5 JENIS PENUMPANG LRT YANG MUNGKIN ANDA PERNAH JUMPA

Perkhidmatan pengangkutan awam negara kita semakin maju. LRT antara pengangkutan awam yang menjadi pilihan warga Kuala Lumpur kerana selesa dan menepati masa.
Namun begitu kita tidak akan dapat lari dari berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia dalam LRT. Kami kongsikan bersama anda 5 jenis penumpang LRT yang mungkin anda pernah jumpa:
1) Orang yang terlupa pakai deodoran
Bersangka baik, mungkin dia dalam keadaan tergesa-gesa pagi tadi sampai terlupa nak pakai deodoran. Tapi, kalau sehari terlupa takkanlah baunya macam dia terlupa pakai untuk setahun dua?
2) Orang yang tak cukup tidur
Siap ternganga-nganga, kepala lentok ke kiri dan kanan. Nyenyak betul dia tidur, sampai dia buatkan kami tertanya-tanya, kau buat apa malam tadi yang kau mengantuk sangat?
3) Orang yang pekak
Samada dia mendengar lagu di earphone dengan kuat, sampai orang sebelah pun boleh dengar; atau dia bercakap dengan suara yang kuat di telefon. Kami beranggapan mereka ini pekak.
4) Orang yang anunya besar
Orang sebegini biasanya suka duduk terkangkang seluas yang boleh. Hairan juga kenapa perlu nak kangkang luas-luas, agaknya anunya besar kot, tak muat nak kepit? Adik-adik, tutup mata masa baca k?
5) Orang yang hensem
Kalau jumpa orang yang hensem, wangi dan berketerampilan dalam LRT, jangan lupa ucap hai kepadanya!
Advertisements

Posted on March 3, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: