Tip Mudah Untuk Wanita Berjimat Cermat

Hiasan

 

Setiap kali gaji, anda cuba menjadi seorang yang bijak berbelanja dan membuat simpanan dengan jayanya. Namun, anda tetap gagal mengesan bagaimana dan di mana wang anda banyak dihabiskan.
1. Simpan resit untuk rekod
Kebiasaannya, anda mencatat apa yang anda belanjakan tetapi kertas yang dicatat berakhir di dalam tong sampah. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda mencatat perbelanjaan.

Pertama, kaedah manual di mana anda menulis apa yang anda belanjakan di dalam buku nota kecil anda. Pastikan buku nota kecil dan bukan di atas seheli kertas kecil. Setiap kali anda berbelanja, anda catat dan anda menyimpan resit untuk dikira kemudian. Namun, ia sesuai untuk anda yang konsisten mencatat perbelanjaan dan gemar menyimpan resit.

Kaedah software sesuai buat anda yang suka kekemasan dan ketepatan. Gunakan program seperti Excel, Google document atau Quicken untuk memasukkan belian dan caj kad kredit anda. Jika anda seorang yang teliti dan penyabar, nilai kecil pun akan dikira dalam perbelanjaan harian.

Jika anda seorang yang ‘mesra’ telefon bimbit, anda boleh lakukannya di hujung jari menerusi kaedah laman web atau aplikasi tertentu. Guna perkhidmatan percuma seperti Mint, Buxfer atau BudgetPulse. Jika anda yakin data anda selamat, anda boleh merekod perbelanjaan anda dengan lebih mudah di samping alat pengiraan yang disediakan.

2. Jadi lebih berdisiplin
Jika sebelum ini anda mewajibkan setiap bulan perlu memiliki pakaian baru, lupakan niat itu. Bayangkan berapa wang anda dihabiskan setiap kali pergi ke pusat beli belah. Cara terbaik untuk mengetahui perbelanjaan tetap adalah dengan membeli barang yang diingini seperti pakaian, minyak wangi, barang kemas, alat komestik dan kasut setiap enam bulan sekali. Hakikatnya barang seperti ini adalah barangan tahan lama yang boleh dipakai pada tempoh yang panjang melainkan sudah lusuh dan tidak muat.

Elak kerap makan di luar kerana ia akan menjadi satu tabiat buruk buat keluarga anda. Jika anda kerap makan di luar, anda boleh membuatkan anak-anak anda tidak mempunyai selera untuk makan masakan anda. Mampukah anda bertahan apabila separuh gaji anda dihabiskan untuk makan di luar?

3. Tinggalkan baki wang gaji
Terpulang pada anda sama ada membahagikan wang gaji anda kepada beberapa bahagian dan selebihnya dibiar di dalam akaun atau mengeluarkan kesemua wang gaji anda dan kemudian simpan di dalam bekas selamat di dalam rumah, yang penting anda menyimpan.

Apabila anda menyimpan, anda bukan saja perlu lebih bertanggungjawab tetapi lebih berdisiplin untuk tidak ‘mengusik’ wang simpanan anda. Wang simpanan anda bukan bertujuan untuk membeli barang keinginan anda seperti telefon bimbit, set barang kemas mahupun apa saja barang keinginan yang sudah anda perolehi tetapi wang simpanan bertujuan untuk kecemasan. Sekurang-kurangnya, anda tidak perlu berhutang apabila salah seorang ahli keluarga anda sakit atau kereta rosak.

Meskipun perkara berjimat ini sangat klise di dalam kehidupan, tetapi masalah kesempitan wang tetap berlaku. Setidak-tidaknya, perkara di atas serba sedikit membantu anda untuk lebih berjimat dan berjaya menjejak ke mana hala wang anda banyak dihabiskan.  Setuju?

Advertisements

Posted on March 4, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: