PERKAHWINAN DIDALAM ISLAM (MUNAKAHAT)

 

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilahsyarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki danperempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.

 

Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.

 

Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).
Advertisements

Posted on March 2, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: