5 Tanda Anda Benci Terhadap Kerja Anda


Alam kerja merupakan satu alam yang sangat mencabar. Banyak situasi yang dialami semasa di alam kerja sama ada anda suka akan kerja anda, anda kerja kerana terpakasa mahupun anda memang tidak sukakan terhadap kerja anda. Disini saya nak kongsi 5 tanda-tanda anda benci atau tidak sukan terhadap kerja anda. Mungkin anda tidak sedar, jadi teruskan membaca!

1. Seksa nak bangun pagi

Bukan sebab dah dapat cuti lama dan terpaksa bangun awal pagi Isnin untuk mesyuarat tetapi ini kerana anda terlalu bencikan kerja anda sehingga rasa setiap hari kena bangun pagi macam bangun nak pergi neraka dunia.
2. Anda sentiasa mengantuk

Tak berjaga malam siapkan kerja pun masih rasa mengantuk. Dah masuk sepuluh cawan kopi yang diteguk namun masih juga rasa penat. Sekejap mengintai jam tangan dan rasa seperti masa tidak berlalu langsung.
3. Masa tidak berada di pejabat merupakan masa paling berharga

Samada berjumpa klien di luar pejabat ataupun pergi makan tengahari di luar pejabat memang rasa nikmat. Janji tidak duduk menghadap komputer lagi!
4. Anda sentiasa mencari kerja lain

Resume dihantar merata dan siap melakukan kerja sampingan sehingga anda temui sesuatu yang jauh lebih baik daripada kerja sekarang ini.
5. Benci kerja lebih masa

Apa? Overtime? Perkataan yang anda paling benci nak dengar. Duduk di pejabat bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang pun dah rasa macam nak mati, apa lagi kalau terpaksa duduk di pejabat sampai lewat malam biarpun dihujung bulan anda mendapat gaji lebih.

Haa. Anda ada tanda-tanda macam ni? Kalau ada memang sah la anda benci terhadap kerja anda. Jadi bagaimana nak tangani masalah ni? In Shaa Allah nanti kalau ada kelapangan saya cuba kongsi.

Advertisements

Posted on March 4, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: