7 Panduan Naik Teksi, Mesti Tahu

Tidak ramai pengguna yang benar-benar tahu menggunakan perkhidmatan teksi. Gara-gara sikap pengguna ini, sesetengah pemandu teksi mengambil kesempatan ke atas penumpang dengan mengenakan caj yang tinggi. Entri ini membantu anda naik teksi dengan ‘selamat’.

1. Ketahui lokasi dan jalan yang dituju
Anda perlu membuat perancangan dan mengenal pasti laluan yang anda akan lalui dengan cara bertanya rakan atau ‘google map’ saja. Kemudian anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya supaya anda tidak ditipu dari segi jalan dan wang.

2. Bawa peta, pen dan kamera
Sekiranya anda baru pertama kali naik teksi menuju ke destinasi yang dituju, jangan lupa salin nama jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Paling penting, ambil gambar bangunan untuk memudahkan anda ingat jalan untuk diterangkan kepada rakan kemudian nanti.

 

3. Pilih teksi bermeter
Masih ada lagi pemandu teksi yang degil dan gemar mengenakan tambang sesuka hati kepada pengguna. Ada baiknya anda bertanya dulu sama ada mereka menggunakan teksi bermeter atau tidak terutama buat anda yang baru pertama kali ke destinasi dituju dengan teksi.

4. Sedia wang kecil
Alasan tidak mempunyai baki sering diguna oleh pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan jika anda menghulurkan wang jumlah besar. Sebelum naik teksi, pastikan anda menyediakan wang kecil supaya bayaran diberi tepat.

5. Tanya harga terlebih dahulu
Elak tanya harga sebaik saja anda sampai ke destinasi. Sebelum melangkah masuk teksi, tanya harga yang dikenakan sekiranya pemantu tersebut tidak mengenakan meter ke destinasi anda.

 6. Pilih duduk di kerusi penumpang

Kes rompakan dan pencabulan oleh pemandu bukan perkara baru malah boleh berlaku tanpa diduga. Untuk keselamatan, memilih temapt duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan bijak terutama jika anda wanita dan bersendirian. Peluang untuk melindungi diri atau tidak menjadi mangsa dapat dielakkan.

 

7. Keluar apabila keadaan meragukan
Segera keluar jika pemandu tiba-tiba berkelakuan aneh dari segi perbualan mahupun tindakannya meminta bayaran lebih sehingga membuatkan anda kurang selesa. Segera minta berhenti jika anda perasan meter tidak bergerak kerana pemandu mungkin telah ubah suai meter untuk menipu penumpang.

Hati-hati jika anda terpaksa menaiki teksi. Sekurang-kurangnya, tip di atas dapat membantu anda sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan tanpa rasa sakit hati!

 

Advertisements

Posted on March 7, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: