RAHSIA TANGAN YANG TIDAK ANDA KETAHUI

Mungkin tak banyak yang tahu mengenai rahsia ni, termasuk lah saya. Melalui diagnosis pada keseluruhan tangan anda, anda boleh mengenalpasti akan penyakit yang anda sedang lalui. Terdapat lima asas yang anda perlu ketahui melalui jari jemari kita iaitu jari telunjuk menunjukkan usus, jari tengah menunjukkan jantung, jari manis menunjukkan imuniti dan jari kelingking menunjukkan rahim atau tulang belakang.
Kalau anda ingin ketahui rahsia tangan anda, sila teruskan pembacaan dan anda akan teruja bila mengetahui rahsia tangan sebenarnya. Lepas ni bolehlah buat penyelidikan pada tangan sendiri.
7 RAHSIA TANGAN
1) Lihat pada ruas jari jemari anda, kalau ruas jari kehitaman itu bermakna badan anda penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut juga membolehkan badan kita mendapat sembelit.
2) Periksa tapak tangan masing-masing, kalau tapak tangan berbintik maknanya ada masalah angin dalam badan anda.
3) Masalah tapak tangan kerap berpeluh dan lembab menunjukkan badan anda mudah untuk diserang kanser.
4) Jika perut ibu jari berwarna biri kehijauan bermakna seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat kehijauan dan kebiruan maknanya anda menghidapi gastrik.
5) Urat biru atau hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki menunjukkan seseorang itu menghadapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
6) Untuk wanita, cara untuk mengetahui sistem dalaman perempuan anda ialah dengan melihat pada jari kelingking. Kalau jari kelingking anda meruncing atau bengkok bermakna tempoh haid anda tidak teratur, masalah keputihan, senggugut dan berkemungkinan rahim anda jatuh.
7) Lihat pada kuku, jika terdapat bulan sabit berwarna putih pada setiap kuku jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. Sekiranya terdapat pada ibu jari sahaja, bermakna anda seorang yang sihat.

 

Advertisements

Posted on March 4, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: