaminya.

 

Orang lelaki lain pula mindanya. Dia rasa ‘excited’ hendak pergi outstation atas urusan kerja, kerana inilah peluang dia berjalan ditanggung oleh organisasinya.

 

Dia berasa megah kerana terpilih untuk menjalankan kerja di luar. Lebih lama, lebih kerap dan lebih jauh tempat outstationnya, lebih ‘macho’ dia rasainya.

 

Oleh itu untuk mengimbangi keperluan dan kehendak yang bertentangan suami isteri ini, berikut adalah tipnya:

 

Untuk Suami

 

#1 Jangan tunjuk kegembiraan

 

Jangan tunjukkan sangat “excitement” nak pergi outstation di hadapan isteri. Tunjukkan muka sedih juga kerana terpaksa meninggalkan isteri demi tugas.

 

Tujuan supaya isteri rasa sikit lega kerana suaminya mengiktiraf perasaan sedihnya kerana ditinggalkan.

 

#2 Layani keperluan isteri

 

Penuhi keperluan isteri sebelum tinggalkan dia sendirian. Tanyalah apa yang dia perlukan sepanjang ketiadaan anda.

 

Seperti contoh barang dapur atau belanja hariannya. Dengan ini boleh meringankan bebannya dan dia tidak perlu meminta pertolongan orang lain nanti.

 

#3 Beritahu kepada isteri keperluan anda

 

Beritahu dia keperluan yang anda perlukan semasa outstation agar dia juga boleh menyediakan keperluan itu lebih awal. Dia rasa terhibur jika dia yang mengemaskan barangan dan pakaian yang anda perlukan.

 

#4 Sayangi dirinya

 

Semasa hendakberpisah, cium dia dan unggapkan perkataan yang dia rasai anda juga sudah mula merinduinya.

 

#5 Usah biar dia risau

 

Di pertengahan perjalanan dan sampai ke tempat yang dituju, hubungi dan beritahu keadaan anda. Ini boleh mengurangkan kerisauannya. Dia lega apabila tahu anda selamat.

 

#6 Punyai rutin

 

Buat ketetapan untuk menghubungi dirinya setiap malam (contoh setiap selepas Isya atau jam 11.oo mlm). Ini boleh mengubati kegelisahannya kerana tidur sendirian.

 

#7 Belikan sesuatu untuknya

 

Jangan lupa beli cenderamata. Yang murah pun tidak mengapa. Barang yang sama pun tidak mengapa jika tempat outstation adalah tempat yang selalu pergi kerana yang penting bukan barangan itu, tetapi tanda ingatan anda kepada dia yang menjadi ukurannya.

 

#8 Berdoa selalu

 

Sentiasa berdoa untuk diri dan keluarga kerana orang bermusafir mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

 

#9 Dapatkan isteri dahulu

 

Apaila sampai di rumah sekembali daripada outstation, terus berjumpa isteri dahulu (peluk cium). Utamakan dia daripada anak-anak sendiri.

 

Walaupun pada masa itu, ibu kita ditakdirnya ada di rumah sedang bertandang, jumpa isteri kita dahulu. Tindakan ini membuktikan yang dialah orang yang kita rindui, hormati dan hargai.

 

Untuk Isteri

 

 

 

#1 Kongsi perasaan bangga dengan suami

 

Tunjukkan perasaan gembira dan megah pada peringkat awal apabila suami memberitahu yang dia akan ke outstation. Kemudian barulah nyatakan kerinduan dan kerisauan di hati.

 

Dengan ini suami rasai dirinya dihormati dan barulah mindanya dapat berfikir perasaan isterinya.

 

#2 Banyak bertanya perkara outstation

 

Sebelum dia pergi, banyakkan bertanya urusannya oustation daripada kesusahan dan kebimbangan diri anda semasa ketiadaan dia.

 

Bincang alternatif dan sokongan yang perlu anda perlukan semasa ketiadaannya. Apabila semua plan A, plan B telah dirancang barulah sesuai menyatakan perasaan, kerisauan dan emosi anda kepada dia. Pendekatan ini memudahkan dia empati kepada anda.

 

#3 Mesej dirinya jika rindu

 

Jika terlalu rindu semasa ketiadaan dia, hubungi dia menggunakan pesanan ringkas dahulu. Jangan telefon menggunakan suara.

 

Mungkin hal ini mengganggu dirinya yang sedang melaksana tugasnya. Ataupun dia akan malu jika rakan-rakan yang ada bersamanya mendengar isterinya menelefon. Dia mungkin diejek sebagai “Queen Control” atau “kena buat report”.

 

#4 Ingatkan dirinya dengan pesanan ringkas

 

Ingatkan barangan yang ada pesan, agar dia tidak lupa membelinya. Eloknya menggunakan pesanan ringkas. Kalau bercakap melalui telefon, dia mudah lupa.

 

#5 Berdoa keselamatannya

 

Berdoalah agar dia selamat pergi dan balik

 

#6 Menyambut dengan senyuman pabila dia pulang

 

Sambutlah dia dengan senyuman. Jika ada masalah di rumah, jangan terus mengadu. Tunggu dia tenang paling kurang 10 minit agar dia dapat menukar kotak mindanya daripada oustation kepada sampai rumah.

 

Selamat mencuba…

 

Advertisements

Posted on March 1, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: