8 ULAMA DUNIA BERMIMPI KEMUNCULAN DAJJAL

Berikut merupakan tweet Twitter yang dipos oleh Ustaz Kazim Elias seorang penceramah bebas yang tidak asing lagi di Malaysia.
Dalam tweet beliau menyatakan 8 orang ulama‘ dunia telah bermimpi yang Dajjal Al-Masih sudah muncul.
Tidak diketahui akan kesahihannya tetapi jikalau benar seperti apa yang dikatakannya, orang Islam dikehendakkan membaca dan mengamalkan 10 ayat terawal dalam Surah Al-Kahfi.
Antara usaha yang dapat dilakukan untuk melindungi diri dari terpedaya dengan fitnah Dajjal ialah:
Memantapkan aqidah supaya dapat mengenali siapa ALLAH dan sifat-sifatNYA. Kerana Dajjal pada kemunculannya akan mengaku dirinya sebagai tuhan dan banyak tipu helah akan dilakukan bagi memesongkan iman dan aqidah manusia.
Beramal ibadah dengan sebenar-benarnya menurut seperti yang disuruh ALLAH subhanahu wata’ala melalui teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah perkara asas dan umum yang mesti kita lakukan, agar iman menjadi mantap.
Mengenali sifat-sifat Dajjal melalui banyak hadith yang menerangkan nya. Tujuannya supaya kita jadikan ia sebagai panduan untuk mengelakkan diri dari terjebak mengikuti dan mempercayainya.
Berdo’a kepada ALLAH agar kita dilindungi dari fitnah Dajjal. Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu berdo’a dengan do’a berikut selepas selesai tahiyyat akhir.
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung denganMU dari azab Neraka, dan dari azab kubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih ad-Dajjal.” (Muttafaqun `alaih)
Menghafal 10 ayat awal dari surah al-Kahfi.
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.” (HR Muslim 809)
Mengamalkan membaca surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
“Barangsiapa membaca surah al-kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” (Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
Menjauhkan diri dari berjumpa dengan Dajjal jika mengetahui Dajjal sudah keluar.
Atau tinggal di Makkah atau Madinah kerana Dajjal tidak dapat memasuki 2 kota suci tersebut.
“Barang siapa mendengar ada Dajjal maka hendaklah ia bersembunyi darinya. DemiALLAH ada seseorang yang mendatanginya dan dia mengira bahawa ia beriman lantas dia mengikutinya kerana banyak syubhat atau kesamaran yang menyertainya.” (HR Ahmad, Abu Daud dan Hakim)
“Tidak ada suatu negeri pun yang tidak akan dimasuki Dajjal kecuali Makkah &Madinah.” (HR Bukhari)
Semoga ALLAH `Azza wa Jalla memelihara kita dari fitnah Dajjal dan memasukkan kita bersama golongan hamba-hamba yang diredhoiNYA, amin.
Advertisements

Posted on March 3, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: